Social Icons

Pages

BULETIN 247

Sunday, August 9, 2015

TIMBALAN MENTERI PERTANIAN KATA, TIDAK WAJAR TUKAR 2 PEGAWAI SPRM KE JPM!!!



Ahli Majlis Tertinggi (MT) Umno, Datuk Seri Tajuddin Abdul Rahman berkata perpindahan 2 pegawai Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) memerlukan alasan yang kukuh.

Menurutnya, tindakan memindah mereka ke Jabatan Perdana Meneri tidak wajar berlaku jika mereka tidak melakukan sebarang kesalahan.
"Kalau pegawai ini tiada buat salah, tak patutlah diambil tindakan begitu.

"Jadi saya pun tak tahu sama ada mereka ini sudah melakukan kesalahan daripada segi peraturan, mendedahkan rahsia atau pun apa-apa kesalahan.

"Tapi kalau mereka tak bersalah dan awak tiba-tiba tukarkan dia begitu, tak patutlah.
"Apa-apa tindakan mesti ada justifikasi - melanggar disiplinkah atau apakah, (sehingga) wajar diambil tindakan," katanya ketika diminta mengulas perpindahan Pengarah Bahagian Operasi Khas SPRM Datuk Bahri Mohamad Zin dan Pengarah Bahagian Strategik Komunikasi, Datuk Rohaizad Yaacob, Jumaat lalu.
Dua pegawai itu dipindahkan selepas menerima kunjungan ahli politik pembangkang dan mengeluarkan kenyataan yang membayangkan ada "tangan ghaib" terlibat dalam siri serbuan dan siasatan polis ke atas SPRM yang menyiasat kes dana sarat hutang 1Malaysia Development Berhad (1MDB).
Menurut Tajuddin, pertukaran tersebut kini mewujudkan persepsi seolah-olah mereka ada melakukan kesalahan.
"Ramai orang pandang dia, ini mesti ada sesuatu – pastikan sesuatu itu memang betul berlaku.
"Itu pun sebagai satu bentuk hukuman apabila dipindahkan dengan serta merta (sedangkan) dia pegang jawatan elok-elok dalam itu," kata timbalan menteri pertanian dan industri asas tani itu.
Beliau ditemui wartawan selepas merasmikan mesyuarat Wanita Umno Ampang yang turut dihadiri Ketua Umno Bahagian Ampang Datuk Ismail Kijo. – 9 Ogos, 2015. (sumber)


6 comments:

Anonymous said...

Pembangkang dah mula masuk jarum

Anonymous said...

Apa bodoh pegi layan lim kit siang sapa suruh.Kaki tangan SPRM sepatutnya tidak memihak kepada sesiapa. Lagi pun kan dah sign perjanjian sanggup ditukarkan ke mana saja. Apalagi nak komplain.

Ted Manoff said...

Komen MP paling bahlol. ..tukar jawatan pon kira selamat juga lah...kalau kelak didapati bersalah kena buang kerja lah jawabnya.. ini satu contoh Pak Pandiaq bercakap banyak...

Anonymous said...

Tajuddin cukuplah hang pun dah terlalu senang sekarang. Tak perlulah nak tunjuk bahawa hang ni ada perikemanusian.

Duduk diam-diam. Cucu pun dah ramai pastikan kehidupan mereka makmor sampai 7 keturunan.

Anonymous said...

Dah tali barut pembangkang nk simpan buat apa??

Ini lah bila cacing sudah naik ke mata. Bape ramai kakitangan kerajaan sokong pembangkang. Digigitnya tangan yg menyuap mulut mereka. Mereka x puas hati coz idup x bleh nk bermewah2. Padahal sediri bodoh x reti urus ewangan sendiri. Lepas tu nk sound kerajaan x reti urus duit!!!! Come on bro, lu nk tegur kerajaan tgk diri hang la dlu....

STUPID CAN'T TEACH

Anonymous said...

wassalam. Eden pocayo "ado udang disebalik batu" ni. bukan ini caro nak tutp mulut orang. Pado eden korajaan ni dah tak ado integeriti dah. Rakyat dah tak pocayokan sinajib dah-pembohong, penipu dan lln. Tolong lah lotak jawatan.

 
Blogger Templates