Social Icons

Pages

BULETIN 247

Thursday, October 15, 2015

PERADABAN SUNGAI BATU, MERBOK KEDAH... JANGAN PANDANG SEBELAH MATA DAN MUDAH!!!



Sekarang ini bila ada pihak yang mendakwa, MELAYU PUN PENDATANG!, maka ramailah yang terperongo dengan mata melotot, menggaru-garu kepala, bahkan ada yang menekup telur dengan kedua-dua belah tangan sambil menekurkan muka merenung lantai kalau tidak pun hujung jari kaki sendiri.

Bila ada golongan berketurunan tidak berkasta yang dibawa masuk oleh British untuk bekerja di ladang-ladang getah pada awal tahun 1900 dan memuncak pada tahun 1931, dengan bangga menyatakan negara ini sudah lama dibangunkan oleh golongan pendatang, malah Parameswara itu sendiri adalah India kerana beragama Hindu, ramai yang terkial-kial untuk menjawab yang agama bukannya melambangkan bangsa seseorang.

Ketiadaan dokumen bertulis atau kesukaran menemuinya dalam negara yang mencatatkan sejarah kewujudan negara ini sebelum kedatangan penjajah termasuklah serangan Raja Chola telah dimanipulasi oleh pihak-pihak tertentu untuk memperkecil-kecilkan kedudukan Bumiputera di negara sendiri. Bahkan ketiadaan usaha pro-aktif daripada pihak kerajaan untuk memperkasakan semula sejarah negara ini menerusi dapatan-dapatan baru bagi menyingkirkan data-data sejarah Shellabear dan Winsted, telah menjuzuk-juzukkan Bumiputera di seluruh Malaysia sehinggakan rumpun Melayu, Melayu berdasarkan Perlembagaan dan Sub-Etnik Melayu, tidak lagi dapat dihadami, bahkan memperkenalkan diri mereka sebagai bangsa-bangsa berasingan seperti Iban, Kadazan, Murut-Dusun, Asli dan sebagainya.


Penemuan arkeologi di Sungai Batu, Mukim Merbok Kedah amat signifikan yang memerlukan pemerhatian dan perhatian serius daripada pihak Kerajaan Pusat khususnya. Setelah sekian lama, rakyat Malaysia ditipu dan diperdaya dengan sejarah 'MAT JENIN', 'Pak Belalang', 'Lebai Malang', 'Pak Kaduk' dan 'Pak Pandir', kini hadir industri besi yang merupakan industri eksklusif yang dimiliki oleh sebuah perabadan tinggi zaman purba di bumi Malaysia sendiri.

Menteri Besar Kedah, Mukhriz Mahathir telah menafikan tapak arkeologi penting itu akan dimusnahkan untuk memberikan laluan kepada pembangunan. Malahan menurut Mukhriz, Kerajaan Negeri Kedah sedang berusaha menyelamatkan tapak tersebut memandangkan tapak tersebut bertindih dengan kawasan berstatus persendirian.

Berikut adalah catatan dari SiakapKeli yang seharusnya membuka mata sesetengah pihak.

Khazanah ternilai negara akan lenyap? dilihat kemboja bangga dengan Angkor Wat nya, Indonesia bangga dengan Borobudur, China dengan Great Wallnya, Kita? khazanah hebat yang dijumpai iaitu Tapak Arkeologi Sungai Batu 500 BC dikatakan akan lenyap kerana akan diratakan untuk aktiviti pembagunan.Menurut sumber, tanah tapak ini adalah milik persendirian..




APA ISTIMEWANYA SUNGAI BATU?

Terdapat persoalan daripada orang ramai, kenapa kita harus pertahankan Sungai Batu sebegini sekali? Apa yang hebatnya Sungai Batu ini sehinggakan kempen ini disambut dengan baik oleh page-page terkemuka di Malaysia? Mari saya hujankan anda dengan fakta-fakta pendek kenapa harus pertahankan SUNGAI BATU.

1. Sungai Batu ialah bukti tamadun tertua bangsa Melayu. 600 Sebelum Masihi, sezaman dengan Rom dan Yunani. 1100 tahun sebelum kelahiran junjungan besar Rasulullah S.A.W dan juga 600 tahun sebelum kelahiran Nabi Isa A.S

2. Sungai Batu ialah bukti hidup bahawa bangsa Melayu ialah bangsa yang sangat bertamadun. Lebih 2500 tahun yang lalu, bangsa Melayu masak besi beb! Bukannya buat jarum, seperti mana yang didakwa oleh segelintir bahawa Melayu Bina Sebatang Jarum Pun Tak Mampu.

