Social Icons

Pages

BULETIN 247

Friday, October 2, 2015

DI SEBALIK AMARAN POLIS, HIMPUNAN BAJU MERAH AKAN DITANGANI, KEMARAHAN SUKAR DIBENDUNG DAN DIKAWAL LAGI!!!



Walaupun DYMM Yang Di-Pertuan Agong merupakan kuasa sebenar hal-ehwal Islam di Pulau Pinang, sama seperti di Melaka, Sabah dan Sarawak, namun kedudukan DYMM Yang Di-Pertuan Agong, hanyalah di atas kertas. Secara hakikinya, yang tetap berkuasa di atas halehwal agama Islam di negeri-negeri yang tidak bersultan itu ialah Kerajaan Negeri.

Setakat ini, hanya Pulau Pinang yang dikuasai oleh DAP sahaja yang betul-betul berada di atas garis halus. Mendapat sokongan dan bantuan daripada para peguam yang sentiasa mencari ruang-ruang kosong untuk menidakkan peruntukan Perlembagaan biarpun ianya sangat mikro sifatnya, DAP dilihat sentiasa berjaya berbuat begitu.

Tindakan Kerajaan Negeri menerusi Majlis Agama Islam Pulau Pinang yang mengeluarkan surat perintah larangan kepada surau-surau dan masjid-masjid di seluruh negeri itu menggunakan pembesar suara kecuali untuk azan dan iqamat, dari segi perundangannya memang benar. Namun alasan yang diberikan pula, iaitu mengganggu ketenteraman, bising dan menyukarkan penduduk untuk tidur, benar-benar dilihat sebagai satu perbuatan menghina intelektual umat Islam sendiri.

Selama Islam bertapak di negeri itu, tiada seorang pun bukan Islam yang MATI ATAU TERBUNUH kerana penggunaan pembesar suara bagi pengimarahan umat. Malah sepanjang GERAKAN berkuasa di Pulau Pinang dahulu, rungutan-rungutan sebegitu juga amat jarang kedengaran.

Berbeza benar apabila DAP berkuasa, perkara pertama yang dilakukannya adalah melakukan sekatan atas alasan ketenteraman dan keharmonian. Ditambah pula dengan wujudnya Melayu-Melayu pemakan upah, sanggup menyelongkar sana sini mencari dalil walaupun hanya sekerat kemudian mengatasnamakan Maqasid Syariah.

Toleransi nampaknya telah disalahgunakan. Pada ketika bukan Islam dan bukan Melayu merayakan perayaan mereka dengan bunyi-bunyian dan sampah sarap atas alasan agama, umat Islam di negeri yang negaranya menjadikan Agama Islam sebagai Agama Rasmi Persekutuan dan mempunyai peruntukan yang termaktub dalam Perlembagaan pula, diperhinakan sebegitu rupa.

Apa lagi yang akan dibuat selepas ini?

Saranan agar institusi Islam dihapuskan dan mahkamah syariah ditiadakan? Umat Islam boleh dan sesuka hati menjadi murtad dan perlu sentiasa akur kepada tuntutan kaum minoriti termasuklah yang membabitkan permasalahan akidah?


8 comments:

Anonymous said...

Sifat melayu hanya pandai dan tahu buat bising satu kampong seperti ayam bertelur sebiji riuh sekampung jika dibandingkan dengan kaum cina yang melakukan tindak secara senyap tetapi memberi kesan terhadap perbuatan yang mereka lakukan.

Bukan menghasut tepai jika ada melayu berani, ini lah masa nya melayu menampar kaum cina dap seperti kata tajudin ab rahman

Anonymous said...

Apa kata,pulangkan semula penang kepada Kedah......mari kita tengok guan eng jadi gila babi atau gila anjing......nak menajar DAP macam ni je caranya......ingat Penang tu bapak dia punya padahal Penang tu masih ada perjanjian dengan Kedah .senang cakap macm HONG kong lah....bila KEDAH nak ambil balik?kalau tak caya tanya PROF KHOO .

Anonymous said...

Betul. Mereka senyap, berdekad lamanya akhirnya atas nama pembangunan sedikit demi sedikit hartanah di negara ini milik mrk tanpa hadnya

Anonymous said...

masa kapir hina hukum hukum Islam bila nak dilankasankan tak pualk denagr malayu ni nak buat demo besar besaran membantah
malah ada malayu pun sokong kpair dalam hal ini
macam macam alasan dicari untuk halang hukum hukum Ilsam dijalankan
macam sial aja

adzzam adzzam said...

LGE ni statusnya dlm DAP dah digantung oleh ROS kan?
Macamana pulak kerajaan pusat boleh salur peruntukkan kpd negeri yg diterajui oleh DAP yg dah digantung EGMnya oleh ROS?
Bagaimana dgn elaun2 wakil rakyat DAP yg masih dibayar oleh kerajaan pusat?
Adakah DAP kini dikira pertubuhan haram kerana gagal menghantar penyata tahunan pertubuhan dan minit mesyuarat kpd ROS setelah melebehi jangkamasa 2 tahun?

Mohon pencerahan.

Anonymous said...

Baru padan muka Melayu Penang yang sokong PR 1.0. Itu pun kalau dia orang insaflah. Sedih juga hati ini kalau tidak boleh mendengar takbir raya dan bacaan ayat2 suci Al-qur'an sebelum subuh dari surau berdekatan. Rasanya seperti duduk(tinggal) di negara orang kafir.

Tapi masa pesta hungry ghost, mereka memekak sehingga 12 malam. Tak ada pula sami mereka yang keluarkan fatwa.

Anonymous said...

bila melayu dah jadi macam melayu indonesia.....bila perasaan dah tak bolih dibendung.....tunggulah saat itu.

Anonymous said...

kesian...mmg batu api susah nak dipadamkan..agama lain kamu nak lambang palang diturunkan...dan setiap bentuk berupa palang seakan2 nak diharamkan...tingkap yg berbentuk palang dipersoalkan...kenapa perjudis???nak tanya dan mohon pencerahan..kamu mmg rasis???adakah iman kamu akan luntur hanya kerana pembesar suara tidak dibenarkan sedangkan azan masih boleh didengari???adakah iman kamu senipis nipisnya hai org yg batu api???tidak bukan soal ini sebenarnya...propaganda kamu yg membuatkan kamu kelihatan kejam..d mana kemuliaan agama yg kamu terapkan dlm diri???kasihan..imanmu mudah goyag..rasuah..sex..arak..mcm mana kamu nak hadapi kalau iman x kuat???perlukah soal pembesar suara ini jadi isu???sekarang buka hati dan tanya iman anda...

 
Blogger Templates