Social Icons

Pages

BULETIN 247

Wednesday, September 16, 2015

KECEWA BETUL PUAK-PUAK YANG CUBA KAITKAN PEMBUNUHAN KEVIN MORAIS DENGAN NAJIB DAN 1MDB!!!



Polis percaya Timbalan Ketua Bahagian Pengarah Bicara dan Rayuan di Jabatan Peguam Negara, Anthony Kevin Morais dibunuh kerana kaitannya dengan kes rasuah yang sedang disiasat melibatkan seorang doktor yang berkhidmat dengan Angkatan Tentera Malaysia (ATM).

Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman,Datuk Seri Mohmad Salleh, berkata setakat ini polis belum dapat memastikan sama ada motif pembunuhan sama ada dendam atau sebaliknya.

“Kita percaya pembunuhan Kevin ini ada kaitan dengan doktor terbabit berikutan mendiang ada menjalankan siasatan terhadap kes rasuah melibatkan doktor terbabit.

“Maklumat ini kita dapat daripada lima suspek lelaki yang kita tahan pada semalam (Selasa),” katanya pada sidang sidang media di USJ 1 pada Rabu.

Mayat kevin ditemui selepas kelima-lima suspek yang ditahan menunjukkan lokasi mereka membuang mayat mendiang yang dimampatkan dalam konkrit dan dicampak di dalam longkang di Jalan Subang 3, Subang Jaya pada Rabu.


Mayat ditemui oleh unit penyelam pasukan bomba dan penyelamat yang dipanggil dalam operasi mencari.

Mayat yang dikeluarkan kira-kira jam 8 pagi itu telah dihantar ke Hospital Kuala Lumpur (HKL) untuk bedah siasat.

Sebelum ini, Kevin terbabit dengan pendakwaan rasuah ke atas Ketua Makmal Patologi, Hospital Angkatan Tentera Tuanku Mizan, Kolonel Dr. Kunaseegaran a/l Ragavabaidu, 50 tahun.

Dia dituduh melakukan dua kesalahan rasuah membabitkan wang sejumlah RM 700,000.

Itu yang dilaporkan oleh Free Malaysia Today

Dalam satu laporan yang lain...

Tujuh orang telah ditangkap termasuklah suspek utama dalam pembunuhan Kevin Morais. 

KESIAN SUNGGUH KEPADA PUAK YANG CUBA MENGAITKAN NAJIB dan menuntut perletakan jawatannya kerana pembunuhan ini. 

Ini adalah kerana Kevin Morais tidak dibunuh kerana dia menjadi ketua pendakwaraya kes 1MDB atau pun dia merupakan salah seorang yang membocorkan kertas pertuduhan seperti yang mereka angan-angankan. 

Kolonel Dr. Kunaseegaran a/l Ragavabaidu, 50, Ketua Makmal Patology di Hospital Angkatan Tentera Tuanku Mizan (HATTM) di Wangsa Maju, didakwa telah meminta dan menerima rasuah daripada pemilik sebuah syarikat persendirian sebagai dorongan untuk membolehkan syarikatnya menjadi pembekal ubat-ubatan dan peralatan perubatan kepada hospital. 

Dr. Kuna telah didakwa menerima sogokan berjumlah RM800 ribu. 

Sebiji tong dram berisi semen yang mengandungi satu mayat telah ditemui di kawasan paya bertentangan dengan Sekolah Kebangsaan Chee Wen di USJ 1, Subang Jaya. 


Morais dilaporkan hilang selepas meninggalkan rumahnya di Menara Duta pada 4 September untuk ke tempat kerja menaiki kereta Proton Perdana berwarna kelabu yang bernombor pendaftaran WA6264Q.

Dilaporkan empat orang suspek mengekorinya di dalam sebuah kereta berasingan sebelum menahan keretanya di Bangsar. Suspek-suspek kemudiannya menghampiri Kevin yang masih berada di dalam keretanya dan memaksa dia keluar sebelum mengheretnya ke dalam kereta mereka. 

Kejadian tersebut disaksikan oleh ramai orang memandangkan ianya berlaku ketika kesesakan jalanraya. 

Salah seorang suspek kemudiannya memandu kereta Morais. 


No comments:

 
Blogger Templates