PAS Pusat memberi jaminan tiada kawasan atau cawangan PAS yang akan terbubar walaupun terdapat pemimpin dan sebahagian ahlinya keluar daripada parti itu.
Keyakinan itu diberikan Timbalan Presiden PAS, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man di laman Facebook rasminya.
“Bagi pimpinan dan ahli yang ingin meninggalkan parti, terima kasih atas khidmat dan sumbangan kepada parti selama ini.
“Parti menghormati hak sama ada untuk kekal bersama parti atau keluar daripada parti. Walaupun ini bukan penyelesaian terbaik, namun ia tetap ialah satu penyelesaian.
“Setinggi-tinggi penghargaan dan tahniah kepada seluruh ahli PAS yang terus istiqamah dengan parti, tulisnya pada status yang dimuat naik pada petang Rabu.
Kata Tuan Ibrahim lagi, Pas mempunyai kekuatan untuk mengambil alih kekosongan yang ditinggalkan.
“Kawasan akan terus kekal dengan barisan kepimpinan baru yang akan mengambil alih pentadbiran kawasan dan cawangan berkenaan. Sebagaimana ombak di lautan yang tidak dihenti dijana, PAS mempunyai sumber kekuatan untuk menggantikan ombak yang hilang,” katanya.
Kenyataan itu dikatakan mempunyai kaitan dengan tindakan dengan Ahli Parlimen Kota Raja, Dr Siti Mariah Mahmud bersama 182 ahli dan pimpinan PAS Kota Raja yang menyahut cabaran kepimpinan Pas Pusat yang keluar parti itu untuk menyertai Gerakan Harapan Baru (GHB)- (SUMBER)
4 comments:
ngok la lu. pas nak cover line LOL. macam menteri pencacai cover najib. ;-)
Aikk...pas makan nangka Najib kena getah...nak kutuk tu objective la sikit...nampak macam hapraq je
Bersekongkol lab ghb dengan parti kafir, nanti kat akhirat sama sama dapat bahagian
Ini orang serban mirip mufti. Ingatkan orangnya friendly tetapi sombong melampau. Macamlah ahlul PAS semuanya betul belaka. Sekarang PAS sendiri dikencing oleh gang Mat Sapu dan alustat alsyeikh AA. Ustats yg sama main lilin dan tunduk2 kpd Teo B H.
Post a Comment