Social Icons

Pages

BULETIN 247

Wednesday, August 26, 2015

KERAJAAN TIDAK AKAN KENAKAN KAWALAN MODAL DAN MENAMBAT RINGGIT MALAYSIA KEPADA DOLLAR AMERIKA SYARIKAT!!!



1. Pada Khamis 20 Ogos 2015 yang lepas, saya telah membuat kenyataan bahawa asas-asas ekonomi Malaysia adalah kukuh, sistem kewangan yang berdaya tahan dan komitmen yang berterusan dalam melaksanakan langkah-langkah pembaharuan dan pengukuhan kedudukan fiskal. Saya juga menekankan bahawa walaupun kerajaan Malaysia berpandangan bahawa tahap semasa Ringgit Malaysia tidak mencerminkan asas ekonomi semasa yang kukuh, Kerajaan sentiasa peka terhadap integrasi ekonomi Malaysia dengan ekonomi global.

2. Kerajaan tetap komited kepada dasar mesra pasaran dan dalam mengekalkan integriti dan keterbukaan pasaran. Oleh itu, Kerajaan tidak akan mengenakan kawalan modal dan tidak akan melaksanakan tambatan Ringgit Malaysia kepada Dollar Amerika Syarikat

3. Ketidaktentuan kedudukan global masa ini memerlukan tindakan lebih responsif dan tegas. Dengan mengambil kira keadaan semasa, Kerajaan berazam untuk menangani dan mengurangkan sebarang impak global kepada ekonomi sebenar negara.

4. Oleh yang demikian, Kerajaan akan menubuhkan Jawatankuasa Khas Ekonomi (JKE) yang akan melapor terus kepada YAB Perdana Menteri.

5. JKE akan mempertimbangkan perancangan serta merta dan jangka sederhana bagi mengukuhkan lagi asas-asas ekonomi Malaysia. Ini termasuk, isu-isu semasa seperti nilai Ringgit, mengekalkan kestabilan pasaran kewangan serta mengukuhkan keyakinan dalam pasaran modal.

6. Keputusan untuk mewujudkan JKE adalah berdasarkan keperluan Kerajaan untuk membangunkan dan melaksanakan strategi serta-merta dan pelan tindakan untuk memastikan Malaysia terus dalam pertumbuhannya. JKE akan terdiri daripada ahli ekonomi dan tokoh korporat untuk melengkapkan lagi kapasiti dan keupayaan yang sedia ada. JKE akan bermesyuarat pada setiap minggu, atau lebih kerap jika perlu, untuk menimbang dan mencadangkan langkah-langkah segera.

7. Majlis Ekonomi yang sedia ada, yang dipengerusikan oleh YAB Perdana Menteri, akan terus berfungsi. Majlis Ekonomi memberi tumpuan kepada isu ekonomi yang menyeluruh. Majlis Ekonomi ini akan terus, antara lain; merumuskan strategi untuk mengekalkan pertumbuhan ekonomi melalui pelaburan langsung asing dan pelaburan domestik; mengenal pasti cara untuk mengawal inflasi dan merangka strategi bagi memastikan bekalan yang mencukupi; dan merangka jaringan keselamatan sosial yang komprehensif untuk melindungi kumpulan berpendapatan sederhana dan rendah.

8. JKE ini akan dipengerusikan oleh Menteri di Jabatan Perdana Menteri yang bertanggungjawab bagi Unit Perancang Ekonomi dan akan terdiri daripada individu seperti berikut:

1. Tan Sri Dato' Seri Utama Nor Mohamed Yakcop, Timbalan Pengerusi, Khazanah Nasional Bhd
2. Tan Sri Dato 'Azman Mokhtar, Pengarah Urusan, Khazanah Nasional Bhd
3. Tan Sri Andrew Sheng Len Tao, Ketua Penasihat kepada Suruhanjaya Peraturan Perbankan China
4. Tan Sri Mohamed Azman Yahya, Pengerusi Eksekutif, Symphony Life Berhad
5. Dato Sri Nazir Tun Abdul Razak, Pengerusi, Kumpulan CIMB
6. Datuk Seri Dr K. Govindan, Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan, RAM Holdings Berhad
7. Prof Datuk Dr Noor Azlan Ghazali, Naib Canselor, Universiti Kebangsaan Malaysia
8. Dato Abdul Farid Alias, Pengerusi, Persatuan Bank-Bank di Malaysia
9. Datuk Seri Saw Choo Boon, Presiden, Persekutuan Pekilang-Pekilang Malaysia

9. JKE ini akan disertai bersama beberapa ahli ex officio yang terdiri daripada pegawai tertinggi; Kementerian Kewangan; Bank Negara Malaysia; Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri; Suruhanjaya Sekuriti; Pejabat Perdana Menteri dan Unit Perancang Ekonomi, Jabatan Perdana Menteri (Ketua Sekretariat, Jawatankuasa Khas Ekonomi).

10. JKE akan diurusetiakan oleh Sekretariat di Unit Perancang Ekonomi yang mana YBhg Datuk K. Yogeesvaran, Timbalan Ketua Pengarah Unit Perancang Ekonomi akan dilantik sebagai Ketua Sekretariat.

11. Pihak-pihak berkenaan akan dijemput di dalam perbincangan untuk menangani isu-isu dasar, menyelesaikan urusan operasi atau membantu menyelesaikan masalah yang menghalang pertumbuhan ekonomi.

NAJIBRAZAK.COM

https://najibrazak.com/bm/blog/penubuhan

5 comments:

Anonymous said...

UMNO pengkianat Islam,Raja,Melayu dan Malaysia

Anonymous said...

Hoi bodoh. PAS la pengkhianat Islam & melayu. Ko tu yg bodoh ugama tu yg senang kena kencing dgn pak lebai. Lain kali aku pakai serban tinggi satu hasta, jd senang aku nk kencing org2 bodoh mcm ko ni.

langau said...

pala otak kau la pngkhianat, abis slama ni siapa yg mntadbir Msia.Org lain otak kene liwat jgk tpi xde la mcm egk..

Anonymous said...

Anon 8:20,dan kau adalah Pengkhianat Malaysia

NajibNazak said...

PM tak sda qualification, hancur la ... mmg ROSAK

 
Blogger Templates