Social Icons

Pages

BULETIN 247

Monday, September 14, 2015

BAIAH TALAK TIGA: SEKARANG BARU KHALID SAMAD NAK MENYESAL? DAH TERLEWAT!!!



Khalid Samad cuba menyalahkan PAS dalam isu baiah talak tiga melibatkan bekas ADUN dan Ahli Parlimen PAS yang keluar parti.

Barangkali sudah terkena kesannya, Khalid Samad merungut dan mengatakan sumpah baiah talak tiga akan menyebabkan PAS menjadi sebuah parti yang cedera. Baiah tersebut tidak akan memajukan PAS, sebaliknya akan membuatkan PAS menjadi lebih teruk pada masa hadapan.

Khalid Samad mengatakan, taklik itu hanyalah bertujuan menjaga kepentingan politik PAS sehingga sanggup melihat kemusnahan institusi kekeluargaan. Katanya lagi, PAS berbuat demikian kerana mahu menjatuhkan maruah bekas wakil rakyatnya yang bertindak keluar parti secara beramai-ramai.

"Ia sepatutnya isu dalaman, tak perlu dihebohkan. Tapi dalam keadaan mungkin kerana marah terhadap Ahli Parlimen dan Adun yang meninggalkan PAS dan bersama dengan Amanah, maka nak jatuhkan imej kami yang keluar, persoalan bai'ah dan langgar bai'ah ini dimainkan.

"Tetapi sebenarnya saya merasakan bahawa ianya mencederakan PAS lebih teruk berbanding kami," katanya.
(DI SINI)

Baru sekarang nak cakap yang taklik dan baiah itu merupakan satu kerugian kepada diri sendiri? 

Masa diberikan tanggungjawab sebagai calon, dan kemudian dipaksa melafazkan baiah talak tiga, mengapa masa itu, Khalid Samad tidak merungut, membantah atau tidak bersetuju?

Mengapa ketika isu ini diperkatakan sebelum ini oleh proUMNO, Khalid Samad menafikannya dan langsung tidak bersuara?


Baru sekarang Khalid nak cakap bahawa kesetiaan kepada parti tidak penting berbanding komitmen kepada rakyat yang telah memberikan undi kepadanya selepas dia melompat keluar dari PAS dan menyertai PAN? Baru sekarang, Khalid Samad nak cakap, rakyat menilai setiap Ahli Parlimen dan ADUN berdasarkan khidmatnya kepada rakyat, bukannya kesetiaan kepada parti?

Lepas ni, kita nak tengok, adakah KATAK-KATAK yang melompat ke dalam PAN yang di belakang mereka adalah DAP, akan mendapat sokongan pengundi sepertimana yang mereka nikmati sewaktu berada di dalam PAS.



1 comment:

Anonymous said...

Kan senang. Ikut nafsu bukan ikut pegangan. Mungkir janji adalah mainan.

 
Blogger Templates