Social Icons

Pages

BULETIN 247

Tuesday, August 4, 2015

LIM KIT SIANG SEOLAH-OLAH MINTA SPRM, PDRM DAN TASK FORCE BANK NEGARA SIASAT PUNCA DAN JUMLAH DANA POLITIK DAP!!!



Berkokok sakan Lim Kit Siang apabila terdedah bahawa RM2.6 bilion yang dipertikaikan sebelum ini bukannya duit 1MDB sebagaimana yang dinyatakan oleh Sarawak Report atau sepertimana yang mahu dipercayai oleh Tony Pua dan Rafizi Ramli, sebaliknya SPRM mengesahkan bahawa ianya adalah wang 'derma'.

Najib Abdul Razak menyatakan, dia akan mendedahkan siapa penderma tersebut selepas PKR dan DAP berani menyatakan persetujuan untuk menyokong usul undang-undang yang berkaitan dengan pendedahan sumber dermanya ke akaun peribadinya.

DAP sebelum ini merupakan penentang yang paling kuat pembentangan usul undang-undang yang mewajibkan setiap parti politik mendedahkan sumber serta dana politik mereka.

Lim Kit Siang mencela SPRM dan mengejek, kononnya kenyataan SPRM tentang derma RM2.6 bilion tersebut adalah satu jalan penyelamat untuk 'membersihkan' wang berkenaan. Sebaliknya dia mempersoalkan mengapa kenyataan tersebut dikeluarkan oleh SPRM, bukannya Task Force yang dipertanggungjawabkan menyiasat 1MDB. (RUJUK SINI)

Nampaknya tak menang mulut dan lidahlah Kit Siang menjaja cerita berkenaan demi membuktikan yang Najib Abdul Razak dan UMNO adalah perasuah dan penerima dana asing dengan menggadaikan negara.

Nampaknya Lim Kit Siang telah pun membuka gelanggang. Kenyataan Lim Kit Siang itu sekaligus sebenarnya merupakan satu jemputan kepada pihak berkuasa dan Task Force untuk menyiasat DAP bagi mengesan jumlah dana serta sumber dana politik mereka.



Kalau UMNO dan Najib boleh didedahkan mengapa pula DAP dan PKR terselamat memandangkan bekas orang kuat DAP dan PKR sendiri yang mendedahkan bagaimana kedua-dua parti tersebut mendapat dana yang jumlahnya jauh lebih banyak berbanding RM2.6 bilion dalam usaha untuk menumbangkan Kerajaan yang dipilih oleh rakyat Malaysia dalam PRU.

Ambiga Sreevanasan sendiri telah mengakui bahawa BERSIH mendapat bantuan kewangan daripada entiti yang berkaitan dengan NED iaitu NDI dan OSI yang jelas merupakan organisasi penting Zionis untuk menumbang dan menghuru-harakan sesebuah negara bagi tujuan kolonialisme. (RUJUK SINI)

Para pemimpin DAP seperti Lim Kit Siang dan Nga Kor Ming sebenarnya sudah tidak sabar-sabar mahu membersihkan parti mereka daripada tuduhan menggunakan dana asing. Sebab itulah mereka sangat sibuk meminta agar SPRM dan Task Force membuat kesimpulan yang Najib dan UMNO telah menggunakan dana asing untuk menang PRU. Sekaligus melakukan siasatan penuh teliti ke atas DAP bagi tujuan tersebut.

Pihak berkuasa Malaysia sepatutnya menyahut cabaran Lim Kit Siang itu!!!

4 comments:

Anonymous said...

semua kena siasat kalau nak siasat tak payah cakap saja
orang pundah naik meluat
asal bukan omno nek pru

Anonymous said...

Sudahlah ko berambus RBA DAPigs. Pi cari tulang jilat jauh2.. main kat tempat ko yang busuk dengan fitnah tu sudah.. baca blog umno buat apa..

Anonymous said...

Kalau islam timur tengah tu ada kaitan dengan 1mdb jangan cakap la. Lepas ni aku nak derma kat polis trafik. Bila aku derma mesti dia tak saman. Hahaha

Anonymous said...

Bijak admin mengalihkan isu dgn mengeluarkan beberapa posting... saya pun hampir terbuai...
Tapi persoalan pokok ialah kenapa sebelum ni, sibuk mengatakan WSJ dan pihak luar sengaja berbohong dan TDM menjadi dalang dlm soal ini? ada juga yang menafikan ada wang masuk akaun, akaun palsu, mana ada akaun perinbadi najib, mana ada wang masuk , bodoh benar kalau PM benarkan duit masuk akaun peribadi dan lain2 alasan dan spin...
Akhirnya SPRM mengesahkan ada wang seperti didakwa WSJ telah dipindahkan kdlm akaun PM... tapi ditambah sedikit coverup.. bukan duit MDB... padahal WSJ tak kata pun duit 1MDB yg masuk, tapi dari fake akaun yg berlapis2...

 
Blogger Templates