Social Icons

Pages

BULETIN 247

Wednesday, August 19, 2015

SEMBANG PASAL KEBEBASAN MAKLUMAT KONON... CEHHH, LIM GUAN ENG DAN DAP YANG PALING BANYAK MENYAMAN ORANG BILA TERKANTOI!!!



DAP kembali bercakap tentang kebebasan maklumat dan Akta Kebebasan Maklumat. DAP kembali berlakon sebagai juara kebebasan dan juara yang kepada juara dalam isu ini. DAP kembali berlagak seolah-olah mereka sangat telus, sangat jujur dan sangat bertanggungjawab dalam sebarang perkara melibatkan kebebasan maklumat.

Dan yang lebih menariknya ialah apabila DAP melalak dan menyalak kepada Barisan Nasional yang menguasai Kerajaan Persekutuan kerana kononnya tidak membebaskan pemilikan maklumat dan perlindungan kepada pemberi maklumat. Seolah-olah segala maklumat di negara ini telah disekat dan rakyat pula tidak dibenarkan mengakses sebarang maklumat yang dilihat sangat vital kepada mereka.

Hakikatnya, di tangan DAP, Akta Kebebasan Maklumat tidak terpakai. Perhatikanlah bagaimana pantasnya DAP terutama sekali Lim Guan Eng akan menghantar surat saman kepada mana-mana pihak terutama sekali yang dikaitkan dengan Kerajaan, UMNO dan Barisan Nasional setiap kali beberapa isu besar yang melibatkannya timbul. Saman berkenaan kemudiannya akan dimenangi menerusi sudut teknikal tanpa Lim Guan Eng atau DAP menjawab persoalan atau dakwaan yang dilontarkan.

Mana pernah Lim Guan Eng dan DAP menerangkan tentang proses pemberian tender dan kontrak kepada syarikat yang sekadar membuat kajian, memperolehi lebih RM350 juta di Pulau Pinang. Mana pernah Lim Guan Eng dan DAP menerangkan mengapa, harga hartanah di Pulau Pinang terus dilonjakkan sebaik-baik sahaja mereka berkuasa dan kemudian memusnahkan segala perkampungan kecuali perkampungan setinggan Cina yang kemudian diberikan status Warisan UNESCO bagi mengelakkan ia dimusnahkan pada kemudian hari. Mana pernah Lim Guan Eng dan DAP menerangkan tentang KETAKUTAN DAP tentang penggunaan sistem BIOMETRIK oleh Suruhanjaya Pilihanraya bagi mengelakkan pengundi hantu, selain mengesahkan hanya rakyat Malaysia sahaja yang jadi pengundinya.

Dan mana pernah juga Lim Guan Eng menerangkan mengapa dia kuat berbohong dalam banyak hal termasuklah pembinaan rumah murah yang sehingga ke hari ini, tidak wujud langsung, sebaliknya berlagak dan mencuri kredit Kerajaan Barisan Nasional terdahulu serta PERDA?

Perhatikan bagaimana DAP menangani KEBEBASAN MAKLUMAT yang diperjuangkan sekarang dengan mengheret sesiapa sahaja yang dilihat mampu menelanjangkan pembohongan DAP dan Lim Guan Eng dengan alasan mereka telah difitnah. Tetapi apabila mereka sendiri yang berbuat fitnah, mereka mengharapkan tiada sebarang tindakan kerana ia adalah KEBEBASAN MAKLUMAT, kononnya. Yang menyerang Kerajaan Barisan Nasional, adalah KEBEBASAN MAKLUMAT menurut takrifan DAP dan Lim Guan Eng, manakala yang menyerang DAP pula adalah FITNAH.

Kalau benar DAP memperjuangkan KEBEBASAN MAKLUMAT, seharusnya DAP dan Lim Guan Eng secara peribadi membenarkan pendedahan dibuat tentang dana-dana yang telah diterima oleh DAP sebelum tahun 2008 sehingga kini yang membolehkan mereka berlagak seolah-olah wali suci.

Tidak perlulah DAP dan Lim Guan Eng berlagak kononnya DAP sebuah parti marhein kerana perbelanjaan yang dikeluarkan oleh DAP, tidak mungkin dapat ditampung oleh sekadar kutipan derma jamuan makan malam semata-mata.

Kebebasan Maklumat bererti DAP perlu melakukan pendedahan secara sukarela, pencorakan apakah yang sedang mereka lakukan ke atas Pulau Pinang apabila demografi penduduk, kian hari kian bertukar.

Tak perlulah terlalu banyak retorik kalau rumah murah tidak mampu dibina sedangkan penduduk di Pulau Pinang, tidaklah sampai berpuluh-puluh juta pun!!!


3 comments:

Anonymous said...

Aku heran betul dengan Malaysia ni? Kalau pemimpin UMNO BN yang belum terbukti bersalah dihantam habis-habisan siap dengan nama pun dipersenda dan suruh berundur letak jawatan.. Tapi KM Pulau Pinang yang dah 2 kali terbukti salah di Mahkamah kerana mencaci dan fitnah tak pula disuruh berundur dan letak jawatan? Memang parti samseng mafia Cina ni berlagak tokong tuhan orang cina Malaysia. Tak boleh disentuh.

Anonymous said...

Tak payah panggil nama Lim Guan Eng lagilah.. kita bagi gelaran Lim Gil Er sudah..

Anonymous said...

Yg menghentam pun melayu jugak...

 
Blogger Templates