Social Icons

Pages

BULETIN 247

Friday, October 30, 2015

8 KERUSI DUN YANG DIMENANGI PAS SELANGOR, AKAN DIRAMPAS OLEH DAP!!!



Kegilaan DAP untuk menguasai Selangor sepenuhnya sekaligus turut menerajang PKR agar terus melutut di telapak kakinya, tidak mampu untuk dibendung dan disorok-sorok lagi. DAP sekalipun bakal terhalang oleh Undang-Undang Tubuh Negeri Selangor yang tidak membolehkan mana-mana bukan Melayu dan bukan Islam menjadi Menteri Besar, akan berbuat sesuatu, sama seperti yang dilakukan oleh PAP di Singapura sebelum Perlembagaan negara terbabit diubah dan akhirnya Yusuf Ishak menjadi Melayu pertama dan terakhir sebagai Presiden Singapura.

Tidak menghairankan mengapa DAP awal-awal lagi melakukan provokasi ke atas PAS dengan menggunakan isu hudud. DAP sengaja berbuat begitu bagi memudahkan mereka menguasai aliran politik Pakatan, memandangkan DAP sangat yakin, mereka akan menguasai sekurang-kurangnya tiga buah negeri di Pantai Barat pada PRU akan datang.

Perak, Selangor dan Johor sangat diyakini mampu ditawan oleh DAP. Apatah lagi, DAP telah pun menaja dan mengukuhkan parti cap cangkul pimpinan Mat Sabu di ketiga-tiga negeri tersebut. Lim Kit Siang juga amat aktif di Johor dan gerakan mengguling serta menghalau DAP-DAP Johor yang asal seperti Boo Cheng Hau dan Norman Fernandez, mengukuhkan andaian sebelum ini bahawa DAP Pro-Keluarga Lim cuba mencari tapak yang lebih kukuh di Johor.

Hampir kesemua Ahli Parlimen dan ADUN DAP Johor sekarang ini merupakan anggota dalam kem penyembah Tokong Dua Beranak.

Kegagalan menguasai Kerajaan Negeri Perak pada tahun 2008 kerana dihalang oleh Undang-Undang Tubuh Negeri, sekarang ini telah diatasi oleh DAP menerusi pengkaderan dan pembonekaan ke atas beberapa nama Melayu oportunis yang berada di dalam parti tersebut mahupun menerusi 'biro Melayu-Islam' DAP, Parti Amanah Negara, sekaligus memudahkan usaha perampasan daripada pentadbiran ortodoks yang berasaskan Melayu-Islam.

Selangor sudah lama diidamkan oleh DAP. Tony Pua yang merupakan Pengarah Publisiti Kebangsaan DAP telah membayangkan yang DAP akan memperolehi tambahan penguasaan sekaligus menjadikannya sebagai parti tunggal di Selangor yang memperolehi majoriti.

Sekarang ini, DAP menguasai 15 kerusi DUN. Ditambah kerusi-kerusi dari PAN, serta 8 lagi kerusi yang dikuasai PAS untuk dirampas, DAP sekurang-kurangnya akan memperolehi 30 kerusi DUN pada PRU akan datang.

Kemenangan DAP pada 15 kerusi DUN yang dimenanginya sekarang, sudah terjamin. Apatah lagi DAP sudah pun menjalankan kerja-kerja pemindahan pengundi dan para penyokongnya ke kawasan-kawasan yang dijangka menjadi koleksi barunya. Lebihan majoriti besar di beberapa kerusi DUN pada PRU lalu, akan dikurangkan. Lebihan tersebut akan ditompokkan ke kawasan-kawasan di mana DAP melihat peluang untuk menang lebih besar.

8 Kerusi DUN yang akan dirampas oleh DAP pada PRU akan datang adalah Sri Serdang, Dusun Tua, Paya Jaras, Cempaka, Taman Templer, Lembah Jaya, Tanjung Sepat dan Meru. (RUJUK SINI)

Dengan UMNO Selangor yang kelihatan masih bercelaru dan bercempera, manakala PAS Selangor pula masih lagi meratapi perpecahan mereka hasil CAMPURTANGAN BIJAK DAP dan kekalutan fatwa Tahaluf Siyasi, DAP berjaya mencipta lompang yang berjaya dimanipulasi dan diambil kesempatan.


1 comment:

Anonymous said...

Tolonglah.....sepatutnya. UMNO dan BN ni dah boleh mula jadi juara .....jaja cerita pasal Wan jijah blur....pasal aZmin curi duit rakyat...pasal harga tol naik.pasal tapak pasar malam naik.cukai pintu naik..pasal Dap halau orang kampung kat Penang nanti jadi kat orang Selangor....apalah bodoh sangat orang Bn dan UMNO. Waktu macm nilah kena kuat kerja bukan senyap je....hati YB Budiman dah terang pasal DEIG?...tapi,lepas tu senyap..tak boleh lah macm tu selagi ada bulan bintang matahari....selagintu jentera UMNO dan Bn kena berterusan hentam hentam kerajaan pembangkang yang sedang memtintah Selangor ni....oosh kalau saya ni muda lagi...memang tiap2 minggu saya buat road show pergi tempat yang PAS dan PKR menang.....Insya Allah niat yang baik pasti Allah betkati tapi malang....semua pemimpin UMNO dan BN kat Selangor ni macam KAYU dan BATU langsung tak berbunyi.....lagi elok suruh Datuk Said Keruak jadi....pengerusi Bn dan UMNO di Selangor...tak dalahkan kita import orang yang berkebolehan dan mempunyai idea 2 yang bernas..janji Selangor BN menang bila PRU 14 nanti.....amacam PM najib....NOH tu sibuk dengan bini3 dia je so dia memnag tak ada masa....

 
Blogger Templates