Tukang heboh dan tukang pecah ceritanya adalah Chegu Bard yang keanggotaannya sebagai ahli PKR telah digantung.
Ini macam cerita Khairuddin Abu Hassan yang sekarang ini berada di bawah tahanan SOSMA menyalak selepas kehilangan jawatan akibat status muflis, kehilangan rumah kerana dilelong sebab tak bayar hutang dan melolong memekak selepas permintaannya untuk ditolong dan dikembalikan gaya hidup mewahnya tidak dilayan oleh parti.
Kata Chegu Bard, Azmin Ali telah berbohong ketika membuat penafian kononnya terdapat cubaan merampas kuasa di dalam parti dan menggulingkan Wan Azizah. Menurutnya, petisyen yang memanggil mesyuarat tergempar membabitkan majlis tertinggi parti itu sendiri adalah bukti, undi tidak percaya ke atas Wan Azizah. Antara lain, mesyuarat tersebut adalah untuk menyoal Presiden tentang sokongannya kepada pembentukan Pakatan Harapan.
Azmin bagaimanapun, mengesahkan memang wujud mesyuarat yang membincangkan masalah 'dalaman' parti tetapi enggan menjelaskannya lebih lanjut. Mengulas tentang dakwan Chegu Bard, Azmin menyatakan, tuduhan tersebut adalah sesuatu yang berniat jahat dan fitnah daripada seorang individu yang telah bankrap.
Chegu Bard bagaimanapun menegaskan bahawa panggilan untuk mesyuarat tersebut adalah untuk memperlekeh-lekehkan kredibiliti dan kuasa Wan Azizah. Menurutnya lagi, berdasarkan definisi, itulah sebenarnya cubaan rampasan kuasa.
Bila pembohong melabelkan orang lain sebagai pembohong...
No comments:
Post a Comment