Social Icons

Pages

BULETIN 247

Wednesday, October 7, 2015

MAKIN TERDEDAH TETAPI TIMBULKAN TANDATANYA, SIAPA MEREKA SEHINGGA BOLEH BERKONGSI DIVIDEN RM704 JUTA PADA TAHUN 2014 SAHAJA!!!



YTL yang merupakan salah sebuah syarikat konsesi IPP, tidak lagi memperolehi keuntungan mudah menerusi IPP setelah konsensi mereka tamat dan bukan sahaja kerajaan tidak menyambung, bahkan IPP mereka telah diambilalih oleh TNB.

Lebih dua dekad, YTL memperolehi keuntungan dengan cara mudah. Banyak persoalan tentang IPP yang sehingga ke hari ini, masih lagi menjadi rahsia.

Baca apa yang ditulis oleh Lim Sian See tentang IPP YTL di bawah.

Ekoran posting saya semalam berhubung IPP YTL, saya telah melakukan sedikit siasatan berhubung pemilikan saham bumiputera dalam IPP yang dikenali sebagai Bara Aktif Sdn. Bhd dan pencarian syarikat menerusi SSM.

Syarikat tersebut telah diwujudkan pada April 1993, sejurus selepas YTL memperolehi konsesi IPP dan hanya mempunyai paid-up capital sebanyak RM500,000 yang dibahagikan sama rata antara Raja Wahid Raja Kamaral Zaman dan Mohamed Zainal Abidin Abdul Kadir.

Modal Berbayar tersebut tidak pernah ditingkatkan dari hari itu sehinggalah kini.

Bagi tahun berakhir Jun 2014, Bina Aktif telah membayar dividen berjumlah RM704 juta kepada kedua-dua pemegang saham berkenaan. Secara tidak langsung, kedua-duanya memperolehi lebih kruang RM352 juta setiap seorang pada tahun lepas sahaja.

Bayangkanlah jumlah yang mereka perolehi sepanjang 21 tahun IPP YTL beroperasi.


Tidak banyak diketahui tentang Raja Wahid Raja Kamaral Zaman dan Mohamed Zainal Abidin Abdul Kadir. Nama mereka juga tidak tersenarai dalam senarai orang terkaya di Malaysia oleh Forbes.

Bagaimanapun Mohamed Zainal Abidin Abdul Kadir dikatakan, seorang bekas guru yang berkhidmat dari tahun 1963 sehingga 1981 dan pada 1981, telah berhenti tugas dan memulakan syarikat pembinaan di Perak.

Selain daripada maklumat yang sedikit itu, kedua-duanya benar-benar 'tersembunyi' dan tidak pernah membuat sebarang temubual dengan mana-mana media.

Yang paling menariknya ialah, syarikat yang merupakan salah sebuah anak syarikat YTL itu mempunyai modal berbayar sebanyak RM500,000 pada tahun 1993 dan maklumat tahun 2014 menunjukkan syarikat tersebut telah membayar dividen berjumlah RM704 juta dan masih memiliki aset bernilai RM330 juta.

Justeru, tidak hairanlah mengapa kuat benar penentangan pihak-pihak tertentu kepada pengambilan semula IPP dan 1MDB!

Untung besar selama lebih 20 tahun, hilang sekelip mata walaupun mendapat pampasan yang juga dipertikaikan kerana khabarnya, lebih besar berbanding nilai sebenar.

BACA JUGA THE UNSPINNERS untuk isu yang sama.



11 comments:

Anonymous said...

Rakyat berpendapat :

1MDB hanya mengulangi kesalahan mahathir, paklah, tetapi dgn lebih boros dan rakus..

Mengapa masih suka memakan najis yg lebih banyak dgn menyatakan yg dulu pun makan juga..?

Anonymous said...

siapa kata 1 MDB tu ulang tayng skrip.....kamu ni tak ada fikiran ke? YTL tu untung atas angin je dalam tempoh berpuluh tahun....tu siapa punya angkara kalau tak TUN mahadey.sebab tu apa yang Pm Najib buat cuma ambil untung dan berkongsi dengan rakyat tu pun berdosa ke? Memanglah ada hutang sebab 1 MDB tu baru beroperasi bukan mcm YTL dah berpuluh tahun.Sebab itu pengerusi TNB allahyarham Ani Arope sanggup letak jawatan kerana beliau tak puas hati YTL dapat untung berjuta RM atas anagin.ni siapa punya kerja kalau tak Mahadey.So tengok ya ...Allah buka aib TUN satu persatu kerana beliau suka membuka aib Pm Najib.ALlahualaam

Anonymous said...

1MDB x sama dengan syarikat kroni. 1MDB ialah syarikat kerajaan, yg mana keuntungannya dikembalikan kepada rakyat, sedangkan kroni keuntungan hanya dibalun olek pemegang saham yg x seberapa kerat. Mangsanya ialah rakyat.

Kesulitan 1MDB ialah kerana x de modal cuma rm1 juta. Tapi ia punya kebaikan kepada rakyat. IPP 1MDB membolehkan kerajaan memantau tariff elektrik bagi mengekalkannya ditahap rendah.

Oleh kerana tiada perkara yg mencurigakan dalam 1MDB, kerajaan sepatutnya menambah modal kepada 1MDB bagi membolehkanya beroperasi dengan berkesan, memandangkan ia adalah hak rakyat. Kalau boleh, Syarikat EDRA di mana IPP berada, terus dimiliki oleh 1MDB (jangan dijual) kerana ia diperlukan oleh rakyat dan negara.

Anonymous said...

Kalau 1MDB bakal mencetak wang, mengapakah kau orang takut sangat seolah-olah 1MDB akan menyebabkan Malaysia bankrap.Apapun, aku percaya kepada Najib, 1MDB bukannya pencekik darah seperti Mahathir & the cronies.

Anonymous said...

Kami sebagai rakyat yang dicekik darah mohon supaya kedua-dua orang ini dicari hingga ke lubang cacing dan disiasat oleh SPRM untuk mengetahui siapa di belakang mereka. Celaka betui barua2 ni.

Rozai CBR said...

Sila lihat tahun bila ianya dilantik app tersebut .... dan siapa yg berkuasa pd ketika itu ....dan siapa menteri kewangan pada waktu itu ....sila helajah cari maklumat wahai admin....jgn disembunyikan maklunat tersebut. Tq

ccfaris said...

Cerita zaman dulu nak disensasikan nak buat apa? Mana logiknya, permasaalahan yg didepani skrg, yg terus-menerus disuarakan oleh rakyat banyak, dijawab dgn cerita kisah benar masa lampau, yg tiada kena mengena langsung dgn persoalan pokok skrg?

Ted Manoff said...

IPP ialah satu scam penipuan harta negara

Unknown said...

Untung?
Mana?
Setiap bulan berita 1MDB bayar hutang berbilion2.

Modal RM1 juta, pinjaman lebih RM40 bilion.
Beli janakuasa dgn hutang2nya sekali, pun berbilion2.
Meniaga apa ni?
Meniaga Almarhum!!!!

Anonymous said...

buat ramai2 billioner cina......syoruuuu masyuuukkkkk. kepandaian madey and the gangs.

Anonymous said...

Tahniah najib...mahathir nak muhyidin jadi pm supaya kontrak IPP sambung lagi berpuluh tahun...habis duit negara bagi kat taikun2...najib buat perkara betul melalui 1mdb..hentikan kerakusan IPP, kroni mahathir...

 
Blogger Templates