Social Icons

Pages

BULETIN 247

Tuesday, September 8, 2015

PENDEDAHAN NST: JUSTO TAK JADI JUAL DATA CURI 1MDB KEPADA NURUL IZZAH SEBAB ANAK ANWAR IBRAHIM ITU BERMODALKAN AIR LIUR DAN JANJI!!!



THE RAKYAT POST mendedahkan, Nurul Izzah telah menawarkan pembelian data-data 1MDB daripada bekas eksekutif PetroSaudi, Xavier Justo dengan harga USD2.0 juta (8.7 juta) untuk menggulingkan Kerajaan Najib Abdul Razak.

Tawaran tersebut bagaimanapun, ditolak oleh Xavier kerana ia bukannya dalam bentuk wang tunai tetapi KONTRAK MASA HADAPAN sekiranya PKR berjaya memenangi PRU-14.

Pendedahan tersebut adalah berdasarkan kepada siasatan kes Justo dan pengakuan Justo sendiri. Ahli Parlimen Lembah Pantai merangkap anak perempuan Nurul Izzah itu, tidak dilihat dan dianggap sebagai pembeli yang berpotensi kerana dia hanya bermodalkan air liur.

Menurut THE NEW STRAITS TIMES pula, Editor Sarawak Report, Clare-Rewcastle Brown telah bertindak sebagai broker.

Sekitar September 2014, Clare telah menghubungi Justo dan mempelawanya ke Bangkok. Menurut Clare, anak perempuan Anwar Ibrahim berminat untuk membeli data-data 1MDB daripada Justo.

"Saya menolak memandangkan Nurul mahu membayar USD2 juta (RM8.7 juta) dalam bentuk kontrak kerajaan masa hadapan sekiranya mereka menang berbanding membelinya secara tunai. Saya menolak tawaran tersebut kerana ia tidak perlu," kata Justo dalam pengakuannya.

Justo turut mengaku bahawa Clare Rewcastle-Brown bersama-sama Ahli Parlimen DAP, Tony Pua telah mengaturkan jualan data-data curi itu kepada pemilik kumpulan media The Edge, Tong Kooi Ong. Nama 'PUA' disebut beberapa kali dalam pengakuan bertulis Justo dan transkrip perbualan menerusi WhatsApp slama tiga bulan membabitkan Rewcastle-Brown, Justo, Tong dan pemilik The Edge Media, Ho Kay Tat.

Menurut akhbar harian itu lagi, di dalam transkrip tersebut, apabila Tong dan Ho kelihatan sangat berminat dan bersetuju untuk membayar sejumlah wang yang dipersetujui kepada Justo, Rewcastle-Brown memberitahu yang dia akan 'membawa masuk Pua'. Di dalam pengakuannya juga, Justo memberitahu perjanjian pembayaran telah dimungkiri kerana Ho dan Tong mempunyai 'maksud lain'.

NST mendedahkan lagi, Justo pada 19 Mac menghantar mesej kepada Ho:

"So, you are telling me that you are not going to pay me as agreed in the bank that I have because you freel that this will expose you? I will then have no choice that to (sic) expose the truth." (Jadi, anda beritahu saya yang anda tidak akan membayar saya sebagaimana yang dijanjikan di dalam (akaun) bank yang ada pada saya kerana anda rasa ia akan mendedahkan anda? Saya tidak ada pilihan melainkan mendedahkan kebenaran).

Di dalam transkrip itu juga, Ho telah membalas bahawa kaedah yang dikehendaki oleh Justo akan mendedahkan mereka dan menyusahkan mereka untuk membuat pemindahan langsung.

Justo sekarang ini sedang menjalani hukuman penjara selama tiga tahun kerana cuba memeras ugut bekas majikannya.

Sebelum ini dilaporkan bahawa Ho dan Tong telah mengakui menipu Justo dalam bentuk pertukaran bayaran bagi maklumat-maklumat 1MDB yang dicuri, dengan mendakwa ia diperlukan untuk dijadikan bukti bagi mendedahkan skandal membabitkan entiti yang dimiliki oleh Kementerian Kewangan.


No comments:

 
Blogger Templates