Social Icons

Pages

BULETIN 247

Friday, August 21, 2015

KEBOCORAN SIASATAN DAN MAKLUMAT: BEKAS PEGAWAI UNDANG-UNDANG JABATAN PEGUAM NEGARA DIHALAU DAN PERMIT PEMASTAUTINNYA DITARIK BALIK!!!



Jessica Gurmeet Kaur, pegawai undang-undang yang terlibat dalam kebocoran siasatan dan maklumat ke atas 1Malaysia Development Berhad (1MDB), telah dipecat dari Jabatan Peguam Negara malah taraf pemastautin tetapnya juga telah ditarik balik. 

Jessica, seorang rakyat Singapura, pada 1 Ogos bersama-sama bekas Penasihat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Tan Sri Rashpal Singh, dan ditahan sehari untuk disoal siasat berkaitan kebocoran maklumat ke atas siasatan 1MDB. Mereka kemudiannya dibebaskan di bawah jaminan polis selepas kenyataan mereka dirakamkan.

Minggu lepas, jaminan polis ke atas Jessica telah ditarik balik. Permit pemastautin anak-anaknya juga telah dibatalkan. 

Jessica adalah sebahagian daripada pasukan khas kerajaan yang ditubuhkan untuk menyiasat 1MDB dan wang RM2.6 bilion yang dimasukkan ke dalam akaun bank peribadi Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak.

Dia telah mengetuai sekretariat jabatan pasukan khas, pentadbiran dan kewangan.

Rashpal, yang merupakan bekas ahli lembaga penasihat SPRM, dikatakan bertemu pengarang Sarawak Report Clare Rewcastle-Brown di London.

Pengarah Komunikasi Strategik SPRM Datuk Rohaizad Yaakob mengeluarkan kenyataan bulan lalu mengatakan Rashpal tidak mempunyai akses kepada siasatan yang sedang dijalankan agensi itu memandangkan tempoh perkhidmatan beliau sebagai ahli lembaga berakhir pada Februari.

Selain Rashpal, 7 pegawai SPRM dipanggil pihak polis, yang pertama adalah Timbalan Pendakwa Raya Ahmad Shazalee Abdul Khairi pada 1 Ogos dan yang terakhir, Timbalan Pengarah Operasi Khas SPRM Tan Kang Sai pada 5 Ogos.

Siasatan SPRM adalah berkaitan SRC International berhubung pinjaman RM4 bilion daripada Kumpulan Wang Persaraan (KWAP) kepada 1MDB dan pemindahan seterusnya RM42 juta ke dalam akaun bank peribadi Najib.

Pihak polis menyiasat pegawai SPRM berhubung kebocoran penyiasatan ini di bawah Seksyen 124B Kanun Keseksaan kerana "aktiviti menjejaskan demokrasi berparlimen", tetapi ia mencetuskan dakwaan sebagai satu usaha untuk menggagalkan siasatan suruhanjaya itu.

Khalid pada 9 Ogos berkata, polis buat sementara waktu akan menangguhkan siasatan berhubung dakwaan kebocoran SPRM terhadap maklumat yang disiarkan dalam portal Sarawak Report.

Beliau berkata, walaupun lebih ramai akan dipanggil bagi membantu siasatan, kes itu ditangguhkan untuk mengelakkan pelbagai andaian dan persepsi orang ramai.

"Dengan pelbagai andaian dan persepsi dibuat, saya mengarahkan penangguhan sementara kes ini," katanya.

Gabenor Bank Negara Tan Sri Dr Zeti Akhtar Aziz pada 13 Ogos mendedahkan 7 pegawainya juga disoal siasat oleh polis berhubung kebocoran maklumat berkaitan siasatan 1MDB.

Zeti berkata mereka memberikan kerjasama sepenuhnya kepada pihak polis tetapi enggan mendedahkan siapa mereka, bila disoal dan dari jabatan mana.

Beliau juga berkata bank pusat sudah menyelesaikan siasatan ke atas urus niaga bank berkaitan 1MDB dan menghantar kertas laporan kepada Pejabat Peguam Negara. 





3 comments:

Anonymous said...

longga la kita punya keselamatan negara kalau macam tu, macam ni tu dah jelas dia ni spy

Anonymous said...

Nasib ko la....siapa suruh kau buat kerja ikut prosedur.... mendedahkan salah laku... lain kali kalau lihat penyelewengan, pergilah bagi tahu tok siak masjid ke, peniaga daging ke, baru betul...

Anonymous said...

Don't trust Singh. Kebanyakan mereka terutamanya yg urban x boleh dipercayai Dan bongkak

 
Blogger Templates