Social Icons

Pages

BULETIN 247

Friday, August 14, 2015

FITNAH DAN BERTUJUAN LAGA-LAGAKAN SPRM DENGAN AGENSI AWAM LAIN, RASA-RASANYA TETAP TIDAK ADA TINDAKAN UNDANG-UNDANG KE ATAS MALAYSIAKINI!!!



Sudah berkali-kali Malaysiakini dibuktikan sebagai media sampah-sarap yang kewujudannya dibiayai oleh dana asing yang bertujuan untuk melumpuhkan dan menghancurkan negara ini dengan menggunakan pendekatan pemusingan dan penipuan fakta dalam laporan berita.

Bagaimanapun, berbeza dengan Utusan Malaysia yang kerap disaman dan dikenakan tindakan undang-undang, Malaysiakini bagaikan bebas daripada segala tindakan. Malahan, dalam banyak kes, Malaysiakini dilihat lebih atas daripada undang-undang negara apabila mereka bebas berbuat dan melaporkan apa-apa sahaja, termasuklah berita-berita fitnah yang bertujuan mewujudkan ketidaktenteraman di dalam negara.

Malah di sebalik AMARAN KERAS oleh Menteri Dalam Negeri bahawa tindakan akan diambil tanpa sebarang isyarat atau amaran, Malaysiakini sedikit pun tidak peduli. Malahan mereka semakin berani untuk terus melakukan penipuan demi penipuan.

Kemelut yang tercetus dan membabitkan SPRM dengan tindakan pemindahan tugas dua orang pegawai kanan SPRM ke Jabatan Perdana Menteri, telah digunakan sepenuhnya oleh Malaysiakini untuk menipu.

Berikut adalah kenyataan rasmi daripada SPRM:

KENYATAAN MEDIA RASMI SPRM
SPRM NAFI LAPORAN MALAYSIAKINI


Merujuk kepada laporan MalaysiaKini bertarikh 13 Ogos 2015 di bawah tajuk “MACC files reports against chief sec, PSD head on transfers“, Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menafikan dengan sekeras-kerasnya bahawa pegawai-pegawai SPRM ada membuat laporan terhadap Ketua Setiausaha Negara, Tan Sri Dr Ali Hamsa dan Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam, Tan Sri Mohamad Zabidi Zainal di bawah Seksyen 48 Akta SPRM 2009.

Selain tidak berasas sama sekali, SPRM berpandangan laporan seumpama ini bermotif melaga-lagakan hubungan baik antara agensi-agensi awam dan kepimpinan perkhidmatan awam Malaysia.

Sementara SPRM menghargai kerjasama daripada pihak media, SPRM juga berharap pihak media mesti bertanggungjawab dan tidak menyiarkan laporan-laporan yang memetik sumber yang tidak sah.

DATUK MUSTAFAR ALI
TIMBALAN KETUA PESURUHJAYA (PENCEGAHAN)
SURUHANJAYA PENCEGAHAN RASUAH MALAYSIA

PUTRAJAYA
13 OGOS 2015

Apakah sekali lagi Malaysiakini akan terlepas daripada tindakan undang-undang seperti sebelum-sebelum ini? 

Rasa-rasanya, begitulah...

Sekadar amaran kosong tanpa sebarang tindakan kerana ini adalah kes membabitkan Malaysiakini...


2 comments:

Anonymous said...

SPRM buat laporan polis. Lepas tu polis buat siasatan. Jika bersalah menghasut, peguam perlu minta dia tarik balik artikel dan mohon maaf. Jika degil juga.. Lepas tu gantung lesen la. Buat macam sarawak report tu..

Anonymous said...

Zahid Hamidi mmg seorg menteri Amaran Dalam Negeri. Dulu kini dan selamanya Amaran.

 
Blogger Templates