Rafizi Ramli cuba nak jadi macam Tony Pua yang menimbun-nimbunkan pelbagai masalah ke atas diri sendiri. Hanya dengan cara itu sahaja, dia tidak akan disabitkan dengan mana-mana fitnah yang diciptanya kerana pihak lawan lebih sibuk mempertahankan diri daripada tuduhan-tuduhan yang dilemparkannya berbanding menyerang penipuan yang dilakukannya.
Justeru, Rafizi Ramli sebagai Setiausaha Agung PKR yang bakal kehilangan jawatan tersebut kepada Saifuddin Abdullah, tutup mulut.
PKR cukup terkenal dengan pelbagai langkah untuk menjahanamkan diri sendiri mahupun pihak lain.
Zuraida Kamaruddin, sang imigran yang mendapat kerakyatan Malaysia dan kemudian mendapat keistimewaan yang tidak akan diberikan oleh negara-negara lain kepada kaum imigran, merupakan salah seorang penjilat tegar Anwar Ibrahim. Dia suatu ketika pernah menjadi kroni dan sekutu Azmin Ali yang sangat kuat terutama yang membabitkan 'perniagaan tender' dan 'kontrak' di Daerah Ampang Jaya.
Kegagalan LANGKAH KAJANG amat memalukan Rafizi Ramli sehingga dia tidak sanggup mengakui Langkah Kajang adalah langkah sumbangnya. Walaupun berjaya menabalkan Azmin Ali sebagai Menteri Besar Selangor, calon utama Langkah Kajang adalah Anwar Ibrahim dan Wan Azizah Wan Ismail.
Sudah kedengaran dari sumber-sumber PKR sendiri tentang LANGKAH RAWANG atau LANGKAH KAJANG II yang akan diambil bagi menggulingkan Azmin Ali dan meletakkan Saifuddin Abdullah ke jawatan tersebut. Ia sudah pecah lebih awal dan yang bercakap adalah orang-orang PKR sendiri ekoran kemasukan Saifuddin Abdullah yang dianggap sebagai SANTO oleh sebilangan besar para pemimpin dan ahli PKR.
Malu atau barangkali cuba untuk menutup rahsia yang telah terbongkar, Zuraida Kamaruddin sebagai Ketua Wanita PKR cuba menepis khabar-khabar angin tersebut walaupun yang bercakap tentang langkah tersebut adalah puak-puak PKR sendiri.
Dan seperti biasa, Zuraida Kamaruddin tidak mampu keluar daripada stigma PKR iaitu untuk menyalahkan UMNO.
Kata Zuraida, agen-agen UMNO telah melakukan fitnah yang Saifuddin akan menggantikan Azmin Ali selaku Menteri Besar Selangor. Sebaliknya yang dirancang sekarang adalah LANGKAH PEKAN iaitu untuk menggulingkan Perdana Menteri, Najib Abdul Razak.
DARI LANGKAH KAJANG MENJADI LANGKAH RAWANG TETAPI AKHIRNYA TERBUKTI LANGKAH TERKANGKANG!!!
4 comments:
Yg konfem duduk celah kangkang - pahlawan bugis
wassalm. Dah takde anak Selangor ko? What a shame man. U have to bring a have not person from Termeloh to be the MB of Selangor,the richest state in Malaysia. Sembah Tuanku Patik mohon Tuanku ambil perhatian tontang isu ini.
Rakyat Selangor dah mual dongan oran luar menjadi Adun dan MP. Tengok Shah Alam, Puchong dan banyak lagi. Apo dh jadi rakyat merano Tuanku.
Pkr ni banyak drama...
kahkahkah..langkah rawang ke langkah longkang ke..tak akan aku undi PKR
Post a Comment