Social Icons

Pages

BULETIN 247

Friday, October 16, 2015

GAGAL BUAT LAPORAN POLIS, PUNCA PEMANDU TEKSI DALAM KES CULIK BUDAK, DILOKAPKAN SEMINGGU!!!



Hanizan Mohamed Radzi, 41, mungkin beranggapan, dia tidak mungkin akan disyaki kerana dia sekadar menghantar seorang mangsa culik yang ditemuinya di tepi jalan dan berdasarkan kepada 'iklan-iklan kehilangan' yang banyak tersebar tentang mangsa tersebut dan keluarganya.

Dek kerana itulah, dia akhirnya terpaksa meringkuk di lokap polis dan menjadi salah seorang yang disyaki terlibat dalam penculikan kanak-kanak tersebut. Dan setelah seminggu pengalaman pahit ditempuhinya, akhirnya pemandu teksi tersebut yang telah direman selama seminggu, dibebaskan oleh pihak berkuasa.

Pembebasannya disambut oleh keluarganya dan dinanti oleh keluarga mangsa yang telah diselamatkannya. Buat kali pertama, keluarga kedua-dua belah pihak bertemu buat kali pertama di pekarangan mahkamah di Kajangan. 

Setiap orang dilihat berasa sayu termasuklah polis yang dilihat meminta maaf kepada Hanizan Mohamed Radzi kerana telah menahan dan mengesyakinya mempunyai peranan dalam kes penculikan seorang kanak-kanak berusia lima tahun. 

Hanizan bagaimanapun, tidak menaruh dendam malahan cuba melupakan pengalaman pahitnya itu. Dia juga tidak menyesali dengan apa yang berlaku kecuali meminta pihak berkuasa membersihkan namanya dan keluarganya daripada jenayah tersebut. 


"Saya lakukan ini demi masyarakat. Saya tidak peduli tentang kaum. Saya tidak menyesal membantu kanak-kanak itu. Saya akan sentiasa membantu. Saya berterima kasih kepada keluarga saya kerana menyokong saya sepanjang saya berada di dalam lokap. Sepanjang berada di lokap, saya dilayan baik oleh polis."

Hanizan bagaimanapun mengakui kesilapannya dengan tidak membuat laporan polis setelah menemui kanak-kanak tersebut dan memulangkannya kepada pihak polis. 

"Saya harap, kejadian ini tidak akan menggentarkan orang ramai untuk bekerjasama dengan polis," katanya. 

Pagi Jumaat minggu lepas, seorang kanak-kanak berusia lima tahun diculik oleh dua orang lelaki ketika dia berjalan ke tadika bersama-sama ibunya. Menjelang petang, Hanizan selepas melihat gambar kanak-kanak tersebut di Internet, terpandang kanak-kanak tersebut sedang berdiri di tepi jalan seorang diri. Hanizan terus membawa kanak-kanak itu bertemu dengan ibu bapanya. 

Penemuan dan pemulangan kanak-kanak tersebut tidak dibuat laporan polis, sekaligus meletakkan dia sebagai salah seorang suspek yang terlibat dalam penculikan itu bersama-sama tiga orang yang lain. 

Bapa Hanizan, Mohamed Radzi Itam Ibrahim, 75, berkata, "Saya bangga dengan anak lelaki saya. Saya gembira kerana akhirnya dia bebas. Saya kenal anak saya. Apabila berita keluar, saya langsung tidak percaya (dengan tuduhan terbabit dalam penculikan). Dia bukanlah orang jahat."

Mohamed Radzi berkata, dia dan keluarganya amat terhiris dengan komen-komen biadap daripada sesetengah Netizen yang menuduh anaknya terbabit dalam jenayah tersebut. 

Hanizan telah dibebaskan pagi tadi dengan jaminan bon di bawah Seksyen 49 Kod Tatacara Jenayah. 

Tiga yang lain telah ditahan berhubung insiden berkenaan, akan didakw adi Mahkamah Kajang di bawah Seksyen 3(1) Akta Penculikan 1961 kerana menculik, menahan secara salah atau mengurung bagi mendapatkan bayaran tebusan. 

MStar Online pula melaporkan tentang permintaan Hanizan agar namanya dibersihkan

Pemandu teksi, Hanizan Mohamed Radzi berkata, penahanannya kerana disyaki mempunyai kaitan dengan kes penculikan budak lelaki berusia lima tahun di sini memalukan keluarganya.

"Anak-anak saya malu atas apa yang berlaku. Tolong, tolong bersihkan nama saya," rayunya kepada pegawai polis apabila dia dibawa ke Mahkamah Majistret untuk dibebaskan selepas ditahan seminggu untuk siasatan lanjut berhubung kes itu.

"Saya hanya seorang pemandu teksi, saya tidak lakukan apa-apa," katanya yang mengenakan baju biru dan seluar jeans dan kelihatan keletihan.

Hanizan ditahan bersama tiga lelaki lain dalam tempoh 24 jam susulan penculikan budak lelaki berkenaan di hadapan tadika di Sungai Chua yang dirakam menerusi CCTV.


Penculik berkenaan didakwa menuntut wang tebusan sebanyak RM300,000.

Selepas lapan jam diculik, Hanizan dilihat membawa kanak-kanak itu ke kediamannya pada pukul 5.35 malam dan menyerahkannya kepada keluarganya.

Pemandu teksi itu mendakwa menemui kanak-kanak itu yang bersendirian di tepi jalan dan mengecamnya selepas gambarnya menjadi viral menerusi media sosial.

Bagaimanapun, pemandu teksi itu enggan memaklumkan bagaimana dan dimana beliau menemui mangsa culik itu.

Hampir seminggu ditahan dan polis dengan rasminya mengesahkan beliau tidak terlibat dalam kes penculikan itu, Hanizan dibebaskan mengikut Seksyen 49, Kanun Prosedur Jenayah.

Bagaimanapun, tiga lagi yang ditahan didakwa di mahkamah pagi Jumaat mengikut Seksyen 3 (1) Akta Penculikan 1961.

No comments:

 
Blogger Templates