Social Icons

Pages

BULETIN 247

Tuesday, September 29, 2015

ISU PANGGIL DUTA CHINA KE WISMA PUTRA... ANIFAH AMAN KESAL, ADA MENTERI YANG MEMANDAI-MANDAI!!!



Ada tiga orang Menteri yang cuba menjadi suara Anifah Aman dalam isu memanggil Duta Besar China ke Wisma Putra untuk memberikan penjelasan berhubung kenyataannya yang berkemungkinan besar telah diputarbelit oleh Ronnie Liu.

Menteri-menteri tersebut adalah HAMZAH ZAINUDDIN, REEZAL MARICAN dan NAZRI ABDUL AZIZ.

Hamzah Zainuddin adalah pemangku Menteri Luar. Reezal Marican adalah Timbalan Menteri Luar dan Nazri Aziz pula adalah Menteri Pelancongan.

Berikut adalah kenyataan media yang telah dibuat oleh Menteri Luar, Anifah Aman pada 28 November 2015:

KENYATAAN AKHBAR YB MENTERI LUAR NEGERI MENGENAI PEMANGILAN DUTA BESAR CHINA KE WISMA PUTRA

1. Saya ingin menjelaskan bahawa perkara memanggil Duta Besar China ke Wisma Putra adalah merupakan satu amalan biasa. Ia bertujuan untuk meminta penjelasan daripada beliau tentang kenyataan yang dibuat oleh beliau semasa lawatan beliau ke Petaling Street tempoh hari. Wisma Putra cuma ingin meminta beliau untuk mengesahkan sama ada kenyataan beliau telah disalah tafsir atau sebaliknya.

2. Memanggil Duta Besar asing ke Wisma Putra ini bukanlah kali pertama yang telah kita lakukan. Wisma Putra telah membuat perkara yang sama dengan Duta Amerika Syarikat, Duta Vatican dan Duta Singapura pada masa yang lalu. Amalan ini adalah amalan biasa dan selaras dengan Artikel 41, Vienna Convention on Diplomatic Relations 1961.

3. Sebagai sebuah negara berdaulat, kita juga perlu menyampaikan pendirian kita kepada China dengan jelas. Dalam perkara ini, setelah berbincang dengan YAB Perdana Menteri, saya membuat keputusan untuk memanggil Duta Desar China untuk hadir di Wisma Putra bagi memberi penjelasan..

4. Saya juga berpandangan bahawa isu ini tidak perlu dibawa ke peringkat Menteri kerana sebagai amalan biasa ianya ditangani di peringkat pegawai kanan di Wisma Putra sahaja.

5. Saya berasa amat dukacita kerana beberapa Menteri Kabinet mengambil beberapa tindakan dan membuat kenyataan akhbar tanpa merujuk kepada saya terlebih dahulu. Untuk makluman, saya tidak pernah sekali pun membatalkan arahan saya untuk memanggil Duta Besar China ke Wisma Putra bagi memberi penjelasan beliau. Sebenarnya perkara ini dapat diselesaikan dengan baik oleh Wisma Putra tanpa campur tangan Menteri-Menteri lain. Sebaliknya campur tangan mereka telah memberikan persepsi yang negatif di kaca mata orang ramai. Saya berharap perkara sebegini tidak akan berulang di masa akan datang.

DATO’ SRI ANIFAH AMAN
28 September 2015


Isu memanggil Duta Besar ke Wisma Putra mula jadi isu YO-YO. Sekejap batal, sekejap panggil... dah rupa macam iklan biskut pulak.

Semalam, pemangku Menteri Luar, Hamzah Zainuddin telah MEMBATALKAN arahan memanggil Duta Besar China ke Malaysia, Dr. Huang Huikang menerusi sepucuk surat. Arahan memanggil Duta Besar China ke Malaysia itu telah dibuat oleh Timbalan Menteri Luar, Reezal Marican.

Nazri Aziz yang portfolionya adalah pelancongan, turut campurtangan dengan menyatakan, tindakan Reezal Marican memanggil Duta Besar China itu sebagai tidak mengikut protokol. (RUJUK SINI)

Kenyataan media yang dibuat oleh Menteri Luar, Anifah Aman jelas menunjukkan Reezal Marican mengikut arahan sebaliknya PEMANGKU Menteri Luar dan Menteri Pelancongan pula, cuba memandai-mandai dalam urusan Kementerian Luar, dengan cara mengambil kesempatan daripada ketiadaan Anifah Aman di dalam negara.

Amat jelas dalam kenyataan medianya itu, ANIFAH AMAN TIDAK PERNAH MEMBATALKAN ARAHANNYA untuk memanggil Duta Besar China ke Wisma Putra.

Sekarang, kita nak tahu, arahan siapa pula yang diikuti oleh Hamzah Zainuddin dan Nazri Abdul Aziz?


Kenapa Nazri mencemuh Reezal Marican dengan menyatakan tindakan memanggil Duta Besar China itu sebagai tidak mengikut protokol, sedangkan dia sendiri melanggar protokol selaku Menteri Pelancongan yang tidak seharusnya campurtangan dalam urusan Kementerian Luar? Dan mengapa pula Hamzah Zainuddin membuat keputusan memandai-mandai sedangkan dia hanyalah PEMANGKU yang seharusnya dalam apa cara sekalipun, mendapatkan makluman daripada Menteri Luar yang sebenarnya?

Adakah ini SALAH KOMUNIKASI atau masing-masing cuba nak tunjuk siapa paling pandai atau rampas kuasa... atau sebenarnya SIAPA YANG PALING PANDAI AMBIL HATI CINA memandangkan Ronnie Liu DAP telah memutarbelitkan kenyataan Huikang yang China akan mempertahankan 'orang Cina' bukannya 'rakyat China'?


4 comments:

Anonymous said...

YAng confirm betoi aku nampak adalah Reezal Merican. Lagi 2 ekoq tu ambil kesempatan nak tunjuk power konon....tak kena pelempang dari Pak Anifah pun dah cukup baguis....

Ted Manoff said...

Menteri Chap Ayam macam Azmin Jamban juga

Anonymous said...

org cina rakyat cina.hantar jer semua balik.bukan kita yg benarkan mereka masuk dulu pun.omputih yg memandai2.pastu menyusahkan org melayu.kalau omputih tak bawak mereka semua ni masuk,tanah2 nenek moyang kita masih milik org melayu.

Anonymous said...

aku ni melayu, melayu baru.

aku ni...kesian kepada melayu yang duk kata cina ni cina tu...padahal, kamu sendiri x kerja kuat, nak salah siapa?

 
Blogger Templates