Social Icons

Pages

BULETIN 247

Tuesday, August 4, 2015

ELOKLAH RM2.6 BILION DUIT DERMA TU TERDEDAH... YANG BERPULUH-PULUH BILION DUIT DERMA UNTUK DAP DAN PKR TU BILA NAK DIDEDAHKAN?



Walaupun dari awal lagi telah dinafikan USD700 juta atau RM2.6 bilion yang dilaporkan oleh Sarawak Report dan WSJ kononnya 'diseludup' dari 1MDB ke dalam akaun peribadi Najib Abdul Razak, bahkan Najib menyatakan bahawa tidak sesen pun wang tersebut dibelanjakan untuk tujuan peribadi, ramai yang sudah membuat tanggapan bahawa ia adalah satu penipuan semata-mata.

Semalam, SPRM telah mengesahkan bahawa RM2.6 bilion tersebut adalah 'genuine', bukannya dari 1MDB tetapi daripada derma seseorang.

'Derma' membawa banyak maksud. Dan sudah tentulah 'derma' berkenaan mempunyai kaitan yang cukup kuat dengan pilihanraya.

Political Fund atau dana pilihanraya bukanlah sesuatu yang baharu di negara ini, mahupun di negara-negara yang mengamalkan demokrasi berpilihanraya. Walaupun terdapat undang-undang yang menyebut tentang beberapa perkara berkenaan derma, suapan atau hadiah dan sebagainya, namun ia tetap tidak menghalang aliran peruntukan tersebut daripada berlaku.

Dalam kes RM2.6 bilion, kenyataan bahawa ia adalah derma dari luar negara (Timur Tengah) sekaligus menafikan ia adalah satu bentuk suapan yang akan disudahi dengan pemberian kontrak atau anugerah bagi senilai atau lebih daripada nilai yang didermakan ke akaun peribadi Najib Abdul Razak.

Gambaran sekarang yang sedang dibuat ialah, UMNO dan Najib Abdul Razak bersalah besar kerana menggunakan political fund untuk membiayai aktiviti pilihanraya UMNO dan Barisan Nasional. Seolah-olah hanya UMNO, Barisan Nasional dan Najib Abdul Razak sahaja yang melakukannya, manakala pihak-pihak lain terutama sekali parti-parti PKR dan DAP langsung tidak mengamalkannya.

Rafizi Ramli dalam satu kenyataan pelik dan bodohnya dua hari lepas menyatakan, PKR membiayai kegiatan politik mereka menerusi potongan gaji dan elaun daripada ADUN-ADUN dan Ahli-Ahli Parlimen mereka selain jualan meja-meja makan. (RUJUK SINI)

Sesuatu yang benar-benar bersifat pembohongan.

Potongan gaji 20 peratus dan fund-raising anjuran PKR tidak mungkin dapat membiayai banyak aktiviti serta kekayaan yang dimiliki oleh kebanyakan pemimpin utamanya. Bahkan Rafizi Ramli yang mengakui memiliki harta dan wang tunai bernilai lebih RM2 juta dalam tempoh beberapa tahun sahaja, tidak mungkin memperolehinya menerusi titik peluh sendiri, melainkan menerusi 'BANTUAN' dan 'DERMA' yang kemudian dimilikdirikan.

Perhatikan sahaja bagaimana PKR menggerakkan seluruh kekuatan, tenaga dan kewangan dari tahun 2005 sehingga tahun 2013 untuk kempen di seluruh negara, penggunaan media, penggunaan tenaga asing, demonstrasi dan bahan-bahan kempen. Adakah kesemua itu dibiayai daripada dana yang dinyatakan oleh Rafizi Ramli atau sebenarnya daripada sumbangan luar yang dimasukkan menerusi Yayasan-Yayasan yang ditubuhkan oleh Anwar Ibrahim dan PKR?

Adakah bermakna wang-wang besar yang dimasukkan menerusi akaun-akaun Yayasan bagi pembiayaan aktiviti politik, lebih bersih daripada wang yang dimasukkan ke akaun peribadi Najib Abdul Razak?

Selama-lamanya, DAP dan PKR memang telah menerima ratusan juta kalau tidak pun berbilion ringgit sumbangan daripada dana politik. Namun memandangkan undang-undang negara tidak memerlukan ia diisytiharkan dan dimaklumkan sumber atau penyumbangnya, maka ia tidak menjadi pengetahuan umum dan tidak timbul isu.

Usul agar penggubalan suatu akta yang memerlukan parti-parti politik mengisytiharkan amaun dan jumlah derma dana politik telah dibuat, tetapi ditentang dan ditolak oleh parti-parti pembangkang khususnya DAP.

Sekarang apabila terdedah bahawa RM2.6 bilion yang 'didermakan' ke akaun peribadi Najib Abdul Razak mempunyai kaitan dengan dana pilihanraya UMNO, yang paling kuat menyalak adalah DAP dan PKR.

Setidak-tidaknya, dana pilihanraya UMNO sudah pun... TERUSKAN BACAAN DI SELANGOR CHRONICLE.


4 comments:

Anonymous said...

1. WSJ tak pernah tulis duit tu dr 1mdb. Sebab tu sampai skrg tak disaman. Kenapa tak ngaku dr awal memang ada duit masuk akaun? Swift code salah lah, akaun tak wujudlah, org bodoh je masuk akaun sendirilah... Damage has been done.
2. Umno perlu ubah strategi, kalau masih "dap pkr pas boleh buat knp umno bn tak boleh" akan jerat diri sendiri dikalangan pengundi muda yg aktif dimedia sosial, nanti akan jd "umno bn 2x5 pas dap pkr"

Anonymous said...

Inilah pembangkang.haram bagi kerajaan.halal bg mereka.

Anonymous said...

Bro klu ade peluang nk hentak pembangkang jgn disia2kn. Klu x nnt orrg kata kita bodoh x bertempat.

Anonymous said...

Err..who cares about the parti pembangkang? I am not parti pembangkang. Saya bukan pembangkang pun. I am just an ordinary citizen. I don’t care about parti pembangkang. Semua orang nak tahu where this money came from. I want to know if this money came from the fiasco surrounding the 1MDB? Who cares about the parti pembangkang? Timbalan Presiden UMNO bukan pembangkang. He also asked the same question. Bukan pembangkang yang tanya tetapi Timbalan Presiden UMNO yang tanya. So boleh tak presiden UMNO jawab?

 
Blogger Templates