Social Icons

Pages

BULETIN 247

Monday, September 7, 2015

NAMA ROSMAH MANSOR SANGAT LARIS, KATA PEGAWAI KHAS ISTERI PERDANA MENTERI!!!



Nama isteri Perdana Menteri, Datin Seri Rosmah Mansor sering dikaitkan oleh pihak tertentu bagi memastikan isu yang ingin dibawa mudah ‘dijual’ kepada rakyat.

Pembantu Peribadi kepada isteri Perdana Menteri, Datuk Rizal Mansor berkata, Tun Dr Mahathir Mohamad, Datuk Hamid Bador dan Datuk A Kadir Jasin antara mereka yang mempergunakan nama Rosmah untuk menyerang Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak.

Katanya, bekas Perdana Menteri, Dr Mahathir terpaksa ‘menjual’ nama Rosmah dengan mengaitkan isteri Perdana Menteri itu dengan pembelian cincin bernilai RM24 juta.

“Cara paling mudah untuk jual cerita, kaitkan nama Datin Seri Rosmah Mansor.

“Bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir – pun terpaksa “jual” nama Datin Sri Rosmah Mansor sebelum nak mulakan serangan terhadap Dato’ Sri Najib.. perhatikan bagaimana beliau mulakan dengan isu cincin..

“..Padahal beliau sendiri tahu kebenarannya (beliau yang lancarkan buku biografi yang turut menjawab fitnah cincin) tapi “terpaksa guna” nama Datin Sri Rosmah untuk menarik perhatian masyarakat,” katanya menerusi posting terbaharu di Facebook.

Tambahnya, bekas Timbalan Pengarah Cawangan Khas Datuk Hamid Bador ‘turut menggunakan nama Rosmah bagi mendedahkan isu terbaharu yang ingin disebarkan.

Rizal berkata, bekas Pengarang New Straits Times (NST), Kadir Jasin juga terpaksa menggunakan nama Rosmah dalam setiap penulisannya bagi menarik perhatian pembaca.

” Bekas Ketua Pengarang NST merangkap blogger Nikah Kahwin A. Kadir Jasin – sentiasa menyebut nama Datin Sri Rosmah Mansor dalam kebanyakan posting beliau untuk tarik perhatian pembaca,” katanya. (FMT)


2 comments:

Anonymous said...

Orang akan terus serang Rosmah kerana beliau itu baik sangat sebab membenarkan orang mengfitnahkan dia. Apakata kalau beliau menyaman kesemua yang telah di viralkan di dalam media sosial pasti ada jawapan dan kebenarannya. Dia ada title apa nak di takutkan kalau sudah kebenaran menjadi hak. Ini tidak.... membiarkan sesiapa sahaja menhina, mengutuk beliau dan masih buat donoooo sahaja. Lama lama orang ramai akan percaya dan jangan kesalahan melangkaui kebenaran. Fikirkan sesungguhnya janji dan balasan dari Allah itu benar.

Anonymous said...

ada sepotong ayat berbunyi tun M terpaksa gunakan isu cincin.terpaksa?yg terpaksa dalam hal ni rakyat.rakyat terpaksa tanggung beban sara hidup akibat kehebatan pentabiran najib.tun tak terpaksa guna apa2 isu yg terlentang depan mata kita semua.tak ada effort atau keterpaksaan lansung.serupa kalau kita nampak pencuri yg sedang mencuri,apakah perlu kita terpaksa tuduh dia?tak perlu paksaan.TANGKAP jer!

 
Blogger Templates