Belum pernah berlaku semenjak 31 Ogos 1957, lagu 'Negaraku' yang iramanya diambil daripada lagu kebangsaan negeri Perak 'Terang Bulan' yang merupakan irama yang didengar oleh Sultan Abdullah sewaktu dibuang ke Pulau Seychelles, tidak dikumandangkan di Dataran Merdeka, tempat pertama Bendera Persekutuan Tanah Melayu dinaikkan.
Namun tengah malam tadi, ianya hampir menjadi satu kenyataan sekiranya Ketua Pemuda UMNO Wilayah Persekutuan, Razlan Rafii tidak bersungguh-sungguh untuk lagu yang diperlekehkan, dihina dan dipertikaikan oleh bangsa DAP dan rakan sekongkol mereka, dikumandangkan di Dataran Merdeka. Dan selepas itu , barulah Maria Chin dan para pengikutnya menyanyikan lagu 'Negaraku'.
Semuanya kerana Dataran Merdeka telah ditakluki oleh bangsa DAP sehingga menyebabkan Maria Chin Abdullah mengisytiharkan kemenangan penaklukan mereka dengan mengejek penganjur Ambang Kemerdekaan yang terpaksa berpindah lokasi.
Pada ambang Merdeka tanggal 12 Malam setiap tahun, Di Dataran Merdeka tidak pernah Lagu Negaraku tidak berkumandang.
Oleh sebab itu la saya dan rakan-rakan pemuda cuba memasuki Dataran Merdeka hanya untuk menyanyikan Negaraku, malangnya kawalan ketat daripada pihak PDRM mengagalkan kami untuk masuk.
Setelah beberapa kali memujuk, akhirnya OCPD membenarkan saya seorang untuk masuk dataran dan tercapailah niat untuk kami pemuda WP agar lagu Negaraku dinyanyikan di Dataran Merdeka.
Ternyata Bersih sudah merobek kemerdekaan yang selama ini kita raikan. Negara kita sudah tidak merdeka. Selagi ada anasir yang mahukan perkara sebegini ditarik daripada rakyat Malaysia, kemerdekaan yang sebenar sudah tidak wujud lagi.
Jagalah keamanan ini dengan baik.
11.50pm 30 Ogos 2015
4 comments:
So hapuskan virus...
Menangis aku...bukan sedih...ttp marah ...
Pdrm pi blok bangang pasal apa?
Mungkin di dunia engkau maria menang tpi blum tentu engkau mnang di akhirat yg sebenarnye tpt yg kekal.semoga Allah selamatkan malaysia dn semoga Allah beri Hidayah kpd semua. Dn kpd yg dengki semoga Allah beri petunjuk dn insaf. Berdoa la semua sekalian
Post a Comment