Teoh Beng Hock adalah pembantu kan Ean Yong Hian Wah.
Gambaran yang sedang diberikan kepada awam sekarang adalah, SPRM sedang menjalankan tugas, manakala PDRM pula sedang menyekat kebebasan siasatan yang dilakukan oleh SPRM.
Dengan kata lain, Kit Siang dan gerombolannya cuba menggambarkan yang PDRM adalah anjing yang sedang menjaga tuannya, walaupun pada masa yang sama, Ahli Parlimen Kluang, Liew Chin Tong menyindir Melayu yang bertugas dalam PDRM dan SPRM sebagai pengamal rasuah.
PDRM segera dilabelkan sebagai penjahat manakala SPRM pula sebagai hero. Segala kesalahan SPRM yang dicanang-canangkan oleh Pakatan Rakyat sepanjang beberapa tahun lalu, hilang dalam tempoh tidak sampai 24 jam selepas Pengarah Operasi Khas SPRM membuat sumpah atas nama Allah.
Hakikatnya, baik SPRM mahupun PDRM, kedua-duanya adalah entiti yang menjalankan tugas. SPRM sendiri tidak lepas daripada melakukan banyak kesilapan dan lompang tugas sebagaimana dalam beberapa kes sebelum ini yang telah didedahkan oleh media.
Kalau Xavier Justo disogok puluhan juta ringgit, mana mungkin SPRM dan PDRM sendiri bebas daripada wabak tersebut. Jadi, baik SPRM mahupun PDRM, kedua-duanya perlu bersih sama ada dilihat mahupun persepsi.
PDRM telah mengeluarkan kenyataan bahawa mereka hanya menjalankan tugas menyiasat SPRM, bukannya atas arahan sesiapa sepertimana yang sedang ditohmahkan. Ia samalah seperti SPRM menyiasat pegawai-pegawai dan anggota-anggota polis yang kemudian dihadapkan ke mahkamah kerana melakukan rasuah serta penyelewengan, sudah pasti dijalankan atas tanggungjawab dan amanah, bukannya atas arahan sesiapa.
Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar menegaskan bahawa Pasukan Polis Diraja Malaysia (PDRM) hanya menjalankan siasatan dan tidak bertindak di atas arahan mana-mana pihak.
Beliau berkata demikian bagi mengulas tindakan PRDM yang memanggil pegawai-pegawai Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) untuk memberi keterangan selain merampas beberapa dokumen dan peralatan elektronik milik badan bebas rasuah itu.
“Saya ingin menegaskan di sini bahawa pihak polis hanya menjalankan tugas dan tidak sama sekali bertindak di atas apa jua bentuk tekanan atau arahan dari mana-mana pihak.
“Kami jelas dalam hala tuju siasatannya ke atas kes di mana dokumen rasmi kerajaan dan perbankan yang dibocorkan, telah dimanipulasi oleh pihak-pihak tertentu untuk mengganggu-gugat kestabilan negara,” jelas beliau menerusi kenyataan media hari ini.
Mengulas mengenai siasatan yang sedang berlangsung, Khalid berkata, hasil siasatan itu akan dikemukakan kepada peguam negara untuk arahan lanjut.
“Umum harus faham bahawa setiap agensi kerajaan mempunyai tugas dan tanggungjawab tersendiri dalam menjalankan sesuatu siasatan. Namun ia tetap selari dengan tujuan asal iaitu untuk mencari kebenaran.
“Atas dasar ini, PDRM tidak sesekali mengganggu siasatan atau mencampuri tugas dan tanggungjawab SPRM atau bertindak dalam apa juga cara yang boleh menjejaskan hubungan kerja antara agensi-agensi yang terbabit,” katanya lagi.
Penahanan tiga pegawai Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) termasuk Timbalan Pengarah Bahagian Operasi Khas, Datuk Tan Kang Sai akan menjejaskan siasatan badan tersebut terhadap SRC International Sdn Bhd.
Ini kerana menurut Timbalan Ketua Pesuruhjaya (Percegahan) SPRM, Datuk Mustafar Ali, peralatan pegawai-pegawai bertugas telah dirampas oleh pihak berkuasa.
Khalid sehubungan itu mengingatkan semua pihak supaya tidak mengeluarkan sebarang kenyataan yang memecah belahkan perpaduan di negara ini.
“Berilah ruang dan peluang kepada agensi-agensi menjalankan tugas mereka tanpa sebarang campur tangan dari mana-mana pihak yang mempunyai kepentingan tersendiri,” tambah beliau.
1 comment:
Sebenarnya bila kes teoh beng hock pkr dah merosakkan nama sendiri di mata sprm. Dan sprm sampai bila pun akan pendam tindakan pkr dulu tu.
Tapi pkr nk berbaik semula dgn sprm dah susah.. sebab sprm masih bengang dgn diaorg..
Bila jadi mcm ni.. Cina dap lim kit siang yg bijak dan berpengalaman tu ambik peluang berbaik semula dlm masa yg sama masuk jarum suruh join pkr.. Sprm kan tgh marah... Mungkin dia dpt ahli baru dr amarah sprm tu. Dan juga berjaya mecahbelahkan polis dan sprm yg selalunya neutral tp tegang. Maklumla ego bos melayu..
Akhirnya cina dap yg berjaya 3 4 tahun lagi. Yg ikut dia just tolong perangat ja. Buta perut dan hati.. Lebih pentingkan politik dari bangsa dan agama.
Post a Comment