Social Icons

Pages

BULETIN 247

Wednesday, August 5, 2015

NIK ABDUH KATA, TUN MAHATHIR BUKANNYA BERSIH, TAPI LICIK!!!



Mantan Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad seorang yang ‘licik’ kerana menafikan tuduhan bahawa beliau pernah memasukkan wang ke dalam akaun peribadinya untuk kegunaan pada Pilihan Raya Umum (PRU).

Ketua Dewan Pemuda Pas, Nik Mohamad Abduh Nik Abdul Aziz berkata, Dr Mahathir tidak boleh membersihkan nama beliau dengan membuat penafian kerana ketika pentadbiranya politik wang bermula.

“Tun Mahathir tak boleh bersihkan dirinya bahawa beliau tidak pernah guna akaun peribadi untuk wang biaya politik. Itu licik, bukan bersih namanya.

“Pada zamannyalah politik wang bermula dan begitu berleluasa,” tulisnya di akaun Facebooknya.

Tambah Ahli Parlimen Pasir Mas itu, politik wang yang dilakukan Najib ketika ini hanyalah budaya yang dibawa ketika pemerintahan Dr Mahathir, malah perkara tersebut dilihat sukar diubah kecuali kerajaan Barisan Nasional (BN).

“Najib hanya mewarisi budaya lama yang tak boleh dibaiki lagi kecuali ganti BN. Sebelum BN bungkus, ‘bungkus’ dulu untuk peribadi masing-masing,” katanya. (SUMBER)


7 comments:

Anonymous said...

Kena sebiji,tepat benar apa yg di katakan oleh Nik Abduh tu.

kluangman said...

Kesesatan Nik Aziz kini diwarisi.

Anonymous said...

Tun M licik tapi Najib lurus bendul ke hape? 2.6 billion derma tak boleh jwb awal2 ?

blogger ni bakal jadi blogger pembangkang lepas PRU14.

Anonymous said...

PAS yang berserbankan ulamak, berterompahkan agama dan berbajukan hudud (konon) pun hanyut bila nampak duit... Tabung Memali dan dana Kohilal,
Kalau dapat 2.6B mcmana?
Nik Abduh toksah dok bercakap besar kat sini...
dan TFK pun tak payahlah guna statement musuh kau tu utk jahanamkan umno.

Anonymous said...

Like father like son

Anonymous said...

Borek ke rintek..

Anonymous said...

Tuduhan tanpa hakim, peguam dan saksi. Hukum hud-hud

 
Blogger Templates