Social Icons

Pages

BULETIN 247

Friday, October 2, 2015

DORIS JONES BERHELAH, KONONNYA NAK BALIK BERHADAPAN DENGAN TINDAKAN UNDANG-UNDANG TAPI TAK BOLEH KERANA PASPORTNYA TAK LAKU!!!



Ketua kumpulan pemisah Sabah dan Sarawak dari Malaysia, Doris Jones atau nama sebenarnya, DORIS YAPP KIM YUON sekarang ini tersekat di United Kingdom ekoran pasportnya telah dinyahaktifkan oleh Kedutaan Malaysia. Sekaligus Doris Jones mengulangi dilema yang dihadapi oleh Ketua HINDRAF, P.Waythamoorthy yang sebelum itu bercakap besar, tetapi akhirnya terpaksa merayu menagih simpati agar diberikan pasport bagi mengelakkan dia daripada dikenakan tindakan imigresen oleh pihak berkuasa negara terbabit.

Kerajaan Malaysia menerusi Kementerian Luar, telah bermurah hati memberikan Waythamoorthy semula pasport Malaysia. Sekembalinya ke Malaysia, Waythamoorthy cuba menunjukkan yang dia adalah seorang warganegara yang bertanggungjawab tetapi tidak sampai beberapa tahun kemudian, dia kembali ke perangai asalnya. Cuma tuntutan agar United Kingdom membayar ganti rugi berbilion-bilion Pound Sterling kerana membawa masyarakat India ke negara ini dan kemudian membiarkan masyarakat India menjadi warganegara Malaysia, tidak lagi kedengaran.

Pasport Malaysia milik Doris Jones telah tamat tempoh selepas lima tahun dan dia memerlukan dokumen perjalanan yang baru yang mana ia tidak boleh lagi diperbaharui secara automatik. Pemohon kini perlu membuat permohonan baru selepas lima tahun. Selepas sepuluh tahun berada di luar negara, pemohon perlu kembali semula ke Malaysia untuk memohon pasport yang baru.

Dia dengan bangga berkata, menerusi laman Facebook Sabah Sarawak Keluar Malaysia, dia bukannya rakyat Malaysia, tetapi hanya rakyat Sabah. Bagaimanapun, nama sebenarnya tidak menunjukkan yang dia adalah pribumi Sabah. Sebaliknya keluarga dan keturunannya bermukim di Sabah tidak lebih dari empat generasi sebelumnya.

Bercakap besar tentang mahu menggunakan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) untuk mengeluarkan Sabah dan Sarawak dari Malaysia, namun, ketiadaan dokumen perjalanan, membuatkan Doris Jones cuba menggunakan helah, kononnya dia mahu pulang ke Malaysia dan mahu berhadapan dengan tuduhan serta dakwaan undang-undang ke atasnya.

Doris Jones cuba mencabar Kerajaan Malaysia agar mengeluarkan dokumen perjalanan kepadanya, memandangkan sekarang ini dia adalah 'orang yang tidak bernegara'.

Dan yang menariknya, Waythamoorthy menawarkan bantuan kepada Doris Jones untuk mencabar tindakan Imigresen ke atas Doris Jones yang dilabelkannya sebagai 'TIDAK MENGIKUT UNDANG-UNDANG', walaupun hakikatnya, pemerolehan semula pasport Malaysia oleh Waythamoorthy sendiri sebenarnya boleh disangsikan sebagai mengikut undang-undang, walaupun ianya dilakukan oleh Menteri Luar sendiri. (RUJUK SINI)

Golongan yang tidak sedar diri dan tidak tahu berterimakasih itu, seharusnya dibiarkan begitu sahaja. Sudah sampai masanya Kerajaan Malaysia tidak perlu berlembut lagi dengan warganya atau bekas warganya yang berpangkalan di luar negara, tetapi menjalankan kerja-kerja subversif.

Memberikan dokumen perjalanan kepada orang seperti Doris Jones, samalah seperti mengundang masalah yang lebih besar. Apatah lagi dia sendiri adalah pemegang status PENDUDUK TETAP di United Kingdom.

