Social Icons

Pages

BULETIN 247

Saturday, September 12, 2015

ALALALALA KHAIRUDDIN ABU HASSAN OIII... RUPA-RUPANYA DIA TERGEDIK-KEDIK SANA SINI KERANA BINI DIA UGUT NAK TINGGALKAN DIA!!!



Bekas Naib Ketua UMNO Batu Kawan, Datuk Seri Khairuddin Abu Hassan mengakui akan ditinggalkan isterinya, Datin Umie Aida sekiranya dia belot dalam perjuangan berhubung isu 1MDB.

Katanya, Umie yang juga seorang pelakon tersohor tanah air berbuat demikian bagi memastikan dirinya tidak termakan umpan pihak tertentu supaya beliau menarik balik laporan polis yang telah dibuatnya.

“Umie pernah kata kepada saya, jika ada sesiapa tawarkan kebendaan, wang ringgit dan sebagainya untuk saya tarik balik laporan polis dan kalau saya terima, mungkin dia akan tinggalkan saya.

“Selama saya terbabit dalam isu ini juga, isteri saya tidak pernah berhenti memberi semangat untuk saya teruskan perjuangan ini sampai selesai dan andai kata dia dapati saya belot atau lari daripada perjuangan ini, dia ugut akan tinggalkan saya,” katanya yang dipetik daripada portal berita Mstar Online.

Menurutnya lagi, sepanjang tempoh berkenaan, beliau menerima pelbagai tekanan termasuk diisytiharkan muflis dan rumah yang didiami mereka melalui cubaan untuk dilelong.

Jelas Khairuddin lagi, apa yang ditempuhinya mendapat sokongan teguh daripada isterinya yang juga adik kepada pengarah terkenal, Erma Fatima.

Bagi menampung keperluan dalam keadaan yang sukar, Umie Aida melakukan pelbagai ikhtiar termasuk menjual tudung dan pelbagai produk lain sebagai sumber kewangan mereka.

“Siang malam bertungkus lumus dan tetap teguh bersama saya,” katanya. (FMT)


7 comments:

Anonymous said...

Tergelak kak cah kah kah kah ....

Anonymous said...

Saper tak sayang bini oiiii ...
kalo dah muflis ... tak hensem artis mana pulak yang nak oiiii ....

Anonymous said...

Sampah tepi longkang dua2 ekor ni....

Anonymous said...

post macam ni tak membantu sedikit pun untuk memperbaiki imej najib.. kesian betul dnegan korang ni

Anonymous said...

Glamour sangatlah bila boleh kahwin dengan artis. Tentulah si artis tu tak nak hilang title Datin otomatik yang dia dapat.

Dia pun tahu dunia artis ni penuh dengan glamour dan juga gosip mengosip. Bukan apa takut habis lunyai orang mengata.

Din tu pun nampak muka sebiji macam parpadom lemau.

Anonymous said...

Bini dia lafaz taklik ke? Aduh.....jem kepala aku memikir hahaha.

Anonymous said...

Dato khai maksud lain,Admin yg x berapa cerodik ni pusing belit kot lain pulak.Almaklumlah nak bela boss 2.6 dia tu.

 
Blogger Templates