Mungkin ada yang berpandangan, ini merupakan satu lagi tindakan menghabiskan wang rakyat memandangkan sukan di Malaysia, waimma sukan catur dan dam aji sekalipun, tidak pernah mendatangkan pulangan yang baik untuk Malaysia.
Tambahan pula, cerita kartun tentang kekalahan besar pasukan bolasepak kebangsaan Malaysia baru-baru ini, membuatkan ramai yang bera dan biru muka untuk mengakui, mereka adalah peminat sukan bola sepak di Malaysia. Ditambah pula dengan gelagat penonton dan segolongan manusia yang kononnya menyokong pasukan bolasepak kebangsaan tetapi sebenarnya hanya mencari ruang dan peluang untuk mencipta rusuhan serta kekacauan.
Perlu diakui bahawa Malaysia mengalami kemerosotan dalam semua sektor industri sukan. Walaupun berbangga dengan pencapaian badminton, tetapi Malaysia di bawah BAM, masih juga bergantung sepenuh harapan kepada kuda tua Lee Chong Wei yang kian kendur dan mengalah. Lapisan baru penggantinya masih belum kelihatan walaupun pengurusan dan pentadbiran BAM, terus bermain retorik.
Sekitar 1960-an dan 70-an, Malaysia menempati banyak acara sukan dunia seperti hoki, badminton, bolasepak, bahkan lumba basikal. Di sebalik kekurangan dari segi infrastruktur sukan dan bantuan kewangan, pasukan bolasepak Malaysia merupakan kuasa yang bukan calang-calang di Asia, setidak-tidaknya. Korea Selatan dan Jepun pada waktu itu pun, berada di bawah telapak kaki Malaysia.
Begitu juga dengan sukan takraw, badminton dan hoki,
Sekarang, fasiliti sukan Malaysia, hebat dan bertaraf dunia tetapi pasukan-pasukan yang dihantar, semuanya bertaraf amatur.
Sambutan Hari Sukan Negara ini merupakan suatu inisiatif Kementerian Belia dan Sukan di mana ia adalah satu langkah pro aktif didalam proses transformasi ke arah mencapai hasrat menjadikan Malaysia sebagai sebuah ‘Negara Bersukan’ (Sporting Nation). Oleh yang demikian, Hari Sukan Negara di jadikan agenda nasional yang selari dengan matlamat negara ke arah Wawasan 2020.
Sambutan Hari Sukan Negara bakal diisi dengan pelbagai aktiviti sukan dan riadah untuk memastikan setiap lapisan masyarakat mengambil bahagian dalam meraikan Sambutan Hari Sukan Negara tersebut yang akan diraikan secara serentak di seluruh pelusuk tanah air.
Sukan perlu dipupuk dari padang-padang becak atau dari bahu jalanraya. Bakat-bakat baru perlu dicungkil dari ceruk-ceruk perkampungan dan pedalaman. Untuk berjaya, gabungan pelbagai sektor diperlukan, bukannya mewujudkan bengkel seperti yang berlaku pada hari ini dan kemudian memilih atlet-atlet yang sekadar mampu BERJALAN MENGENGKANG DAN MENGAHWINI ARTIS tetapi corak permainannya, mengalahkan kerbau menenggala petak bendang!!!
Cuma satu sahajalah, HARAP-HARAP HARI SUKAN NEGARA, TIDAK MENERIMA NASIB YANG SAMA SEPERTI RAKAN MUDA!!!
1 comment:
Singkirkan MCA dari BN? Cakap boleh, buatnya minta maaf lah.
Post a Comment