Social Icons

Pages

BULETIN 247

Sunday, September 27, 2015

UMMI HAFILDA, SUMPAH LAKNAT DAN KHAIRUDDIN ABU HASSAN... SINONIM BENAR DENGAN MENCARI KEMASYHURAN CARA MUDAH!!!



Lama menghilangkan diri selepas berkahwin dengan pak arab, akhirnya Ummi Hafilda muncul semula. Kali ini dengan bermediumkan, Kuasa Suara Rakyat, sebuah NGO yang diketuainya, mencipta cerita yang sama, menggunakan skrip 1998 dengan peralihan watak daripada Anwar Ibrahim kepada Najib Abdul Razak. Cuma ada sedikit perubahan skrip apabila jalan cerita kali ini tidak melibatkan skandal kakak iparnya dan bakal Perdana Menteri, sebaliknya hanya melibatkan Najib Abdul Razak.

Ummi Hafilda yang merupakan adik perempuan Menteri Besar Selangor, Azmin Ali, mendesak Najib agar membuat sumpah laknat berhubung RM2.6 bilion yang diterima oleh Perdana Menteri menerusi akaun peribadinya menjelang PRU-13.

Menurutnya, Najib perlu bersumpah laknat bahawa RM2.6 bilion itu diterima daripada jutawan Arab yang digunakan untuk kepentingan rakyat dan negara, bukannya untuk kepentingan peribadinya.

Mendakwa NGOnya dianggotai oleh 30,000 orang (angka yang sama yang turut didakwa dimiliki oleh Jamal Mohd Yunos), Ummi Hafilda turut merancang untuk mengadakan solat hajat yang turut mempelawa Tun Dr. Mahathir menyertainya sebelum menghantar memorandum kepada Najib. (RUJUK SINI)


Ummi Hafilda turut menyatakan simpati kepada Khairuddin Abu Hassan yang telah ditahan di bawah SOSMA dan menyatakan, dia faham 'penderitaan' yang dialami oleh Khairuddin Abu Hassan dengan merujuk kes bekas Naib Ketua Bahagian Batu Kawan itu dengan nasibnya pada tahun 1997.

Penahanan Khairuddin di bawah SOSMA disifatkan sebagai 'penyalahgunaan kuasa' pihak berkuasa.

Nampaknya, 'drama queen' yang sangat gemar dengan limpahan lampu flash kamera wartawan, sudah muncul. Anehnya, dia tidak pula meminta dan mendesak abangnya, Azmin Ali membuat sumpah laknat berhubung kehilangan RM9.75 bilion daripada pelaburan DEIG yang bercempera.

Azmin Ali dan PKR mendakwa, DEIG belum lagi beroperasi, tetapi banyak pihak yang mempertikaikan pembayaran zakat yang dibuat oleh DEIG selain 7 anak syarikat Kerajaan Negeri Selangor yang rugi teruk selain penjualan serta pelupusan beberapa aset anak-anak syarikat Kerajaan Negeri bagi menampung kerugian hasil daripada pentadbiran dan pengurusan operasi yang amat lemah.

DEIG kurang menarik perhatian daripada golongan pro-Tun yang cukup bersemangat bercakap tentang RM2.6 bilion dan 1MDB, sekalipun pihak berkuasa termasuklah SPRM dan PDRM, telah mengesahkan tiada sebarang penyelewengan serta salahguna kuasa dan dana serta rasuah. Kelompok berkenaan masih kekal dengan pendirian mereka bahawa 1MDB dan RM2.6 bilion adalah satu bentuk penyelewengan tetapi langsung tidak bersuara apa-apa tentang DEIG.

Ada cubaan untuk mencungkil dan mendedahkan kepincangan DEIG, namun isu tersebut segera ditimbus dengan serangan lebih besar dan lebih kuat canangnya terhadap 1MDB dan RM2.6 bilion!


18 comments:

Otak geliga said...

aku sbg rakyat n pengundi UMNO setuju dgn cadangan Ummi

aku tak kisah Azmin ke Ah Jib Gor ke....sila sumpah laknat.

dulu Ah Jib Gor boleh bersumpah laknat berkenaan Altantuya, kenapa skrg bila diminta bersumpah tiba2 dikatakan mencari kemasyhuran?

setakat ni walau Tun M masih canang isu Altantuya, aku tetap YAKIN dgn sumpah DS Najib yg bersumpah atas nama Allah. yg penting dia berani kerana benar. kalau menipu, itu urusan dia dgn Allah.

Nah skrg, kalau Ah Jib Gor n Azmin tak mahu bersumpah laknat, makanya ada le tuuuuu...ye tak?

"BERANI KERANA BENAR"

Anonymous said...

tunggu apa lg najib..sahutlah kalau berani.
tak apa nanti said keruak tolong jawab bg pihak bos yg paling dia sayang..

Anonymous said...

Otak geliga...

Hari2 jugak aku follow blog flyingkick ni....sini pro Najib bro...Tun M pun dia sanggup perlekeh...tak paham betul la dgn pro Najib ni...
kita nak ganti Najib jer...bukan ganti kerajaan BN or kerajaan UMNO..yg tu biar la stay...tapi diaorg otak takde bergeliga la bro...
so, Najib sila sumpah lakhnat...bukannyer susah sgt pun..dulu bole jer, takkan skang ada masalah plak...

