Social Icons

Pages

BULETIN 247

Friday, August 7, 2015

WALAUPUN TUKANG CUCUK BERTUKAR JADI TUKANG AMPU, MUHYIDDIN TEGASKAN, DIA TIDAK AKAN LETAK JAWATAN SEBAGAI TIMBALAN PRESIDEN UMNO!!!



Timbalan Presiden Umno Tan Sri Muhyiddin Yassin menegaskan beliau tidak akan berundur daripada kedudukannya di dalam parti.

Muhyiddin berkata adalah tidak masuk akal untuk mengatakan bahawa beliau mencemarkan imej parti dan negara sehingga ke tahap harus meletak jawatan.

"Saya tidak akan meletak jawatan (sebagai Timbalan Presiden Umno) kerana saya tidak membuat apa-apa kesalahan di dalam parti.

"Saya tidak membawa ancaman kepada negara malah tidak mengatakan apa-apa yang bertentangan dengan perlembagaan parti.

"Jika saya berbuat demikian, tunjukkan bukti," katanya kepada pemberita pada sidang media selepas melancarkan mesyuarat Wanita, Puteri dan Pemuda Umno bahagian di Kompleks Sukan Pagoh di sini, Jumaat.

Kaki Ampu UMNO Sungai Besar desak Muhyiddin letak jawatan


Sebelum ini UMNO Sungai Besar desak Muhyiddin letak jawatan dan bersara dari arena politik. Sebelum itu Ketua UMNO Bahagian Sungai Besar membatalkan jemputan sebagai perasmi Mesyuarat UMNO Bahagian tersebut.

Jamal dengan bangga mengatakan tindakan itu sebagai sesuatu yang berat dan terpaksa berbuat demikian demi kebaikan parti tetapi melihat kepada komen-komen dalam FB dimana kenyataannya dimuat naik, rata-rata akar umni dari bahagiannya sendiri tidak setuju dengan tindakan tersebut.


Tindakan kaki ampu ini sebenarnya memberi impak buruk kepada parti dan Najib sendiri. Jamal kaki ampu ini peduli apa dengan kejatuhan parti? yang penting projek! - Pena Tanah Melayu


Memetik portal Rakyat News, berikut merupakan pendirian UMNO Bahagian Sungai Besar berhubung status Tan Sri Muhyiddin Yassin sebagai Timbalan Presiden UMNO : -

Saya dapati YB. Tan Sri Muhyiddin Yassin tidak lagi relevan memimpin Parti UMNO kerana beliau telah dengan jelas tidak lagi sehaluan dengan YAB Perdana Menteri Dato' Sri Najib Tun Abdul Razak, yang merupakan Presiden UMNO. Beliau telah memberi kenyataan-kenyataan yang bertentangan dengan pendirian YAB Presiden UMNO secara umum terutama dalam menangani isu 1MDB.

Beliau juga telah mengkritik YAB Presiden UMNO secara terang-terangan sehingga menyebabkan parti lawan mengambil kesempatan dan mensensasikan isu 1MDB dan Rombakan Kabinet baru-baru ini. Kenyataan-kenyataan beliau telah menyebabkan sokongan dan kepercayaan rakyat dan akar umbi parti merosot. Sekiranya beliau ikhlas ingin membantu parti, sudah pasti beliau bersungguh-sungguh untuk memperkukuh dan memperkuatkan parti. Tapi apa yang berlaku, beliau telah menyebabkan perpecahan dalaman parti.

YB. Tan Sri Muhyiddin Yassin dilihat gagal membantu YAB Presiden UMNO dalam menjalankan dan melaksanakan tugas dan tanggungjawab terhadap parti. Tindakan-tindakan dan kenyataan-kenyataan beliau seolah-olah ingin menjatuhakan kredibiliti YAB Presiden UMNO dan juga seolah-olah mempunyai agenda untuk kepentingan peribadi. Sebagai seorang pejuang dan pemimpin peringkat tertinggi, beliau sepatutnya menunjukkan contoh yang terbaik dimana kepentingan parti perlulah diutamakan mendahului kepentingan peribadi.

Apabila saya kaji dan teliti terhadap kenyataan-kenyataan yang telah beliau keluarkan, saya dapati banyak kenyataan-kenyataan tersebut dimanipulasi dan beliau seolah-olah menipu ahli-ahli UMNO serta rakyat Malaysia secara keseluruhannya. Kita hanya memerlukan pemimpin yang ikhlas dan jujur, bukan pemimpin yang cuba untuk memecahbelahkan parti.

Oleh yang demikian, jika YB. Tan Sri Muhyiddin Yassin mempunyai sifat tanggungjawab terhadap ahli UMNO, beliau harus meletakkan jawatan sebagai Timbalan Presiden UMNO. Ini disebabkan kerana, beliau kini telah menjadi satu bebanan kepada parti dan boleh menjadi punca ahli hilang kepercayaan terhadap kepimpinan tertinggi UMNO.

Selaras dengan suasana politik semasa, saya menyarankan agar YB. Tan Sri Muhyiddin Yassin melepaskan jawatan beliau sebagai Timbalan Presiden UMNO serta merta. Saya mohon agar beliau berehat dari arena politik dan memberi peluang kepada pemimpin-pemimpin lain yang boleh memberi kerjasama terhadap kepimpinan YAB Presiden UMNO untuk meneruskan perjuangan parti.

YBHG. DATO' JAMAL MD YUNOS
Ketua UMNO, Bahagian Sungai Besar
6hb Ogos 2015



6 comments:

Anonymous said...

Ketua UMNO ni faham ke atau buat lawak.

Anonymous said...

Masuth ialah nama iblis yang ditugaskan menggoda manusia agar mencampuradukkan berita benar dengan palsu serta menimbulkan fitnah

PJMM BULLETIN said...

Projek masyuk, mesti Kena ampu, Kalu tidak tak masok lah bro..(Tak payah berdusta)...atau Akan jadi calon PAU. Lagi banyak masyuk!..

Anonymous said...

Kalau saya malu nak pegang jawatan Timbalan President. Kan dia satu dari 6 Tan Sri dalam komplot rampasan kuasa. Johor pun orang dah tahu licikkan Muhyiddin.

anti KIPAS said...

Bila ampu dan bodek dah menjadi AMALAN DALAM PARTI UMNO ..
RAKYAT MARHAEN SEMAKIN BENCI PADA PARTI UMNO ..TERMASUKLAH GENERASI Y..

Anonymous said...

Dulu bakar ikan gulung tikar. Sekarang nak cuba bakar manusia pulak..alahai

 
Blogger Templates