Social Icons

Pages

BULETIN 247

Monday, September 21, 2015

ISMAIL SABRI KOTAKAN KATA-KATANYA... TIADA LAGI PENAJAAN MARA UNTUK PELAJAR-PELAJAR DI TAYLOR UNIVERSITI!!!



Ismail Sabri benar-benar mengotakan kata-katanya, sekaligus mungkin akan menyaksikan satu lagi gelombang besar daripada DAP dan para penyokong mereka dengan label RASIS kepada Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah itu apabila membuat keputusan menghentikan penajaan MARA untuk mana-mana pelajar baru yang akan melanjutkan pelajaran ke Universiti Taylor.

Universiti Taylor baru-baru ini telah menamatkan kontrak sebuah syarikat bas kerana salah sebuah bas yang mempunyai logo universiti swasta tersebut, digunakan untuk mengangkut para peserta Himpunan Baju Merah.

Bagaimanapun, tindakan yang serupa tidak diambil ketika Himpunan Baju Kuning atau BERSIH 4.0.

Himpunan Baju Merah mendapat kelulusan daripada pihak berkuasa setelah akur dengan kehendak dan keperluan undang-undang berbanding BERSIH 4.0 yang melanggar semua arahan dan undang-undang yang ditetapkan.

Tindakan menamatkan penajaan MARA di Universiti Taylor bagaimanapun, hanya melibatkan pelajar-pelajar baru bermula tahun hadapan. Manakala penajaan untuk pelajar-pelajar yang sedang belajar, akan diteruskan.

Menurut Ismail Sabri, MARA tidak berhasrat untuk menamatkan penajaan bagi pelajar-pelajar sedia ada kerana akan mencetuskan masalah baru kepada mereka.

Namun, melihat kepada tindakan Universiti Taylor, tidak mustahil sekiranya akan wujud masalah baru iaitu kekangan untuk lulus menerusi kaedah pengkreditan terutama pada pelajar yang memegang penajaan MARA selepas ini, sekaligus memaksa mereka untuk memanjangkan tempoh pengajian.

Berbanding ketika penubuhan Kolej Taylor dan status IPTA yang diraihnya, terdapat banyak pusat-pusat pengajian tinggi swasta yang jauh lebih bagus dan baik di negara ini. Malah MARA sendiri mempunyai banyak kolej-kolejnya sendiri yang boleh ditambahbaik dan dipertingkatkan bagi menampung pengajian para pelajar.

Usaha ini seharusnya sudah menjadi perintis kepada penambahbaikan kolej-kolej MARA sedia ada berbanding MARA menaja atau memberikan pinjaman pendidikan untuk pelajar-pelajar ke IPTA swasta yang berorientasikan keuntungan.

MARA adalah sebuah agensi kerajaan yang fungsi utamanya adalah membantu Melayu dan Bumiputera di negara ini. Fungsi asalnya itu masih lagi diteruskan. Dan seharusnya pemilikan IPTA seperti Universiti Taylor juga perlu dipandang berat agar modal Bumiputera yang diperuntukkan oleh Perlembagaan menerusi MARA, tidak mengalir sebagai keuntungan kepada puak-puak chauvinist yang seringkali bercakap tentang kesamarataan tetapi tindakan mereka sendiri adalah RASIS!!!


11 comments:

Anonymous said...

mara banyak kolej buat la bagi maju jangan banyak cakap saja
bial terdesak
majlis amanah rakyat jangan hanya harap nama saja sedap kalau aggotamya banyak yang kurang amanah nak buat apa
lani bnayak kaki pelingkup lepas tu terus melingkup
terlepassss

Anonymous said...

Syabas YB! Meh kita titik satu persatu... baru bertemu buku dengan ruas.

Anonymous said...

Dah pokai,bagi alasan bongok,pak liur ni..huhuhu..

Anonymous said...

1mdb,byr jgn xbyr interest,stop dulu budak nak belajar,najib d dahulukan..huhu
Kuasa dah terbalik,
Dulu rykt d dahulukan pencapaian d tangguhkan.semua kerana pemimpin terbangsat.

tebing tinggi said...



Orang Melayu nak tengok ,ketegasan Ismail Sabri ,dalam menangani isue-isue MARA yang lain .

Syabas diuchapkan kapada beliau .

Ted Manoff said...

Aikk? Ada kah Anuar Musa dari Kelantan tu mamat pelingkup juga?

Ang Meng Tat said...

Bagus.. satu tindakan yg tepat sekali.. mantap.. kalau boleh jangan bagi muka langsung kpd mereka.. hidup baju merah!!

adzzam adzzam said...

Zeti BNM kata kalau nak pulihkan ringgit kena buat pencerahan ttg 1MDB dulu.

Najib dgn juak2 pengampu dah pukul canang dlm Utusan, BH dan TV3 , mereka kata isu 1MDB tak akan jejaskan ringgit. Yang jejaskan ringgit faktor2 luar aje.
Tak ke tegak2 menipu rakyat namanya tu.

Admin, berani ke siarkan komen aku ni.

Anonymous said...

Masalah di sini ialah sikap double standard universiti itu.
MARA xde masalah nk buat berpuluh2 kolej universiti

Anonymous said...

Admin dah siarkan komen kamu.
you happy??? I suppose.

kumbang said...

Dicadangkan ismail sabri perdana menteri baru ganti najib.hidup sabri ismail

 
Blogger Templates