3. Besi terbaik dunia datangnya daripada peradaban ini. Sehinggakan terdapat teori dan hipotesis yang mendakwa bahawa besi yang digunakan untuk menempa Pedang Rasulullah adalah datang daripada tamadun ini.

4. Ada sehingga 4-7 buah kapal yang berusia sehingga 2000 tahun yang terdampar di dasar tasik di tengah hutan kelapa sawit. Kapal itu dikatakan sepanjang 70 meter, dan tiang layarnya dapat dilihat dari permukaan. Itu belum dikatakan lagi dengan tapak sungai batu ialah penemuan arkeologi tapak metropolis purba yang paling lengkap di Asia Tenggara. Tak keterlaluan kalau dipanggil bahawa Sungai Batu ialah 'Mohenjo-Daro dan Harappa Melayu'.

5. Tapak Sungai Batu ini adalah SEZAMAN dengan Taman Tergantung Babylon yang dibina oleh raja agung dari Mesopotamia iaitu Nebuchadnezzar II.

6. Tapak Sungai Batu adalah 400 TAHUN LEBIH TUA daripada Tembok Besar China yang dibina oleh DINASTI QIN dan juga 1600 TAHUN LEBIH TUA daripada TEMBOK BESAR DINASTI MING yang wujud pada hari ini.

7. Tapak Sungai Batu adalah 600 TAHUN LEBIH TUA daripada pembinaan COLLOSSEUM di Rom yang dibina pada 70 Masihi untuk menjadi tempat hiburan rakyat Rom menonton para gladiator bertempur sesama sendiri dan juga haiwan buas seperti harimau dan singa.

8. Tapak Sungai Batu adalah 1773 TAHUN LEBIH TUA daripada MENARA CONDONG PISA yang terkenal di Itali itu.

9. Tapak Sungai Batu adalah 300 TAHUN LEBIH TUA daripada RUMAH API ISKANDARIAH yang pernah menjadi salah satu daripada banggunan tertinggi pada zaman purba yang dibina oleh Dinasti Ptolemy yang memerintah Mesir.

10. Tapak Sungai Batu adalah 2000 TAHUN LEBIH TUA daripada MACHU PICHU yang dibina di Peru oleh TAMADUN INCA.

11. Tapak Sungai Batu adalah 1000 TAHUN LEBIH TUA daripada Hagia Sophia yang dibina oleh Empayar Byzantine lalu dijadikan masjid oleh Sultan Muhammad Al-Fateh.

12. Tapak Sungai Batu adalah SEZAMAN dengan PIRAMID bangsa Maya yang bernama CHICHEN ITZA yang dibina di pendalaman hutan Amerika Tengah.

13. Tapak Sungai Batu adalah 200 TAHUN LEBIH TUA daripada PETRA di Jordan, sebuah seni bina agung yang dipahat pada tepi gunung oleh bangsa Arab Purba.

14. Tapak Sungai Batu adalah adalah 2200 TAHUN LEBIH TUA daripada TAJ MAHAL yang dibina oleh SHAH JAHAN, yang konon dibina atas lambang cinta sejati.

15. Tapak Sungai Batu adalah 1350 TAHUN LEBIH TUA daripada BORUBUDUR yang dibina oleh DINASTI MELAYU SAILENDRA di PULAU JAWA.

16. Tapak Sungai Batu adalah 1700 TAHUN LEBIH TUA daripada ANGKOR WAT yang berdiri di bumi KEMBOJA hari ini yang dibina oleh Suryavarman II dari Kerajaan ANGKOR.

17. Tapak Sungai Batu adalah 100 TAHUN LEBIH TUA daripada PATUNG ZEUS yang dibina oleh TAMADUN YUNANI.

18. Tapak Sungai Batu adalah jauh lebih tua daripada kebanyakan binaan-binaan agung di seluruh dunia. Sekarang… masih ada yang bertanya apa istimewanya Sungai Batu?

19. Tapak ini adalah bukti bahawa bangsa Melayu membina peradaban hebat jauh lebih hebat dan tua daripada kebanyakan-kebanyakan penemuan hebat di dunia.

