Social Icons

Pages

BULETIN 247

Wednesday, September 23, 2015

CUBAAN ROGOL ARTIS: JAMAL SEKINCHAN IKAN BAKAR BUAT 17 LAPORAN POLIS!!!



Jamal Mohd Yunos, Ketua UMNO Bahagian Sungai Besar hari ini membuat laporan polis di Balai Polis Ampang Jaya berhubung tuduhan yang dia cuba merogol seorang artis wanita Malaysia bernama Eina Azman.

Jamal ketika ditemui di luar balai polis, mengakui, sekalipun dia mengenali Eina Azman secara peribadi, dia tidak pernah merogol atau cuba merogolnya sebagaimana yang didakwa menerusi media sosial dan blog.

"Saya nafikan semua tuduhan itu, semuanya yang mereka dakwa di media-media sosial. Saya kenal dia. Saya kenal ramai selebriti dan telah bertemu mereka. Saya telah bertemu Siti Nurhaliza dan ramai selebriti yang lain.

"Saya seorang ahli perniagaan dan saya kenal ramai selebriti kerana saya mempunyai sebuah syarikat hiburan," kata Jamal dalam sidang media itu.

Apabila ditanya adakah dia akan mengambil sebarang tindakan ke atas Eina Azman, Jamal berkata, dia tidak mempunyai sebarang rancangan berbuat begitu kerana artis itu sendiri tidak membuat tuduhan ke atasnya.

"Saya telah periksa. Kenyataan tersebut dibuat oleh orang lain, bukan selebriti itu."

Jamal turut memberitahu, antara laporan polis yang dibuatnya hari ini, termasuklah khabar-khabar angin yang membabitkan dirinya dan keluarganya, yang turut berkisar di media sosial dan aplikasi WhatsApp.

Dia ditemani oleh lima orang peguamnya.

"Saya telah membuat sekurang-kurangnya 17 laporan polis termasuklah tuduhan yang kononnya saya mahu meludah Tun Mahathir. Satu lagi laporan adalah berkenaan tentang saya kononnya menerima RM3 juta untuk menganjurkan himpunan 16 September. Terdapat juga dakwaan kononnya saya tidak benarkan orang Cina masuk restoran saya selain tuduhan kononnya saya adalah seorang pengedar dadah."

SUMBER


7 comments:

Anonymous said...

Sapa la yang tersedak dengan Jamal ni..
Jamal memberi kesan kah kepada mereka-mereka yg berkenaan tu?

Anonymous said...

Pembangkang biasa la. Melayu ke cina harbi ke hati berdengki org lain lebih berjaya dari dorang. So apa lagi sebarkan fitnah. Ni kan dah nak akhir zaman dan zaman fitnah. Kita ni yg ingin tahu kebenaran kena usaha mencari sebenar apa yg belaku.

Anonymous said...

Aduhai! Macam ni Pejuang pertahankan Maruah Melayu. Tak de orang Melayu lain yang tak ada skandal ke?

Anonymous said...

budak ikan bakar dah terbakar

Ted Manoff said...

Tersedak makan Sagon

Anonymous said...

Sapa Jamal ni?
Boleh sesapa bagitau saya.

Anonymous said...

seronok ye...tohmah orang. dengar2 jer. kita tolong sambong fitnah.....

 
Blogger Templates