Social Icons

Pages

BULETIN 247

Saturday, September 19, 2015

NAJIB CHECKMATE GENG PRO-TUN EKORAN PENANGKAPAN KHAIRUDDIN ABU HASSAN!!!


Walaupun geng pro-Tun yang sekarang ini sedang cuba mengecohkan penangkapan Khairuddin Abu Hassan, si muflis yang dalam tempoh setahun berjaya menyelesaikan hutang dan status muflisnya, kemudian berlagak seolah-olah dia tidak pernah muflis, namun yang pastinya, satu demi satu langkah mereka untuk menggulingkan Najib Abdul Razak dengan menggunakan isu 1MDB dan RM2.6 bilion yang didermakan ke dalam akaun peribadinya, mula terkantoi.

Kerjasama dengan menggunakan Sarawak Report dan kemudian Wall Street Journal, nampaknya tidak menjatuhkan Najib. Najib yang seringkali dikatakan lembab, tidak begitu pandai, sebenarnya jauh lebih licik dan tangkas berbanding tanggapan umum.

Keterbukaan Najib untuk mana-mana entiti melakukan siasatan ke atasnya, sebenarnya menggambarkan keberanian dan langkah-langkah yang telah diambil oleh Najib dengan perkiraan tertentu.

Laporan-laporan polis yang dibuat oleh Khairuddin, sebenarnya merupakan satu publisiti kepada keterbukaan dan kesediaan Najib untuk disiasat oleh pihak berkuasa. Walaupun Khairuddin kemudiannya mendakwa, laporan-laporannya tidak disiasat dan diambil tindakan, kesimpulan yang dibuat oleh PDRM dan SPRM berhubung 1MDB dan RM2.6 bilion itu sebenarnya adalah jawapan kepada dakwaan karut Khairuddin.

Berbeza dengan Mahathir ketika 22 tahun kekuasaannya yang tidak membenarkan bukan sahaja dirinya disiasat, bahkan kawan-kawan rapatnya yang juga berkawan rapat dengan Anwar Ibrahim seperti Vincent Tan, Francis Yeo, dan Ananda Krishnan 'diganggu', bahkan memperkatakan tentang KKN juga dilarang sama sekali.

Memang benar, pada zaman Mahathirlah ramai jutawan dan tokoh korporat Melayu-Bumiputera dilahirkan, tetapi pada zaman dia jugalah, puak-puak seperti Vincent Tan mendapat keuntungan lebih besar kerana mereka adalah MAIN-CON dalam kebanyakan projek-projek mega terutama sekali IPP.

Tindakan Khairuddin Abu Hassan membuat laporan dan kemudian mempelawa agensi anti rasuah asing ke Malaysia untuk menyiasat Najib Abdul Razak, sebenarnya merupakan satu 'kesilapan' besar bagi golongan pro-Tun dan pro-taukeh IPP. Perhatian antarabangsa kepada Najib tentang isu yang dibangkitkan oleh mereka, walaupun menyusahkan tetapi memberi impak yang besar kepada pengaruh Najib.

Kesempatan seperti itu pasti akan digunakan oleh pihak asing, sepertimana yang mereka lakukan sewaktu pentadbiran Mahathir, untuk mengorek dan mendedahkan segala-galanya. Kesempatan itu akan digunakan untuk menggambarkan bahawa Malaysia sudah menghampiri kehancuran sepertimana yang mereka gambarkan menerusi kebangkitan kaum Cina yang pro-DAP dan komunis pada Pilihanraya Umum 1969.

Harapan untuk melihat Malaysia hancur, tidak pernah luput daripada pemikiran pihak berkenaan bagi tujuan menjaga kepentingan mereka yang besar di Singapura, khususnya.

SUARAM sendiri mengakui bahawa pihak berkuasa Perancis gagal untuk menunjukkan bukti Najib, Abdul Razak Baginda dan Altantuya Shiiribu hadir bersama-[sama di Perancis dalam urusan penjualan dan pembelian dua buah kapal selam Scorpene. Urusniaga yang telah dibuat pada tahun 1995 iaitu pada zaman Anwar Ibrahim masih lagi Menteri Kewangan dan Mahathir adalah Perdana Menteri, telah cuba dimanipulasi dan ditunggang terbalikkan.

Namun sehingga ke hari ini, satu-satunya bukti yang ada hanyalah gambar-gambar palsu ciptaan Tian Chua.

Begitu jugalah dalam kes 1MDB dan RM2.6 bilion.

Khairuddin Abu Hassan dan tok-tok dalangnya juga akan karam, sama seperti dalam kes Scorpene.

Mungkin Najib melakukan kesilapan terbesar dan lalai apabila membenarkan RM2.6 bilion dimasukkan ke akaun peribadinya. Tetapi dalam urusan korporat, ia bukanlah sesuatu yang luar biasa terutama sekali yang membabitkan akaun amanah yang telah wujud pada zaman Mahathir sendiri. Apatah lagi, wang berkenaan tidak mempunyai kaitan langsung dengan 1MDB. 

Penangkapan Khairuddin di bawah Akta 124C, sebenarnya adalah salah satu langkah CHECKMATE Najib kepada golongan yang mahu menggulingkannya. Di sebalik tindakan Najib yang seperti tidak peduli dengan usaha menggulingkannya menerusi proses institusi awam sekaligus menimbulkan pertanyaan besar tentang tindak-tanduknya, Najib ternyata hanya menunggu waktu yang sesuai untuk bertindak. Perjalanan Khairuddin ke luar negara telah dieksploitasi. Najib sedar, siasatan antarabangsa akan membuatkan kedudukannya lebih teguh. 

