Social Icons

Pages

BULETIN 247

Friday, September 11, 2015

TIAN CHUA MULA PANAS SELEPAS PENDEDAHAN JUSTO, GESA PRMBANGKANG BERSATU!!!



Setiap kali ada masalah dan isu kontroversi yang melanda negara, pasti akan turut membabitkan nama Tian Chua. Namanya memainkan banyak peranan termasuklah sumbangan dana oleh George Soros untuk menumbangkan kerajaan dengan demonstrasi ala Arab Spring.

Isu Xavier Justo dan pembabitan beberapa orang pemimpin PKR dan DAP dalam konspirasi besar menggunakan data-data curi 1MDB, membuatkan beberapa orang dari kalangan pemimpin PKR melatah sakan.

Salah seorang daripada mereka adalah Nurul Izzah yang dilihat sangat rapat dengan Tian Chua.

Nurul Izzah dalam transkripsi perbualan antara Clare Rewcastle-Brown dengan Xavier Justo yang kemudian didedah dan disiarkan oleh NST dan BH, dikatakan telah menawarkan USD2 juta untuk pembelian data-data 1MDB yang telah dicuri Justo. Bagaimanapun, bayaran tersebut hanya dibuat dalam bentuk kontrak masa hadapan sekiranya Pakatan Rakyat berjaya menjadi Kerajaan Malaysia pada PRU-14 nanti.

Tawaran Nurul Izzah bagaimanapun, ditolak oleh Justo yang hanya mahu mencari wang tunai.

Walau bagaimanapun, Nurul Izzah menolak dan menafikan pendedahan tersebut. Malah menurutnya dia tidak pernah berurusan atau bertemu dengan Justo, walaupun pada masa yang sama, tidak menolak, menafikan mahupun membenarkan kaitan dia dengan Rewcastle-Brown.

Seorang lagi watak penting dalam konspirasi tersebut adalah Tony Pua. Barangkali kerana tersepit, Tony Pua menunjukkan PROSES NAFI DAN BENAR pada masa yang sama.


Pada 9 November, Tony Pua mengakui bahawa dia telah memperkenalkan editor Sarawak Report, Clare Rewcastle-Brown kepada pengerusi Kumpulan Media The Edge, Datuk Tong Kooi Ong. Tony Pua menyatakan dia bertemu Brown beberapa kali di Singapura, London dan Indonesia.

Berdasarkan perbualan WhatsApp selama tiga bulan antara Clare Rewcastle Brown dengan warga Switzerland, Xavier Andre Justo, yang kini menjalani hukuman tiga tahun di Thailand atas tuduhan memeras ugut bekas majikannya, PetroSaudi International yang didedahkan oleh New Straits Times (NST), ia menunjukkan nama Tony Pua beberapa kali disebut dalam perbualan tersebut.

Meskipun Tony Pua menafikan beliau mengenali Justo, tetapi peranannya dalam isu penjualan dokumen curi itu mencuri perhatian dengan pelbagai telahan dan spekulasi dibangkitkan serta dikaitkan dengan Tony Pua.

Kenapa Tony Pua memperkenalkan Tong Kooi Ong pada Clare? Memandangkan Tong sebelum ini mengakui telah memperdayakan Justo berhubung bayaran untuk mendapatkan maklumat mengenai projek usaha sama 1MDB-PetroSaudi, jadi penglibatan Tony Pua semakin diperkatakan.

Malah daripada petikan perbualan WhatsApp antara Justo dan Clare, ia jelas menampakkan bahawa Justo menjadi berang kerana bayaran sebanyak US$2 juta yang dijanjikan kepadanya tidak ditunaikan.
(WAKEUP MALAYA)


Pada masa yang sama, isu DEIG di Selangor pula, semakin menekan Kerajaan PKR-DAP. DAP cuba bermain watak sebagai PENIKAM BELAKANG dengan Ahli Parlimen Serdang, Ong Kian Min mempersoalkan ketelusan dan kecekapan Azmin Ali selaku Menteri Besar Selangor terutama dalam isu pengurusan kewangan negeri dan DEIG. (RUJUK SINI)

Tian Chua barangkali sedar, kegagalan dan ketidakpekaan UMNO-BN untuk memanipulasi isu-isu besar yang membabitkan PKR dan DAP, memberikan mereka sedikit masa untuk 'memperbetulkan' keadaan di samping mencari alasan-alasan yang lebih baik untuk terus menutup masalah berkenaan.

Bagaimanapun,Tian Chua juga sedar, masalah di kalangan pembangkang terutama sekali membabitkan PKR-DAP dan PAS menyebabkan usaha tersebut akan terbantut, malah akan menjadi 'pulang paku buah keras' kepada mereka.

Justeru itulah, Tian Chua menyeru agar Pakatan Rakyat kembali mengukuhkan perpaduan dan kesepakatan mereka dengan menggunakan alasan 'UNTUK MENUMBANGKAN BARISAN NASIONAL' pada PRU-14 nanti.

Nampak tak?


1 comment:

Anonymous said...

Melayu sebenarnya yg BODOH..terlalu berlembut konon nak jaga keharmonian. Orang cina ADA?..India ada?..makin lama makin rasa benci dan meluat dgn PM dan menteri menteri MELAYU..KERAP DIPERBODOHKAN OLIH CINA..

 
Blogger Templates