Social Icons

Pages

BULETIN 247

Wednesday, October 14, 2015

KENYATAAN MUHYIDDIN YASSIN BERHUBUNG SOSMA DAN SOKONGANNYA KEPADA KHAIRUDDIN SERTA MATTHIAS CHANG!!!



Saya telah membaca beberapa kenyataan yang dibuat oleh segelintir pihak yang mendakwa bahawa saya telah membantah SOSMA dalam kenyataan bersama yang dikeluarkan pada 12 Oktober 2015 dan ini kononnya adalah bercanggah dengan pendirian saya menyokong SOSMA semasa di dalam kabinet dan ketika Rang Undang-Undang SOSMA dibentangkan di Parlimen. 

Pendirian saya tidak pernah berubah. Saya menyokong SOSMA untuk menangani kesalahan-kesalahan keselamatan yang menggugat keamanan dan ketenteraman awam. 

Yang saya tidak bersetuju ialah penyalahgunaan SOSMA yang bercanggah dengan tujuan asal akta ini digubal sepertimana yang berlaku dalam kes penahanan Datuk Seri Khairuddin Abu Hassan dan Matthias Chang. 

Tindakan mereka membuat laporan mengenai dakwaan salah laku 1MDB kepada pihak-pihak berkuasa di dalam dan luar negara tidaklah boleh dikatakan sebagai satu tindakan sabotaj di bawah Seksyen 124L Kanun Keseksaan, iaitu satu kesalahan keselamatan yang membolehkan penggunaan SOSMA. 

Bukankah mereka sekadar melaksanakan tanggungjawab sebagai warganegara yang prihatin? 

Pendirian saya ini adalah selari dengan jaminan kerajaan ketika Akta ini digubal bahawa ianya tidak akan disalah gunakan untuk tujan-tujuan lain, terutamanya yang bermotifkan politik termasuk mendiamkan pengkritik dan menyekat kebebasan rakyat untuk bersuara dan memberikan pandangan. 

Jaminan ini adalah selaras dengan langkah transformasi politik yang diambil oleh kerajaan. Adakah 1MDB terlalu kebal sehinggakan pihak yang mengkritik dan membuat laporan terhadapnya didakwa di mahkamah? 

Seorang yang berfikiran waras pastinya akan bertanya siapakah yang sebenarnya mensabotaj sistem perbankan dan perkhidmatan kewangan negara? 

Orang yang membuat laporan kepada pihak berkuasa supaya menyiasat dakwaan salah laku 1MDB atau orang yang mengakibatkan berbillion ringgit wang rakyat dalam 1MDB lesap? 

Apakah pemimpin UMNO harus berdiam diri dalam hal ini dan bersekongkol dengan para petualang?

Janganlah dibiarkan jiwa perjuangan yang mengalir dalam darah setiap pejuang UMNO dibeli dengan harga yang murah. Adalah menjadi tanggungjawab setiap pejuang UMNO untuk bangkit menentang penyelewengan dan perompakan harta negara oleh pihak-pihak tertentu. Barulah UMNO akan disegani dan dihormati oleh rakyat seluruhnya dan diberkati perjuangannya oleh Allah s.w.t.


YB Tan Sri Muhyiddin Hj Mohd Yassin


5 comments:

Anonymous said...

muhyidin tok sah nak beretorik...kalau anak jantan, nama kan siapa petualang tu secara terbuka. Namakan juga secara terbuka nama siapa yg rompak duit rakyat dlm 1MDB yg berjumlah berbilion ringgit tu...then kita tgk siapa betul siapa tak betul dalam mahkamah...ade berani? huffttt....toksah berangan ler Muhyidin ko nak jadi PM...kerja kotor ko bersekongkol dgn Mamak Medey nampak sngat ko gila kuasa...

Anonymous said...

Siapa Menteri Pertanian semasa NFC mohon dana untuk projek lembu.

Ted Manoff said...

Pendekar Jawa sudah bingkas dengan keris kontot tersisip di pinggang belakang..hulunya di pegang kemas. .kalam Petualang sudah melonchat ...hu Hu Hu. ..Hu Hu hu

Anonymous said...

dia bukan berertorik....pasal dia jantan la dia x umum nama! bingai bin bebai!
hanya mereka yg mempunyai sifat wanita sahaja yg akan sebut nama bila bergaduh! heheh

Anonymous said...

Biarlah seribu alasan muhyiddin ni nak beri dan macam2 dalih......tapi kami akar umbi tak bodoh dan tak buta ....sebab kami lihat dengan mata hati serta sentiasa berdoa agar Allah SWT memberi kami petunjuk dan hidayah agar tunjuk kan kepada kami pemimpin yang ikhlas untuk membantu kami atau mereka yang nak kenyangkan perut anak pinak mereka sahaja.Dan2 muncul mereka2 ni di sidang akbar kononnya nak pertikaikan SOSMA ......sungguh cantik rencana Allah......

 
Blogger Templates