Social Icons

Pages

BULETIN 247

Thursday, August 13, 2015

POSTING GAY DUA EKOR, 'AKHIRNYA AKU ADA BINI' JADI VIRAL DAN DIKUTUK NETIZEN!!!



Al Quran, Bible mahupun Old Tastement ada menceritakan tentang segolongan manusia yang mendiami wilayah Jordan sekarang ini, ditenggelami oleh belerang dari langit dan air yang muncul dari tanah. Mereka adalah suku kaum Nabi Lut a.s. Antara mereka yang dimusnahkan adalah isteri Nabi Lut a.s sendiri yang merupakan orang yang bersimpati dengan golongan homoseksual dan musahaqah.

Tidak tercatat di dalam al Quran mahupun kitab-kitab agama lain, tetapi Pompeii juga turut dilenyapkan dengan letusan gunung berapi Vesivius sebelum ditemui ribuan tahun kemudian dengan bukti lengkap bahawa ketika letusan pembawa maut itu berlaku, ada pesta seks songsang yang sedang berlangsung di bandar mewah berkenaan.

Laut Mati yang menjadi sempadan Jordan dan Israel adalah bukti nyata. Pelbagai kajian telah dibuat di pinggir Laut Mati. Pelbagai kajian juga cuba dilakukan untuk memeriksa dasar Laut Mati, malangnya kemasinan yang terlalu pekat pada air Laut Mati, menjadikan terlalu mustahil untuk apa-apa objek jatuh ke dasar. Malah Laut Mati tidak mempunyai sebarang hidupan.

Namun yang pasti, Laut Mati pada zaman Lut a.s adalah perkampungan dan bandar Soddom serta Gomorrah yang banyak diperkatakan dalam Old Tastement dan Bible. Bandar-bandar tersebut dimusnahkan angkara kemurkaan Tuhan kepada manusia yang terlalu mengikut kecenderungan seks songsang.

Rupa-rupanya penyakit dan kegilaan itu semakin merebak serta membesar pada zaman sekarang. LGBT dan pelbagai kebebasan yang diwujudkan oleh kelompok yang cuba menggunakan undang-undang bagi melegalisasikan perbuatan yang menggamit malapetaka besar, yang turut menimpa mereka yang menentang perbuatan mungkar ini.

Gambar yang anda lihat di atas hanyalah sebahagian kecil daripada sejumlah besar yang boleh ditemui dalam dunia maya. Mereka sudah tidak malu-malu untuk mengaku. Mereka sudah tidak malu-malu untuk menunjukkan wajah. Mereka juga sudah tidak malu-malu dan tidak takut dengan bencana yang bakal menimpa mereka.

Apa yang harus dilakukan sekarang?

Kelompok ini dilindungi oleh kelompok lain yang bergerak di bawah entiti NGO dan peguam. Mereka juga dilindungi oleh ahli politik yang bijak mencari pengaruh dengan menunjukkan sifat-sifat liberalisme dan pluralisme. Dan lebih besar lagi, mereka turut dilindungi oleh masyarakat dunia yang bersimpati dengan mereka.

Sedangkan bala yang akan turun nanti, tidak hanya menimpa mereka bahkan akan menebar merata, termasuklah golongan yang hati mereka sepenuhnya kepada Allah Taala dan tidak tahu menahu tentang gejala yang serba memusnahkan itu.

Apa yang harus kita lakukan?

Adakah kita sudah kalah dalam perjuangan ini?


No comments:

 
Blogger Templates