Anonymous said...

Rakyat mahu tahu apa yang dah jadi sebenarnya dengan 1MDB ini? Pelaburan sebanyak RM 15.4 billion dalam GIL Fund, Brazen Sky, dan Aabar Deposit, melabur dalam bidang apa, di mana pelaburan itu dibuat? Hingga kini tak dapat dijelaskan oleh 1MDB, mengapa?

Sebabnya Najib dan kuncu-kuncunya membohong dalam jawapan-jawapan mereka sebelum ini, yang diberi bukannya jawapan, tapi pembohongan untuk menipu rakyat.

Begitu juga dengan pembelian stesen janakuasa elektrik yang nak tamat tempoh lesen operasi dengan harga yang sangat tinggi, apakah ini mendapat persetujuan dari jemaah kabinet sebab melibatkan kos yang sangat besar atau Najib pandai-pandai sendiri buat keputusan? Bukan apa, sampai beli stesen janakuasa yang dah nak tamat tempoh lesen operasi, macam Genting Sanyen, harga pasaran RM 400 juta, tetapi 1MDB beli dengan kelulusan oleh Najib dengan harga RM 2.3 billion, apakah rasional Najib buat keputusan begini, apakah ini mendapat kelulusan dari lembaga pengarah, lembaga penasihat 1MDB serta jemaah kabinet?

Hingga kini tak berjawab kerana Najib dan kuncu-kuncu hanya membohongi rakyat Malaysia, mereka tak berikan jawapan, tetapi mereka hanya mereka cipta pembohongan untuk disogokkan kepada ahli UMNO yang mudah diperbodohkan, ahli UMNO yang cerdik menentang Najib.

Begitu juga dengan syarikat SRC International, apa dah jadi dengan syarikat itu? Rakyat mau tahu apa dah jadi dengan pinjaman RM 4 billion oleh SRC dari Kumpulan Wang Amanah Persaraan Diperbadankan (KWAP). Apa dah jadi dengan pelaburan di lombong arang batu di Mongolia? Apa dah jadi dengan pelaburan RM 2 billion di AmInvestment, sebuah bank yang mana Najib pernah buka akaun yang ada RM 2.63 billion di dalamnya, malahan apa dah jadi dengan USD 60 juta di Tanore Financial?

Rakyat mau tau apa dah jadi dengan RM 4 billion itu, kerana ia dipinjam dan dijamin oleh kerajaan, malahan sekarang ni SRC International ni wujud lagi ke? Apahal dua orang pengarah SRC International iaitu Suboh Mat Yasin dan Nik Faisal larikan diri ke luar Negara? Pasal apa mereka lari, ada buat salah ke? Kementerian Kewangan tak teringin ke buat laporan polis jika mereka ada buat salah?

Semua ini melibatkan rakyat, wang rakyat berpuluh billion menjadi taruhan untuk hutang 1MDB, begitu juga wang rakyat berjumlah RM 4 billion lagi menjadi taruhan untuk hutang SRC International, sebabnya semuanya dijamin oleh kerajaan.

Kalau 1MDB nak telus sangat, sila buat forum dengan Tun Dr. Mahathir dan rakan-rakannya, Tun Dr. Mahathir boleh tanya dan 1MDB boleh jawab, adakan siaran langsung untuk membuktikan ketelusan 1MDB itu. Siarkan secara langsung di semua rangkaian televisyen, stesen radio pun buat liputan secara langsung, itu pun kalau nak membuktikan kebenaranlah, jangan jadi macam Nothing To Hide sudahlah, Tun Dr. Mahathir datang dengan kawan-kawannya nak tanya Najib terus program dibatalkan dengan alasan ancaman keselamatan hanya disebabkan Ali Tinju seorang diri menggelupur dan terkinja-kinja sambil menjerit-jerit macam orang tak siuman di luar pintu dewan program tersebut.

Itu pun kalau beranilah.

Salam perjuangan a ba ta, ikhlas daripada,

Abu Bakar

gabenor johor said...

sesiapa boleh sumpah laknat bersaksikan alquran tetapi adakah kita semua tahu yg alquran mereka bawa tu sebenarnya tidak sempurna dimana ada 2-3 helaian muka suratnya telah dibuang..itulah yg terjd kpd bekas seorang menteri yg dipecat..menipu ketika bersumpah

Anonymous said...

lama tak kena liwat ni meroyan lah..

Anonymous said...

jangan main main dgn sumpah dgn nama Allah walaupun quran tak lengkap.

Anonymous said...

Kalau Najib bersumpah tentang altantuya pastinya dalam isu 2.6 billion sudah pasti beliau akan bersumpah lagi...

Ted Manoff said...

Sumpah Tak Laknat ada ka? Apa punya Melayu la ashek nak sumpah menyumpah je. ..

Ted Manoff said...

Fuh...panjangnya..ni mesti terpengaruh dengan panjang Great Wall of China...kih kih kih

Ted Manoff said...

