Social Icons

Pages

BULETIN 247

Monday, September 28, 2015

PENERANGAN TENTANG 'KEBAIKAN' TPPA SUDAH MULA DIGERAKKAN... APAKAH MALAYSIA SUDAH TERPAKSA MENANDATANGANINYA?



Hari ini, jam 11:00 pagi tadi, bertempat di Dewan Tun Hussein Onn telah diadakan satu PENERANGAN KHAS Komuniti Ekonomi ASEAN (AEC) & Perkongsian Trans-Pasifik (TPPA) bersama-sama Dato' Sri Mustafa Mohamed, Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri.

Daripada penjelasan tersebut, diberitakan bahawa Malaysia MEMERLUKAN PERJANJIAN ITU kerana bimbang terlepas peluang perniagaan. Malaysia juga adalah antara 4 negara tertinggi kebergantungan dengan perdagangan.

Diberitakan juga bahawa sekiranya Malaysia tidak menandatangani TPPA bermakna banyak 'keistimewaan' TPPA yang tidak akan dikecapi oleh Malaysia. Antaranya termasuklah peluang barangan buatan Malaysia memasuki pasaran dunia.

Untuk menghalalkan perjanjian tersebut, dimasyhurkan pula bahawa pasaran tempatan Malaysia agak kecil. Dek kerana itulah, syarikat-syarikat besar yang bertapak di Malaysia, memerlukan TPPA sekiranya ingin berniaga di seberang laut kerana TPPA dikatakan memberikan peluang yang lebih besar dan pasaran yang lebih meluas.

Bagaimanapun, Malaysia belum lagi menandatangani perjanjian TPPA sebaliknya dalam proses rundingan. Untuk menandatangani TPPA, memerlukan kelulusan kabinet. Dan kerana itulah, penerangan ke peringkat akar umbi perlu dibuat.


Selepas IMPLEMENTASI GST yang serba menggagalkan, serta meruapkan kemarahan hampir keseluruhan rakyat Malaysia, walaupun pelbagai penerangan telah diberikan, nampaknya kerajaan Malaysia yang diterajui oleh UMNO mencuba lagi untuk mengimplementasi laluan berliku yang serba tidak popular, malah kesannya jauh lebih besar berbanding tentangan terhadap GST.

Biarpun alasan yang diberikan oleh Kerajaan adalah untuk MEMBOLEHKAN syarikat-syarikat besar mengaut keuntungan besar menerusi perdagangan antarabangsa, namun tidak pula diterangkan tentang natijah yang akan diterima oleh orang awam di negara kesan daripada perjanjian TPPA yang telah ditandatangani.

'Kegagalan' GST untuk menurunkan harga barang kerana implementasi dan penguatkuasaan yang sangat lemah di pihak berkuasa, tidak akan seberapa berbanding TPPA yang turut ditentang keras oleh masyarakat di Australia, New Zealand, Jepun mahupun Korea Selatan. Biarpun diterangkan tentang kebaikan yang diterima secara makro, tetapi kebinasaan secara mikro nampaknya tidak dapat tempat.


Bagaimana dengan pesakit-pesakit yang hidup mereka bergantung kepada ubat-ubatan? Adakah harga murah ubat-ubatan atau perkhidmatan perubatan yang diterima daripada hospital-hospital kerajaan sekarang ini akan terus dinikmati atau harga ubat juga akan terpilih-pilih dengan sebahagian daripada ubat-ubat berharga mahal, akan terus meningkat harganya dan perlu ditanggung sepenuhnya oleh pesakit?

Atau adakah ubat-ubatan generik yang biasa digunakan sekarang ini, berhadapan dengan masalah paten dan hakcipta, memaksa pesakit membeli ubat-ubatan keluaran asal yang harganya berlipat kali ganda?

PENANDA ARASNYA SEKARANG ADALAH GST!!!

Walaupun berbuih-buih mulut dan penjelasan yang diberikan oleh pelbagai pihak tentang GST, akhirnya apa yang diacum dan kononnya difitnah, sebenarnya adalah satu KEBENARAN HAKIKI. Semenjak implementasi GST pada April lepas, tiada suatu barangan pun yang turun harga, sebaliknya melambung berkali-kali ganda termasuklah barangan yang disenaraikan tidak dikenakan GST seperti makanan. Apatah lagi dengan KPDNKK sendiri pun, walaupun kementerian tersebut wujud, tetapi ia lebih kepada tempat dan lubuk untuk mereka yang tidak bekerja memperolehi gaji cara mudah!!!

Walau apa pun kebaikan tentang TPPA, APA KEBAIKAN YANG AKAN DIPEROLEHI oleh rakyat bawahan (bukannya syarikat-syarikat besar yang berdagang di luar negara) kesan daripada tandatangan perjanjian TPPA?