Siasatan antarabangsa akan dilihat lebih adil kerana mengambil kira semua bukti dan fakta. Apa yang dilakukan oleh golongan pro-Tun sekarang, samalah seperti yang dilakukan oleh Anwar Ibrahim dan kumpulannya yang terlalu bergantung kepada konspirasi dan teori semata-mata.

Tanpa bukti, siasatan antarabangsa akan mendapati Najib PUTIH BERSIH DAN SUCI SEPERTI BAYI. Kedudukannya akan lebih teguh. Najib dan pasukannya boleh mendakwa bahawa siasatan yang dilakukan oleh agensi-agensi anti-rasuah antarabangsa, telah membersihkannya daripada sebarang salah laku atau penyelewengan.

Sejarah di Malaysia telah membuktikan bahawa tindakan seperti yang dilakukan oleh puak pro-Tun dan kumpulan Anwar Ibrahim, gagal menjatuhkan mana-mana Presiden UMNO yang juga merupakan Perdana Menteri Malaysia. Mereka hanya boleh menimbulkan dan mencetuskan kekacauan dalam negara, tetapi akhirnya yang boleh melaksanakan tugas-tugas menjatuhkan Perdana Menteri hanyalah Undi Tidak Percaya di Parlimen dan gabungan Ketua-Ketua UMNO Bahagian.

Sudah pastilah sekarang ini, Najib belum lagi memenangi pertempuran tetapi sedikit demi sedikit, Najib dan pasukannya sedang menghampiri kemenangan peperangan.

Mungkin sudah sampai masanya juga untuk para penasihat dan penghasut Tun Mahathir untuk mula memikirkan, apakah lagi kesilapan mereka menggunakan Tun Mahathir untuk menggulingkan Najib!






14 comments:

Anonymous said...

Berani kerana benar...takut kena jail..kah..kah..kah..
Report polis tak jalan, malah beliau yg kena pula..
Apa sudah jadi dgn siasatan 1MDB???
Kenapa tak saman Sarawak report???
Apa makna guling kerajaan? memaksa dgn keras merampas kuasa kerajaan?...
Satu dunia tahu kisah 1MDB & 2.5Billion..
Cina tembam & dua ekor lagi tak dapat dikesan??? Serious ke SPRM & polis cari 3 ekor ni...
Laporan WSJ..1.4 billion lesap & baru2 1 Billion lesap. Hampir 2.6billion, angka yg sama ye dgn duit derma. Ini di sah kan juga oleh syarikat audit Deloite..

Pak Kadiaq Cerok Tokun Atas said...

Dewasa ini sememangnya ada usaha-usaha dari tangan asing serta parti2 politik pembangkang untuk menjatuhkan pemimpin Melayu dengan fitnah & skandal yg direka-reka. Mereka berjaya mempengaruhi segelintir pemimpin dalam kerajaan. Bahkan seorang mantan PM pun dah terpesona dengan mainan licik itu. Bayangkan mantan PM yg bertaraf negarawan itu pun terkeliru & termakan umpan yg ditaburkan, apatah lagi manusia-manusia biasa yg bersikap pak turut?
Kita kena pandai menilai sesuatu tuduhan terhadap kepimpinan negara.. jangan tunggu hingga nasi menjadi bubur.. kesalan tiada gunanya.. Melayu hanya ada Malaysia saja untuk bernaung.. fikir-fikirkan lah

ramlan aziz said...

Betulke check mate...hehe....

Anonymous said...

Melayu TERUS BERSATU! Pengkhianat2 satu persatu kita hukum!

Kepala pengkhianat, anak beranak maddey kutty dan timbalan2 beliau seperti Muhyiddin, clare browne, khairy, etc etc akan kita settle kan satu persatu.

Lim kit sial anak beranak dan anjing2 DAPIG mereka pun akan mendapat tempias!

Akhir sekali, anjing2 kurap kasta terendah, pkr dan PAN seperti ijjah sundal, lapiji pondan, mat sabu, khalid samad...dll

Anonymous said...

Minta buat survey n homework rakyat malaysia tentang najib sebagai pm. Jgn syok sendiri ja..

ted manoff said...

Engkau mabuk ketum apa..

jangan mimpi said...

Penangkapan Khairuddin di bawah Akta 124C, sebenarnya adalah salah satu langkah CHECKMATE Najib kepada golongan yang mahu menggulingkannya.
Sekarang boleh checkmate org sbb ada kuasa.sapa yg brani xnak???


Najib sedar, siasatan antarabangsa akan membuatkan kedudukannya lebih teguh.
teguh ke???klau rasa makin teguh knp xdtg msa forum rasuah itu hari?

jangan mimpi said...

anon 2:34 PM
sy sokong..jgn syok sndiri.sokong buta tuli.jg buta hati

Anonymous said...

Goblok syok sendiri....cara penulisan mcm akan berkuasa selamanya...tunggu je next pru...sebab pahlawan bugis ni mmg kompom bn tumbang... Buat musuh dgn pengundi...mmg terbaik la taktik kalian

Anonymous said...

Tun M pun akui beliau terpedaya selama lebih 20 tahun akan kepura-puraan Anwar. Lepas bersara pun sekali lagi terpedaya... apakan daya...

adzzam adzzam said...

Kita tgk sape yg kena check mate..
Najib baru istihar dia nyorok belakang budak2 silat malam tadi.

Anonymous said...

"Keterbukaan Najib untuk mana-mana entiti melakukan siasatan ke atasnya, sebenarnya menggambarkan keberanian dan langkah-langkah yang telah diambil oleh Najib dengan perkiraan tertentu." statement paling biawak..asal boleh je ko

Anonymous said...

Check mate kepala hotak kau!!!!

Anonymous said...

Well done DS Najib. We are all behind you.

 
Blogger Templates