Laaa. ..sumpah jadi katak tak da ka?

Anonymous said...

aku sangat2 setuju dgn ummi supaya Najib menyahut seruan utk bersumpah laknat utk membersihkan namanya atas kemelut yang sedang hangat di perkatakan sekarang . Segala siasatan telah terhenti sekian lama . tiada ungkitan di buat kemana perginya Rm2.6 billion . semua MT hanya berdiam diri . takut dipecat . berani kerana benar . rezeki dimana-mana . bercakap benda yang benar .

Anonymous said...

kak ummi...kalau nak suruh najib bersumpah...minta anwar bersumpah dulu samada dia meliwat azizan dan saiful atau tidak dan abang kandung nya pasal DEIG. Baru lah dinamakan keadilan, bukan parti keadilan...

Najib boleh bersumpah..tapi biasalah barua-barua pakatan harapan akan
mempolitikan sumpah najib mcm mana mereka mempolitikkan sumpah saiful..

sumpah bukan boleh buat main-main, kak ummi

Anonymous said...

selagi Najib presiden Umno yang sah, aku dan keluarga akan tetap menyokongnya untuk pru 14 ni...lagipun tuduhan-tuduhan yang dilontarkan kepadanya hanyalah bersifat tuduhan tanpa bukti....dan komen-komen yang dihambur pula lebih bersifat jahat dan bukan hendak mencari kebenaran yg sebenar.

Anonymous said...

Kamu semua ni dah kenapa? Asyik2 suruh sumpah asyik2 suruh sumpah.....apa PM Najib tu tak ada kerja lain ke? yang kau orang iri hati PM najib dapat derma ke sedekah ke? Yang kau orang menyibuk sangat kenapa? kamu ni kebulur tak makan ke? Ingat lah kamu ingat Pm Najib ni tak tahu dosa pahala ke senang nak makan duit orang? Kamu ingat dia ni tak takut dengan balasan Allah?Umur dia sampai bila pun dia tahu.So.....janganlah nak cuba jadi juara ....UMI abang kau tu 2 ekor pun kau tak terjaga sibuk nak jaga hal Pm najib.pasal Khairuddin tu tu baru seekor yang kena ....tunggu lah yang lain....Umi kau ingat doa orang yang kena fitnah ni Allah dengar tanpa hijab .Si Khairuddin tu dah sah 2 bercerita hal ehwal negara kita kepda negara luar apa kes? Itu namanya PENGKHIANAT negara.so padan muka.........dah puas round makan angin kat eropah. Kan..kan...kan ......so,pandai buat pandai tanggunglah......

Anonymous said...

skuad X dlm proses, kita buat penyelesaian dengan cara sendiri , kalau Najib dah tak boleh pakai, Mahatir pun tak guna, Guan eng memang bangsat , Kit siang ..Tony pua, saifudin nasution, Nazri aziz , azmin, sabu, theresa cock, Ngor ming, dan segala beruk yg ligat bermain dipentas lakonan politik perlu dihapuskan, tak kira dia orang UMNo atau pembangkang, mereka semua najis !!

hapuskan, selesaikan satu persatu , memang ambik masa tapi akan selesai jua akhirnya , selagi beruk2 ini masih hidup negara ini akan terus huru hara, selagi mereka masih hidup maka kita akan terus berantakan,
aku dah bosan , muak dengan segala ini !!!!

Anonymous said...

Huru hara ke negara kita tengok ok je.? Yang huru hara nya orang2 yang tamak dan gila kuasa serta busuk hati.....tengok ok je buat ibadah korban ok je......apa yang huru hara?nak sangat ke huru hara ......? Kami bangsa Melayu ok je.....ini tnah air kami ..kami sanggup......mempertahankan negara kami hingga ke titisan darah terakhir.....kami.....Umno tidak gentar pada sesiapa .Kamu ingat Dap sanggup?baru perhimpunan merah nak berhimpun baru sekali tu.....dah tutup kedai....dah tak meniaga kat pasar malam apa kes? Cina pemakan babi ni cakap je lebih tapi takut mampus.....nanti kena bakar.kami tak takut mati demi agama dan negara kami.....so.....jangan tension selagi UmNo memerintah serta sekarang ni Pm najib yang jadi perdana Menteri selagi itu lah negara kita Aman..Insya Allah

Anonymous said...

Nampak nya jubo budak2 mamak mantan masih panas lagi dgn isu 1mdb & duit 2.6b. korang melalak sbb duit tu korg tak merasa kan ? cuba korg rasa , mesti masing2 kemut jubo sambil sengih sorg2.. typical malay. PHD forever. cakap org tua nyanyuk dia percaya bulat2. pigi dahh. geng lubang tahi , kalau tak dapat makan tahi , cium ambik bau pun cukuplah. setahu aku , dalam islam takde istilah sumpah laknat , lahanat ni.sama juga mcm sumpah junjung al quran. itu semua bida'ah ciptaan melayu khawarij yg berniat jahat nak menjatuhkan kerajaan demokrasi pilihan rakyat majoriti. celaka punya perangai. mcm binatang pembangkang .

 
Blogger Templates