Social Icons

Pages

BULETIN 247

Sunday, September 20, 2015

KESIAN SI SASAUAN NEGARA... BARU SEKEJAP MASUK DAP, TERUS BODOHNYA MELANTUN-LANTUN!!!



Belum pun lama lagi, bekas guru, kemudian bekas wartawan yang kemudian menjadi orang terakhir dari ASAS 50 menjadi Sasterawan Negara menyertai DAP secara rasmi. Bermula dengan demonstrasi anti PPSMI yang menyaksikan dia menjadi pejuang Bahasa Melayu, kemudian sekarang ini menjadi balaci Lim Guan Eng paling setia terutama dalam BERSIH dan perlecehan apa-apa sahaja yang berkaitan Melayu, A.Samad Said yang pernah cuba menggemparkan dunia penerbitan dengan mogok seninya, benar-benar menanggapi gelaran MACAI sepenuhnya.

A.Samad Said bukannya reti apa-apa tentang silat. Bukannya faham apa-apa tentang falsafah silat yang bukan bertujuan mencari gaduh dengan sesiapa. Malah tidak hadam pun perkataan 'seni mempertahankan diri' kerana dia sentiasa hidup dilambung imaginasi yang hanya dibatasi dan dijumudkan oleh DAP.

Dek kerana itulah, dia mentakrifkan silat sebagai bahan pertunjukan semata-mata dan tidak boleh digunakan untuk mempertahankan negara. (RUJUK DI SINI) Baginya, yang boleh mempertahankan negara dengan jambakan puisi dan sajak yang berputar-putar dan berbelit-belit menggunakan metafora perkataan dan istilah yang lebih bersifat bombastik, sepertimana yang terdapat dalam sajak-sajak dan buku-buku tulisannya.

Betullah, memang zaman pertempuran sekarang, menggunakan peluru, bahan kimia dan nuklear. Tetapi falsafah dan taktik peperangan itu sendiri bermula daripada usaha mempertahankan diri. Apa yang susah sangat nak faham daripada prinsip asas sebegitu?

Hidup sepenuhnya dengan bantuan dan pengiktirafan kerajaan yang sebenarnya tidak perlu dan tidak mendatangkan sebarang keuntungan pun, sekarang ini A.Samad Said cuba bercakap tentang MEMPERTAHANKAN NEGARA?

Hanya kerana kebencian taukeh-taukehnya terhadap UMNO dan Najib, membuatkan A. Samad Said yang tidak berpendirian melainkan kerana permulan marahnya 'adalah projek buku', memandang hina apa-apa sahaja yang diucapkan oleh Najib.

Kalau Najib kata, para pesilat diletakkan harapan untuk mempertahankan negara, A. Samad Said dengan menggunakan bait-bait puisi dan sajak laloknya akan mengatakan, silat tidak boleh mempertahankan negara dan sudah basi kerana sekarang ini adalah zaman peluru dan nuklear. Nasib baik Najib tak kata, para penulis dipertaruhkan harapan untuk mempertahankan negara ini. Barangkali kalau Najib mengatakan demikian, A. Samad Said dengan suruhan daripada taukeh-taukeh DAPnya akan mengatakan, penulisan hanyalah satu kerja imaginasi yang tidak lagi sesuai pada zaman digital ini selain menyumbang kepada penebangan pokok dan pencemaran alam sekitar dengan bahan kimia dengan memberi contoh, dirinya sendiri sebagai tanda aras kegilaan itu.

A.Samad Said banyak bercampur dengan para pelukis Central Market yang sekarang ini terpaksa kembali berseni dan berkarya di jalanan terutama sekali di Bukit Bintang, seperti suatu masa dahulu sebelum mereka ditempatkan di Central Market, selepas pentadbiran baru Central Market mengamalkan double standard terhadap para peniaga Melayu di premis berkenaan. Dengan sewa tinggi dan lokasi mereka dikeluarkan dari Central Market dan ditempatkan di ruang Annex yang suatu ketika dahulu merupakan kilang minyak kelapa di sebelah Central Market, sewajarnya A. Samad Said sedar diri bahawa para pelukis jalanan itu jauh lebih mulia berbanding dirinya. Perjuangan mereka jauh lebih jitu kerana marah mereka bukanlah kerana projek yang tidak dipedulikan oleh kerajaan dan agensi kerajaan. Perjuangan mereka tulen kerana mereka tidak ada sebarang kepentingan tetapi terus berjuang untuk mencari 'butter and bread' dengan kerja keras dan kebolehan mereka sendiri.

