Pesuruhjaya Kehakiman, Datuk Mohd Zaki Abdul Wahab membuat keputusan itu dalam kamar dengan dihadiri peguam, Datuk Mohd Hafarizam Harun yang mewakili Najib dan Setiausaha Kerja Umno, Datuk Ab. Rauf Yusoh serta peguam Mohd Hanif Khatri Abdulla yang mewakili Anina.
Berikutan keputusan itu, Najib dan Ab. Rauf, yang turut dinamakan sebagai defendan, tidak perlu memfailkan pernyataan pembelaan dan sebarang afidavit lain.
Najib dan Ab Rauf sebelum ini memohon mahkamah menggantung prosiding sehingga mahkamah mendengar permohonan mereka untuk mengetepikan writ saman Anina.
Mahkamah menetapkan 6 Oktober ini untuk pengurusan kes bagi permohonan mengetepikan saman itu.
Mohd Hafarizam memberitahu pemberita bahawa hakim membuat keputusan itu berdasarkan alasan bahawa pemfailan afidavit pembelaan boleh memberi kesan kepada permohonan defendan untuk mengetepikan writ saman dan pernyataan tuntutan yang difailkan Anina.
"Hakim juga memutuskan bahawa tiada prejudis kepada plaintif sekiranya pembelaan tidak difailkan sekarang kerana sekiranya mahkamah menolak permohonan untuk mengetepikan writ saman dan pernyataan tuntutan, pihak plaintif masih berpeluang melihat pembelaan yang difailkan defendan," katanya.
Pada 28 Ogos lepas, Anina memfailkan saman terhadap kedua-dua defendan antaranya bagi menuntut pembayaran RM2.6 bilion (US$650 juta) yang didakwa dimasukkan oleh Najib ke dalam satu akaun bank bukan milik Umno di Singapura. - Bernama
4 comments:
makcik ni bukan ahli UMNO dah.. atas kapasiti apa dia nak saman Presiden UMNO? akai ada ka?? bodoh jgk akhirnya..
Gaya pakai tudung mcm geng Kak Mah. Bukan ahli parti ke?
Semua rakyat, bukan setakat ahli Umno je boleh failkan saman ma...gaji diapun rakyat yang bayar...ada akai ka???
Mami nak ulas.....cukup2 lah nak kutuk Rosmah cara si Ainina ni pakai tudung pun nak sama kan dengan Rosmah......macm tulah kan kalau orang dah gila .....kerja nya nak mengutuk tak sudah2.....istighfar banyak2 ..mungkin benda atau orang yang kamu tak suka tu satu hari orang atau benda tulah yang akan menolong kamu ...siapa tahu itu semua ketentuan Allah......
Post a Comment