Kes yang sepatutnya lebih mudah diselesaikan pada peringkat awal dengan permohonan maaf secara terbuka, terpaksa menjalani proses perundangan tetapi berakhir dengan benda yang sama iaitu MINTA MAAF dan NAJIB PUN MEMAAFKAN NIZAR JAMALUDDIN!!!
Kita membayangkan jikalau Najib dan Nizar bertukar kedudukan. Rasa-rasanya sekarang ini, Najib tidak cukup tanah dikerjakan. Rasa-rasanya tidak ada perkataan yang boleh digunakan untuk menggoreng rentung Najib dan seluruh keluarganya. Najib sudah pasti akan digambarkan sebagai manusia bajingan yang cukup laknat dan hina kerana terpaksa meminta maaf kepada Nizar kerana telah melakuan fitnah.
Tentu anda masih ingat ketika Najib meminta maaf bagi sebarang kesilapan pentadbiran lalu. Permohonan maaf itu telah dipolitikkan oleh para pemimpin DAP, PKR dan para penyokong mereka.
Malangnya dalam kes Nizar Jamaluddin menfitnah Najib, tidak pula jadi begitu. Sebaliknya, dengan mudah, tanpa banyak publisiti Nizar dibebaskan dengan hanya permohonan maaf di mahkamah.
Tidak menghairankan bagaimana Najib tidak bernasib baik kerana kemurahan hatinya itu tidak mengubah sebarang tanggapan dan persepsi negatif yang telah ditanam oleh para pakar saraf DAP dan PKR. Tanpa sedikit pun menceritakan tentang apa yang telah dilakukan oleh Najib kepada Nizar, si gila yang mahu menderhaka demi kecintaannya kepada Ngeh dan Nga, DAP terus mencari-cari isu yang boleh digunakan untuk menghentam Najib Abdul Razak.
Kenapalah Najib tidak terus menyaman Nizar Jamaluddin?
Kesilapan terbesar orang Melayu dan para pemimpin mereka ialah, TERLALU BAIK HATI di mana akhirnya BAIK HATI itu akan dibalas dengan cara limpahan najis dari puncak kepala ke hujung jari kaki.
Najib melakukan perkara yang sama!
Tengoklah, Nizar Jamaluddin tidak akan mengambil masa yang lama untuk membalas tindakan Najib dengan fitnah demi fitnah yang disambut tepuk tangan oleh para pemimpin DAP pujaan dan kecintaannya!!!
7 comments:
salah satu sebab yang aku tak puas hati dgn Najib walaupun dalam masa yang sama aku kagum dgn kemurahan hatinya.Kes ni sama macam kes permohonan maaf dari nurul ezzah ,anak nuar kepada Raja Nong Chik....sama saja..maaf begitu sahaja sedangkan sipelaku tak berubah pun jadi lebih baik....manusia macam ni layak kah diberi peluang kedua?..
Ini yg membuat penyokong BN meluat kpd gelagat pemaaf dan pemurah. Apa yg untungnya. Cerca dan dipersenda secara berterusan. Ini sudah dijangka macam kerang busuk tersengeh dan yg pemaaf dan pemurah terima permohonan maaf. Nurul a/p Aljuburi, Tian Chua, Rafizi sudah berhenti mencerca atau belum?
takpe la kalau pm najib
sudah anggap kes ni selesai
Sama saja dgn rasulullah yang memaafkan orang yg menghina,mengfitnah dan cuba membunuh baginda..bukan ke rasulullah adalah ikutan terbaik..apahal serah saja nizar kepada allah samada ikhlas meminta maaf allahuaklam
Semoga Allah membantu orang yang memaafkan orang lain.
Inilah bezanya antara islam dan munafik.
Sebalik pahit peria yg PM najib telan..mudaha2han sedikit demi sedikit penyakit yg ada menghilang..dan akhirnya bdn lebih sihat n btnaga..
Begitu jga dgn kmurahan hati beliau dharap ramai yg memahami n menginsafi..dan btambah sokongan yg lbih kuat nnt.
Post a Comment