Isu konsensi lebuhraya telah muncul seawal tahun 1984 lagi. Pelbagai pihak terutama sekali pembangkang mendesak kerajaan yang diketuai oleh Tun Dr. Mahathir Mohamad mendedahkan perjanjian antara kerajaan dengan syarikat-syarikat konsensi lebuhraya dibuat. Ini adalah kerana, terdapat banyak kepelikan dan keajaiban yang terkandung di dalam perjanjian tersebut terutama sekali hak syarikat-syarikat konsensi tersebut menaikkan kadar tol sedangkan secara logiknya, keuntungan mereka juga akan meningkat setiap masa ekoran pertambahan kenderaan dari semasa ke semasa selain kemampuan pemilikan kenderaan dan jalan-jalan tidak bertol yang dijanjikan sebagai jalan alernatif dikurangkan dari tahun ke tahun.
'PERJANJIAN GELAP' antara syarikat-syarikat konsensi lebuhraya samalah kesnya dengan PPA dengan pemegang-pemegang IPP di mana akhirnya, rakyat yang terpaksa menanggung dan menyediakan keuntungan besar buat mereka. Kadar dan tarif elektrik dinaikkan kerana kerajaan WAJIB membayar kelima-lima syarikat IPP berkenaan walaupun sebahagian daripada mereka, menggunakan tanah dan fasiliti milik TNB.
Sehingga kini semua PERJANJIAN GELAP tersebut diklasifikasikan di bawah Akta Rahsia Rasmi.
Tidak banyak yang diketahui apakah isi kandungan perjanjian tersebut tetapi yang pastinya, setiap kali ura-ura kenaikan kadar tol, kerajaan akan mengumumkan dan mengisytiharkan tentang subsidi serta bayaran pampasan yang perlu diberikan kepada pemegang-pemegang konsensi tersebut, sedangkan pada masa yang sama, syarikat-syarikat tersebut sentias amengumumkan keuntungan besar daripada perniagaan mewah menyedut darah rakyat Malaysia tanpa mengira lapisan masyarakat.
Perjanjian konsensi tol
Tahun lepas, Timbalan Perdana Menteri pada waktu itu, Muhyiddin Yassin mengumumkan kerajaan terpaksa membayar ganti rugi sebanyak RM400 juta kepada syarikat-syarikat konsensi tersebut kerana tidak menaikkan kadar baru. Bagaimanapun RM400 juta itu adalah WANG RAKYAT yang kemudian dikutip kembali daripada rakyat menerusi cukai baru yang menimbulkan kemarahan iaitu GST.
Salah satu lebuhraya utama yang berjaya 'dirampas' semula oleh kerajaan adalah PLUS. Dan berbanding lebuhraya-lebuhraya lain, PLUS dan lebuhraya-lebuhraya yang berkaitan dengannya masih mengekalkan kadar tol.
Selain daripada mengambilalih semula lebuhraya-lebuhraya berkenaan, kerajaan juga seharusnya menilai kembali keuntungan besar yang telah diperolehi oleh syarikat-syarikat konsensi berkenaan memandangkan berdasarkan PERJANJIAN GELAP sepertimana yang kerap dibuktikan, syarikat-syarikat konsensi berkenaan menuntut kenaikan dengan alasan 'perjanjian'.
Sudah terlalu lama mereka melanun dan menjarah rakyat menerusi dasar perlindungan yang diberikan oleh kepimpinan politik sebelum ini. Jadi, sudah sampai masanya, kesemuanya perlu dikembalikan kepada rakyat, bukannya dengan mengenakan bayaran yang lebih kepada rakyat, atau rakyat perlu menanggung keuntungan besar untuk syarikat-syarikat konsensi tersebut.
Yang pasti, rakyat yang terpaksa membayar keuntungan besar syarikat-syarikat konsensi itulah juga yang diminta untuk mengundi kerajaan bukannya pemilik-pemilik syarikat konsensi berkenaan!!!
9 comments:
dedah aje ape perjanjian yg mamak tu buat dulu yg buat sampai skrg sangkut..
wassalam. Eden bangun pagi ni dan baco borito yang sungguh tak sodap. Tol naik lagi. Ringgit turun lagi-apo nak jadi? Najib if you cannot administer the country please leave. We are sick and fedup with all these nonsense.Lets us have an early election if you do not want to step down.
mamak tu akan ckp..sila ikut laluan yg tiada tol
Kesian Najib, Mahathir yang kaya raya Najib kena sumpah.
mahatir main gila 10x Najib boleh main gila...kali ni mahathir betemu buku dgn ruas..
SAYA SETUJU....WAR-WAR DALAM MEDIA SOSIAL DAN MEDIA ARUS PERDANA...BIAR RAKYAT TAHU PERKARA SEBENARNYA....MASA UNTUK WAKE UP NAJB OII...
aku bila sebut pasal mamak tu darah mula mendidih dulu rasa nak kencing atas kubur dia skrg rasa nak berak pulak.. tu pun masih tak sedar diri..
anon 9:17 pm
Harap Maklum.. TOL - tol yang terlibat , bukanya dibina zaman Mahathir..Sila tatik balik fitah anda.... Cuba tanya Paklah dan Anuar mereka lebih mengetahui.
Tq...
Wassalam. Eden dah komen tapi tak sodap rasonyo dan berapo kuet komen eden tu. This is what we call daylight robbery by the gomen. What with the ringgit at its lowest against the USD now we are burden by a toll hike. Lets us all teach the gomen a lesson-throw the out come PRU 14, or why not get this clueless guy out by a vote of no confid. Unfortunately we hAVE two jokers from the state of Sabah who support him strongly. Whenever TDM issue a statment on the clueless guy these two jokers will defend him all out. Maklum laH SUDAH dapet jawatan Montori dan pengarah strategik. Nak tunjuk dio pandailah. Ado orang putih cakap" new broom sweeps well" ini lah dio the two jokers from Sabah. Walallah walam.
Post a Comment