Isu kampung Melayu terakhir itu cuba ditutup dengan isu perarakan Hari Kebangsaan peringkat Negeri Pulau Pinang.
Beberapa hari lepas, Lim Guan Eng dan DAP yang menjadi Kerajaan Negeri Pulau Pinang, berkeras untuk terus menggunakan slogan BERSIH yang dilihat sebagai cara mempromosikan demonstrasi BERSIH 4.0 pada 29 dan 30 Ogos nanti di Dataran Merdeka, Kuching dan Kota Kinabalu.
Dari awal lagi DAP dan Lim Guan Eng menegaskan bahawa slogan yang akan digunakan adalah BERSIH, bukannya BERSIH, CEKAP dan AMANAH sebagaimana yang dinyatakannya dalam kenyataan terbaru.
Mungkin ada yang seronok apabila Lim Guan Eng akhirnya memperlihatkan persetujuan untuk berkongsi menggunakan slogan yang sama dengan Kerajaan Persekutuan untuk sambutan Hari Kebangsaan tahun ini iaitu SEHATI SEJIWA. Malah tidak mustahil juga apabila ada yang memuji-muji Lim Guan Eng kerana 'berlembut' dengan Kerajaan Persekutuan.
Malangnya, mereka terlupa bahawa antara faktor penting yang membuatkan Lim Guan Eng dan Kerajaan DAP Pulau Pinang bertukar fikiran adalah membabitkan tentera dan simbol penghormatan,
Mungkin tidak ramai yang nampak, apa relevannya tabik hormat tentera kepada Gabenor atau sebenarnya kepada Ketua Menteri Pulau Pinang yang akan berada di pentas yang sama bersama-sama barisan Exconya nanti.
PDRM telah menyatakan bahawa mereka tidak akan terlibat dalam perarakan Hari Kebangsaan Peringkat Negeri Pulau Pinang selagi Pulau Pinang memutuskan untuk menggunakan tema mereka sendiri. Angkatan Tentera Malaysia juga telah membuat keputusan yang sama. (BACA DI SINI)
Lembut dan halus tetapi kekal di minda sampai bila-bila...
No comments:
Post a Comment