Ada di kalangan para pelukis jalanan tersebut seharusnya menepati status karyawan negara kerana hasil tangan mereka telah beredar di luar negara dan memperkenalkan negara ini sebagai destinasi pelancongan seni. Orang-orang seperti Aris Aziz, Johari Abdul Ghani dan sebagainya yang terkenal dengan aliran isme mereka dalam penghasilan karya-karya catan, boleh saja menggunakan pengaruh dan marah mereka kepada nasib yang menimpa mereka tetapi mereka memilih untuk tidak merengek-rengek seperti A. Samad Said dan kemudian bersekutu dengan DAP yang merupakan spesies yang sama dengan pentadbiran baru Central Market yang menganiayai dan menzalimi mereka.

A. Samad Said sewajarnya menumpukan perhatian kepada pengurusan janggut dan misainya sendiri. Anaknya yang dihantar belajar ke luar negeri dengan wang rakyat juga, seharusnya dibawa pulang dan dipaksa membayar kembali setiap sen yang telah dibelanjakan daripada wang rakyat yang diberikan kepadanya selaku Sasterawan Negara.

Selepas itu, barulah dia boleh bercakap apa-apa tentang Melayu kerana dia tidak lagi hidup sebagai Melayu tetapi hidup hanya sebagai bangsa Melayu yang tidak menggunapakai hak keistimewaan Melayu.

Susah sangat ke seorang sasauan negara untuk faham ayat semudah itu?


15 comments:

Anonymous said...

Cuba korang tengok muka dia betul2...dah macam anjing kan?

Kenapa guan eng tak hantar anjing pengkhianat bangsa Melayu ni ke dog grooming?

Unknown said...

Apa hebat sangat dia ni berbanding sasterawan negara Abdullah Hussain dengan novelnya INTERLOK yang menjadi sukatan wajib disekolah. Kim Hock watak yang saya...! Hmm.

Ted Manoff said...

Dia lupa peranan keris kontot dia bersilat malam Jumaat. ..tikam kiri kanan ...tikam dalam2.sampai rebah....sangat bahlolll punya pak jenggot

Anonymous said...

DAP Lim Guan Eng tu buat masa ni jaga je lah anjing-anjing di Penang. Banyak yang GILA, nanti kalau CM kena gigit anjing dila....susah juga Pak Sasterawan kita.

Anonymous said...

Kau lagi sasau...setiap masa kau rasa diri kau betul...sebab tu kau suka rendahkan orang lain...hello bro muhasabah diri dulu sblm menulis..
Jangan rasadiri kita sentiasa betul...adilkan pemikiran kamu dengan perubahan persekitaran..biar terbuka sikit minda...sorry la lama2 aku dah muak pulak...sokong bawa rebah...klu mcm ni la aku x yah sokong lg..buat PENAT je bro..

Anonymous said...

Biar cepat mampus

Anonymous said...

Kan penulis dah labelkan dia sasauan Negara, pasti dia tak akan faham apa jua nasihat dan pandangan orang lain melainkan yang datang daripada Maharaja Dinasti LIM sekeluarga..

Anonymous said...

Ameno yg sasau.....apa kena silat dgn perpaduan melayu? Satu Dunia kini pakai pistul la, kalau tidak tak kan kerajaan melaka hancus.
Kipidap dongibab! Silat pulut untuk kenduri kawin dah!

Anonymous said...

portugis belanda jepun britis mai mana pi pesilat hebat
mana pi certita pahlawan tak sehebat kenaytaan
sebab tu britis boleh paksa tm dikongsi dengan orang lain
keris taming sari dah hilang kalu tidak cabut lari britis
melayu ditipu britis dulu lagi

Anonymous said...

Layankan je lah..org tua..entah semayang ke tidak tu..jgn sembah tokong dap sudahlah..

Anonymous said...

Dia suka shaolin agaknya sebab dah macam sifu shaolin rupanya.............

Anonymous said...

yang sasau semakin sasau..
melalak sana-sini hingga lupa jatidiri..
jika tidak kerana anugerah sasterawan yg diberi nescaya orang tua ini merempat membawa diri..

Anonymous said...

bersajak sesuai untuk show kerajaan saja. kalau pandai menyanyi bole juga kerja jadi penyanyi kelab malam. DAP suka Tiger , samad said boleh tumpang mabokkk ....

Anonymous said...

orang sasau bila bercakap memang napak kesasauan nya.

Anonymous said...

si samad nie bercakap sekadar nak puaskan hati taukeh besa dia. that's all... FULL sTOP!!!

 
Blogger Templates