Social Icons

Pages

BULETIN 247

Wednesday, October 28, 2015

KPDNKK BUTA MATA DAN BUTA PERUT LAGI!!! SKIM PIRAMID AJ DI KOLEJ SAINS KSIHATAN BERSEKUTU KKM SEDANG BERMAHARAJALELA!!!



Ibu-ibu, ayah-ayah yang baru menghadiri Majlis Konvokesyen anak-anak lepasan graduan Kolej Sains Kesihatan Bersekutu, KKM.

Anak-anak ibu ayah menjadi sasaran skim piramid yang dijenamakan semula dengan nama Affiliate Junction (AJ).

Skim Piramid AJ ini berselindung disebalik kononnya program mengaktifkan MyKad.

Tanyalah anak-anak ibu ayah, adakah mereka ada buat pinjaman peribadi dengan bank?

Apa tujuan pinjaman peribadi tersebut?

Jika jawapannya untuk berniaga atau melabur, sila mengesyakki sesuatu yang buruk akan berlaku terhadap kesihatan kewangan mereka.

Mereka mungkin menyertai (membeli lesen Skim Piramid AJ)

Anak-anak ibu ayah menjadi sasaran mudah buat penyangak-penyangak skim piramid ini.

Ini kerana, mereka tiada hutang PTPTN, baru bekerja, baru merasa pegang duit, ingin bergaya dan bekerja dengan kerajaan, di mana jika ekonomi merosot sekalipun, gaji tetap jalan.

Mereka akan dimanipulasi, ditipu hidup-hidup, dibayang-bayangkan dengan segala kemewahan dunia.

Walhal, penyangak-penyangak Skim Piramid AJ yang menjadi upline ini hanya menunggu untuk mendapatkan duit haram komisen referral dari anak-anak ibu ayah.


Kami, di PW merasakan KPDNKK terlalu lambat bertindak darihal skim piramid ini.

Sama seperti skim-skim penipuan yang telah Aidid Muaddib bongkarkan.

Sudah terlambat..... Berjuta-juta RM telah dan akan disalurkan ke Australia...

Anak-anak ibu ayah akan menanggung hutang pinjaman peribadi sepanjang 10 tahun, sehingga RM150 ribu ringgit.

Setiap bulan bayar RM1,200 untuk sesuatu yang tidak berguna.

Dimaklumkan:

1. Kementerian Kesihatan Malaysia.

2. Dato ' Dr. Hisham Abdullah, DG, KKM

3. Dato' Seri Dr. S. Subramaniam.

-IAG-



1 comment:

Anonymous said...

Ingatlah Melayu2, kalau ada org menjual .
. .apa2 skim pun dan dia tekan2kan perkataan JUTAWAN !!!. . Penipulah jawabnya .

 
Blogger Templates