20. Ini ialah bukti bahawa bangsa Melayu ialah bangsa yang sangat bertamadun!

21. Justeru, kami berharap agar kerajaan negeri dan pusat dapat melakukan sesuatu untuk terus mengangkat Tamadun Sungai Batu sebagai tempat terbaik tamadun Melayu. Khazanah bangsa yang tidak ternilai terdampar di tanah yang cukup luas.

22. Apa yang berada di tapak ini adalah tidak ternilai sekali walaupun dengan wang puluhan malahan ratusan billion ringgit sekalipun.

23. Semoga juga kerajaan pusat dapat membantu kerajaan negeri dalam membeli tanah persendirian yang terkandung tapak berpotensi besar seperti kapal-kapal purba Melayu berusia sehingga 2000 tahun sepanjang 70 meter dan juga rangka manusia purba Kedah Tua.. Sumber: The Patriots

Save The Oldest Civilization In South East Asia(https://goo.gl/qY27DH)

Bersama kita sign petition untuk menyelamatkan khazanah yang tidak ternilai negara ini. https://goo.gl/4iGWFF atau KLIK SAHAJA DI SINI.


13 comments:

Anonymous said...

Saya pernah baca yg Nabi Ibrahim AS ada 3 isteri.
2 isteri Nabi Ibrahaim AS ni dikenali umum tapi yg sorang lagi berasal dari bumi Mesir. Setelah kewafatan Nabi Ibrahim, isteri yg tak terkenal berlayar di Nusantara dan orang Melayu adalah dari keturunan ini.
Kesahihannya saya tak pasti.

Anonymous said...

Peninggalan di MERBOK adalah dari TAMADUN HINDU...ulang..TAMADUN HINDU bukan tamadun Islam.....apa yg nak dibanggakan sangat!

Melayu said...

Anon 6.47 peninggalan Merbok dan Sungai Batu adalah tamaddun Melayu.. Hindu ker atau Buddha ker atau apa sekali pun peganggan mereka ketika itu yg pasti mereka adalah ORANG MELAYU.

Anonymous said...

Kalau tamadun HINDU sekalipun, ia tentang nenek moyang kita. Yang penting kita celik sejarah, ada paham?

Rizal Zainal said...

Anon oi ! Orng cerita tentang tapak sejarah sungai Batu , bkn merbok . hang ni tau baca ka dak ?

Anonymous said...

Anon 6:47... Usahlah keterlaluan membuat penafian mahupun sangkalan. Ingat...setiap kaum atau kelompok manusia ada peradabannya. Mekah sebelum kedatangan Islam yg rasulullah kembangkan adalah berakidahkan apa... Dan banyak lagi peradaban yg asal mya bukan dari peradaban Islam....malah sebelum kemunculan agama hindu pun sudah ada agama lain di anugi umat manusia..... Isu di sini bukanlah osu agama.... Ianya adalah persoalan letamaduman satu kelompok masyarakat atau manusia di sesebuah tanah bernama bumi...milik Allah. Sesungguhnya Allah yg menentukan segalanya... Sekali lagi kita ulang.... Ianya bukan persoalan ugama....tetapi persoalan ketamadunan kemanusiaan.

Anonymous said...

Anon 6:47.... Ini adalah persoalan ketamadunan atau peradaban manusia... Bukan ketamadunan atau peradaban agama. Ini pengkisahan evolusi dan devolusi kemanusiaan. Kalau cakap pasal agama... Bukan agama hindu yg pertama ujud dalam dunia ini....

Anonymous said...

Anon 6:47 yg penting di merbuk bukti bangsa melayu dah wujud. Jadi bangsa melayu asal kat tanah melayu bukan bangsa cina atau india yg jelas baru datang dibawa oleh british.

labi said...

1100 tahun sbelum kelahiran Rasulullah, apa nak peliknya kalau hindu pon...budus..

KAW said...

Bro...takleh nak sign pettition..tulung bagi link lain kalau ada

Anonymous said...

Buka hindu la bodoss...amimisme (pagan) yg dah tak ada sekarang ni...kau asal tengok gambar je terus komen

The Saviour said...

Bro KAW:

Berikut adalah link petition yang diminta:

https://www.change.org/p/dato-seri-mukhriz-bin-mahathir-save-the-oldest-civilization-in-south-east-asia?recruiter=402344776&utm_source=share_petition&utm_medium=copylink

ratumaryam said...

sebenarnya bukan agama hindu mahupun pagan, tp agama tauhid Nabi Ibrahaim

 
Blogger Templates