“Itu fitnah belaka dan mereka mempunyai niat yang jahat,” katanya ringkas ketika dihubungi FMT.
Tambahnya lagi, dakwaan yang dibuat menerusi pemasangan kain rentang yang diletakkan di kawasan Parlimen Ampang hanyalah fitnah yang sengaja dilakukan pihak tertentu.
Kain rentang berkenaan menyatakan Zuraida menggunakan duit haram daripada asrama warga asing di Bukit Belacan Ampang.
“Skandal duit tanah lapang ‘Satay Station’ jalan Bukit Belacan Ampang.
“Duit haram daripada asrama Bangla, Mynmar dan Indon di Tasik Campuran Ampang.
“Sudah jadi jutawan dalam masa lima tahun. Mohon SPRM siasat ahli PKR jangan lantik dia lagi,” petik tulisan pada kain rentang itu.
Berikutan itu, Ahli Parlimen Ampang mencabar pihak yang terlibat supaya tampil membuat laporan serta melakukan siasatan terhadap dakwaan yang dibuat.
“Pihak yang berani buat tuduhan tak kira siapa, buat laporan dan siasat jika berani,” tegasnya. (FMT)
2 comments:
Lapor je kat SPRM,nenek lampir ni......siapa yang ada bukti pergi lapor jangan takut.Saya ni tak ada bukti cuma dengar2 dan nampak kat ampang ni memang ramai indon dengan bangla.nak keluar pun takut.
Aku pelik orang ampang ni, perempuan indon mcm ni pun boleh dilantik jadi wakil kepada rakyat...apa dah takda ke warga negara yang layak walaupun dari pkr?Ada ke rakyat Malaysia jadi senator,ketua kampung atau kepala kota di Indonesia?jangan mimpi lah diaorng nk ambik orang luar jadi pemimpin rakyat mereka, kita saja yang terlalu bagi muka pd orang luar dan inilah kelemahan kita. SPR kena buat akta baru supaya pemegang mykad penduduk tetap atau warga asing tidak boleh jd Adun,ahli parlimen atau senator sb itu adalah HAK RAKYAT MALAYSIA YANG LAHIR DI MALAYSIA.
Post a Comment