Jangan beretorik kerana kesannya adalah rakyat bawahan, bukannya syarikat besar yang akhirnya akan mengenakan bayaran lebih kepada masyarakat pengguna sebagaimana yang berlaku dalam GST. Jangan terlalu banyak berdalih kerana kesan daripada KEGAGALAN KERAJAAN MENGAWAL TELCO di Malaysia pun, masih tidak tertebus sehingga kini walaupun Menterinya pun sudah bertukar ganti!


23w
Sebelum bercakap tentang kebaikan yang dinikmati hanya sekelompok komuniti manakala kelompok terbesar pula perlu menampung keuntungan mereka sebagaimana yang sedang berlaku sekarang, elok sekiranya Kerajaan bercakap tentang kesan-kesan buruk TPPA kepada rakyat kerana di Australia dan New Zealand, penentangan ke atas TPPA sudah sampai ke peringkat menukar Perdana Menteri dan Kerajaan Persekutuan!!!

Apatah yang kelihatan memberikan penjelasan tadi adalah AHMAD MASLAN, fobia tentang GST seakan-akan masih terasa!!!




6 comments:

Unknown said...

Elok la TFK sedar sikit ttg bahana GST.
Pada aku TPPA akan Najib tandatangani juga sebagai syarat tukar ganti situasi win win dgn sebuah badan yg menyiasat rasuah, money laundering, yg mana anak Rosmah si Rizza juga terbabit dlm siasatan bafan tersebut.
Rakyat dan negara dipertaruhkan oleh Najib utk kepentingan peribadi.

Anonymous said...

Nampaknya kerajaan najib beriya2 nak sain tppa ni.Tok pa ni cuma ikut arahan saja.Negara2 spt australia dan new zealand yg maju pun tak sanggup terima tppa kerana faham akan kesan buruknya yg sangat besar kepada rakyat dan negara.Tppa cuma untuk mengkayakan syarikat2 gergasi negara2 gergasi spt amarika.Syarikat2 gergasi ini akan menelan ekonomi kerdil kita keseluruhannya.Rakyat Malaysia akan berada di bawah cengkaman 'dajal2' ini dalam seluruh ruang lingkup kehidupan.

Tolonglah bersatu seluruh rakyat Malaysia terutama Melayu untuk menentang siapa saja yg cuba membawa masuk tppa ke negara kita.Kalau baju merah boleh mengumpul 30ribu orang untuk mempertahankan najib sepatutnya himpunan menentang tppa ini boleh mengumpul 3juta org untuk menurunkan najib yg bersekongkol dgn amarika/obama untuk tppa.

Otak geliga said...

Setuju dgn Adzzam:

Sebab tu US/YAHUDI amat gemar dgn KETUA BERMASALAH....senang nak pegang KETUA mcm ni. Mmg dah jangka.

Haaa umu je la kerajaan akan sign TPPA tu. habis cerita.

"I LOVE AH JIB GOR"

Anonymous said...

Setuju dengan Adzzam Adzzzam 8.17pm dan itulah yang dibangkitkan oleh bloger Din Turtle dalam postingnya baru-baru ini.Dan lihat mr pm Najib dengan penuh yakin dan bangganya untuk datang ke persidangan PBB kali ini.Begitu juga juak-juak Najib berkata mana ada pihak FBI akan menahan beliau atas kapisiti ketua negara.Dari nada pihak FBI juga ternampak komen yang tidak ada tindakan akan dilakukan kepada Pm.Mr Najib.Tetapi apa yang ternampak semacam ada'deal' antara kerajaan M'sia dan pihak kerajaan A.S.Maklum sajalah Mr. OBAMA dan Mr. Najib itukan kan kawan baik[baik ,baik ada makna tu pinjam dialog madu 3].Kita ternampak yang istilah I tolong you,you tolong I telah dijadikan cagaran.Lebih banyaklah perjanjian yang merugikan akan termeterai selepas ini dengan kerajaan A.S.Suara majoriti sudah tidak dikisahkan oleh Najib dan juak-juaknya padahal itulah yang dilaungkan oleh Mr.Najib bahawa beliau dilantik sebagai PM oleh majoriti ahli parti Tetapi cakap slogan rakyat didahulukan.Ini slogan cuma manis dimulut aje[periuk nasi jadi keutamaan].

Anonymous said...

Kami sokong TPPA tu kerana ianya banyak beri kelebihan, sebagai contoh jika kita menandatangi lebih awal dari negara lain, maka kita akan di iktiraf sebagai sahabat Amerika dan sudah tentulah lebih banyak pelaburan akan masuk seterusnya memberi pekerjaan dan menjana ekonomi.

Kita juga akan dilihat sebagai memihak amerika syarikat dan bukan negara cina kominis, mendahlui negara seperti australia, NZ, kanada dan sebagainya.

Bukalah minda kita untuk menerima sesuatu yang positif seterusnya memberi kemakmuran kepada rakyat dan negara ini.

Anonymous said...

Daripada bagi cina jajah ekonomi kita, baik bagi amerika dan eropah jajah ekonomi kita.

 
Blogger Templates