Social Icons

Pages

BULETIN 247

Saturday, August 15, 2015

SKMM HANYA ARAHKAN MALAYSIAKINI TARIK BALIK DUA ARTIKEL FITNAH



Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia (SKMM) telah mengeluarkan dua notis kepada portal berita Malaysiakini untuk mengeluarkan dua artikel yang didapati mengandungi fakta tidak benar daripada laman sesawangnya.

SKM dalam kenyataanya berkata, artikel tersebut yang bertajuk, 'Reports filed against Chief Sec, PSD Head' dan 'Laporan terhadap KSN, Ketua Pengarah JPA' telah disiarkan semalam.

"SKMM mendapatkan berita dalam kedua-dua artikel tersebut tidak benar sepertimana penafian SKMM yang pegawai-pegawainya telah membuat laporan terhadap Ketua Setiausaha Kerajaan dan Ketua Pengarah Jabatan Perkhidmatan Awam di bawah Seksyen 48 Akta SPRM 2009," kenyataan tersebut dipetik sebagai berkata.

Sehubungan dengan itu, SKMM mengingatkan portal berita tersebut agar lebih bertanggungjawab an memeriksa kebenaran berita-beritanya sebelum menerbitkan atau memuatnaik ke laman sesawang.

SKMM turut menekan bahawa penyiaran kandungan yang tidak benar menerusi laman sesawang adalah satu kesalahan di bawah Seksyen 233 (1) Akta Komunikasi dan Multimedia 1998.

Kesalahan boleh membawa kepada hukuman denda sebanyak RM50,000 atau penjara setahun atau kedua-duanya.

BERNAMA



7 comments:

Ted Manoff said...

Ada yg buat kerja macam taik

Anonymous said...

Jika soroskini masih tak tarikbalik artikel bohong tu baru la boleh kena tindakan undang-undang. Terbaik SKMM.. Harap rakyat buat aduan terus ke SKMM jika ada mana-mana artikel palsu dan bohong selepas ini.

Anonymous said...

Good job SKMM. Rakyat perlukan ketegasan dalam melaksanakan undang2.

Anonymous said...

Sekali sekala kasi ajar la ini portal....ank angkat Dajjal, sepupu Yahudi laknatullah.

Anonymous said...

Tu je laa yg skmm mampu buat...ini lebih menunjukan skmm dipenuhi para simpati dap yg bercita2 nk mengkominiskan tanah melayu ini...tiada apa yg dpt diharapkan kecuali rakyat bangun utk melenyapkan malaysiakini...sdah tentu segala keturunannya akn lenyap..ini janji

Anonymous said...

Penakut sama macam ketua segala ketua tu lah ....
Menterinya pulak sebijik macam ketua segala ketua... berani hanya dgn melayu, sebangsa... dengan cina hindu macam tikus.... pahlawan bugis konon...

Anonymous said...

Hebat SKMM... kali ini skmm minta MK tarik balik artikel... padan muka MK tu... jangan sesekali bagi muka...
Jika KM buat lagi fitnah di masa depan, kita pakat2 mintak SKMM nasihatkan sikit MK tu... baru padan dengan muka MK tu, baru dia tau langit tu tinggi ke rendah..
Tapi untuk penamat segala tindakan kerajaan keatas Malaysia Kini tu, diharap tindakan tegas tanpa budi bicara... kita minta PM atau menteri kdn memaki kaw2 kepada MK dan ugut untuk tarik balik lesen... ha ha ha!!! padan muka MK!!

 
Blogger Templates