Barangkali Ketua AMK itu mahu mengikut jejak langkah Rafizi Ramli yang berjaya menghalang pasaran daging halal daripada dipelopori oleh syarikat-syarikat Bumiputera sekaligus mengekang bermaharajalelanya kartel-kartel daging yang mengimport daging-daging kerbau ke Malaysia.
Tuduhan yang dilemparkan oleh Nik Nazmi sebenarnya sekadar tuduhan semata-mata tanpa disokong oleh bukti. Namun disebabkan tuduhan itu dibuat oleh Ketua AMK dan bukannya orang UMNO, maka ia dianggap sebagai bukan satu perbuatan yang salah. Seperti biasa, orang seperti Nik Nazmi kalau buat tuduhan, ia sudah boleh diterima sebagai satu kebenaran.
Bagaimana sekiranya ada pula tuduhan yang mengatakan ramai orang PKR yang terbabit dalam pelacuran dan perjudian haram, memandangkan pusat-pusat pelacuran dan perjudian haram tumbuh bak cendawan selepas hujan sebaik-baik sahaja PKR dan DAP menguasai Selangor serta Pulau Pinang?
Apatah lagi, peningkatan kadar pusat-pusat pelacuran yang berselindung di sebalik nama SPA dan Pusat Kesihatan di Selangor, amat ketara.
Bolehkah Nik Nazmi terima tuduhan tersebut tanpa perlu disertakan bukti?
Atau Nik Nazmi akan berkata, pihaknya memerlukan bukti dan menolak andaian seperti itu jikalau tidak disertai bukti.
Vapor atau vape atau rokok elektronik dengan pusat-pusat pelacuran dan perjudian haram... barangkali yang mana satukah lebih mendatangkan masalah sosial?
Ibarat orang yang berkurap, berbopeng bernanah kohong dan berkayap di muka mencerca orang yang berpanau di perut betis!!!
No comments:
Post a Comment