Eloklah tu kerana mengikut perjanjian sebelum merdeka, bahkan termaktub juga dalam Perlembagaan sebelum dipinda ialah hak menjadi warganegara United Kingdom bagi kaum bukan pribumi yang berasal dari China dan India di bawah bidang kuasa Komanwel.

Bila lagi nak suruh United Kingdom bertanggungjawab setelah lebih dua abad menyedut kekayaan Wilayah-Wilayah Melayu di Asia Tenggara dan kemudian membiarkan negara-negara di Wilayah-Wilayah Melayu menanggung bala daripada perbuatan United Kingdom.

Pembohongan yang cuba dilakukan oleh Doris Jones, hanyalah sebuah jenaka buat orang yang tersepit kerana ketiadaan dokumen perjalanan negara yang dibencinya tetapi diharap dapat mengeluarkan dokumen perjalanan tersebut untuknya!!!


9 comments:

Anonymous said...

Jangan kasi chibai ah soh pukimak cinabukit ni pijak Tanah Malaysia.

STAY THE FUCK OUT. WE DON'T WANT YOUR STINKING CUNT HERE!

Anonymous said...

maka sekali lagi pak menteri kita dengan lembut hati dan terbuka hati menghulurkan passport baru, sama mcm keling paria dulu...hmmm..

Anonymous said...

dah lah kena jajah lepas tu buat sukan komanwel panggil queen duk mai
rasmi tak habis habis kena jajah
tak da semanagt untuk melawan penjajah

gabenor johor said...

suruh sahaja dia berkahwin dgn warganegara UK..tetapi ada ker warganegara UK nk kawin dengan dia?

Qar Max said...

Harap imigresen keraskan undang undang....

Anonymous said...

kalau dia balik.. dia akan "hidup" lebih lama atau akan dapat "nyawa" berpanjangan.. hanya dengan join politik dan berpolitik.. sama cam Tony PuaKa yang fail di Singapore.. bila balik dia dapat nyawa yang sangat panjang, bahkan gomen pun tak berani sentuh dia lagi, walaupun dia ngaku menjadi orang tengah dalam kes justo dan claire..

so orang cenggini jangan diberi dokumen tu.. biar dia merempat dan buat bising kat sana.. status tak bernegara... hahaha...serves u right !! or orang melayu cakap Padan Muka kau.. hahaha

alvin tan.. u r next...

Anonymous said...

BIAR DIA MAMPOS KERING KAT LUAR NEGARA.

Anonymous said...

Wassalam. Eden terpanggil lah nak komen sikit hal sibahlul botino ni. Jangan diborikan paspot. Kito dah belajar dari isu Alvin Tan dan seorang lagi budak Melayu yanf lari kenegaro orang outih. Yang ni bior kan UK ambil tindakan . EDEN SEKALI KALI MINTAK PIHAK IMRGRESEN JANGAN KELUARKAN PASPOT UNTUK DIO SOBAB SUDAH JO DIO SOLOSAI URUSAN NANTI DIO LARI DAN BUET HAL LAGI. Biar diajar dio. Suruh dio balik kenegaro a...l lah.

Anonymous said...

Betul tu....biar mereka yang menhina dan mengoyak2 kan pasport Msia jadi pelarian dan orang tak bernegara....tapi Zahid ni sebagai menteri dalam negeri ni susah sikit depan UMNO cakap berapi2 nak tunjuk buktilah nak tangkap orang itu orang ini.....eloknya ganti orang lain ......macam. Ya .....betul.. DATUK Salleh Keruak...dari Sabah orang Sabah ni....wah berani.....betul...so apalagi tukarkan dia dari menteri komunikasi ke menteri dalam negeri.....baru aman ini negara...walau saya bukan orang Sabah tapi kelantangannya bersuara memang amat diperlukan oleh UMNO utk menang dalam Pru 14 nanti .Insya Allah

 
Blogger Templates