Alasan standard yang diberikan oleh puak ini ialah, gaji yang diberikan oleh kerajaan kepada mereka, bukanlah 'HARTA TOK NENEK NAJIB ATAU ROSMAH' sebaliknya wang rakyat.
Yang mereka tidak pula persoalkan ialah, mengapa mereka berkhidmat dengan kerajaan di mana majikan mereka adalah Kerajaan masakini iaitu UMNO-BN? Adakah dengan berkhidmat di bawah kerajaan sedia ada, maka mudah bagi mereka membocorkan maklumat dan rahsia atau mensabotaj dasar-dasar kerajaan sepertimana kebocoran banyak maklumat semenjak beberapa tahun kebelakangan ini, justeru mereka terlupa kepada sumpah dan aku janji penjawat awam?
Pada bahagian mana yang mereka tidak faham atau buat-buat tidak faham?
Dan bajet untuk 2016 pula, Najib masih tetap mendewa-dewakan kakitangan awam sungguhpun kakitangan awam bukannya super-machine atau multi tasking labour yang perlu dikagumi.
Ada lompang pada bajet untuk kakitangan awam seperti yang dibentangkan oleh Najib. Seharusnya Najib melebihkan perhatian kepada penjawat awam yang bekerja di lapangan, bukannya di pejabat. Tanyalah kepada mana-mana penjawat awam di lapangan tentang kesukaran mereka dan bagaimana mereka seringkali 'dibuli'.
Masyarakat awam seringkali melihat kakitangan dan penjawat awam sebagai satu benteng hadapan kerajaan. Baik perkhidmatan yang diberikan maka persepsi kerajaan yang menjadi majikan mereka adalah baik. Tetapi apabila perkhidmatan yang diberikan oleh penjawat awam sangat teruk, mereka tidak akan mendapat apa-apa kecaman, sebaliknya yang dikecam dan dipersalahkan oleh orang ramai adalah kerajaan.
Saban tahun, kita boleh membaca laporan Ketua Audit Negara tentang ketirisan dan pemborosan yang tidak sepatutnya berlaku dalam agensi-agensi kerajaan. Sudah tentu perkara tersebut melibatkan 100% kepada penjawat awam.
Tidak dinafikan majoriti penjawat awam sebenarnya adalah kakitangan yang baik tetapi segelintir kecil itulah yang kerap menjadi duri dalam daging, apatah lagi dengan perangai mereka yang gemar menonjol-nonjolkan diri sambil mencabar-cabar agar tindakan tatatertib dikenakan kepada mereka agar mudah dipolitikkan.
Jangan kerana penjawat awam adalah nadi pentadbiran negara, maka golongan segelintir yang turut mendapat tempias - bahkan ada kalangan mereka yang sapu keliling - semakin kerap berceramah dan berkempen politik di sebarang media dan medium yang mereka ada.
Jangan sampai pula nanti, rakyat biasa 'mengaudit' mereka dan kemudian menggasak kerajaan kenapa memberikan atau terlalu memanjakan kakitangan awam berbanding majoriti rakyat yang terpinggir dalam banyak bajet seperti golongan berpendapatan gaji RM1500-RM2999 sekarang ini, sedangkan mereka adalah majoriti dan mereka pula tinggal di bandar tetapi mengundi di kampung atau mempunyai keluarga yang mengundi di kampung!
Diharapkan dengan penambahan insentif dan inisiatif daripada majikan mereka, penjawat awam dapat mengurangkan persepsi negatif di kalangan masyarakat awam, yang penjawat awam terutama sekali dalam bidang pelajaran dan pendidikan, terlalu gemar berpolitik untuk menumbangkan majikan sendiri.
5 comments:
aku sebenarnya tak heran sangat kalau madu yang kerajaan beri ,tuba pula yang dibalas oleh sesetengah kakitangan awam kerana Tuhan itu Maha Adil,..banyak yg khianat tu dah dibalas Tuhan dgn berbagai bentuk ujian,..salah satunya anak cacat, jadi penagih ,lupa jasa mak bapak , lupa jasa Tuhan dan macam-macam.Bagi yang berfikir,..buatlah tauladan.
Kena tanya anak Pak Bador dulu...
Kau jangan jealous pulak dengan kakitangan kerajaan. Aku dah bekerja dengan Kerajaan 24 tahun dan selalu pangkah BN. Akulah yang selalu hentam Anwar Haramjadah dan Mahataik. Entry aku selalu mengunakan no. 2 untuk perkataan berganda. Pasal BRIM tu pun aku sokong Kerajaan kerana dapat membantu rakyat yang susah atau miskin. Bantuan bukan bererti memberi gaji bulanan. Kebanyakan (hampir 90%) orang yang menerima BRIM bekerja. Cuma pendapatan mereka kurang, kadang2 kerja mereka lebih berat dan susah dari orang yang bergaji tinggi. Jadi bantuan ini boleh membantu mereka melunaskan hutang, membeli pakaian dan sebagainya. Aku dulu miskin bapa motong getah, kau tau aku cuma mendapat baju/seluar/kasut hanya setahun sekali iaitu pada hari raya. Mungkin kau tidak pernah merasa kesusahan maka kau tidak menghargai BRIM.
Kerajaan meyediakan kalau tak silap aku hampir RM4 Billion untuk menaja pelajar2 tajaan MARA di IPTA/IPTS didalam dan luar negara. Itu tidak termasuk tajaan JPA yang mana aku pernah menerimanya dahulu untuk belajar ke luar negara. Sekarang pendapatan aku lima digit tapi aku tetap menyokong BRIM kerana aku percaya menolong orang yang susah bukan satu kesalahan. Mungkin mereka susah hari ini, besok mereka mungkin tidak memerlukan BRIM lagi. Lagipun, BRIM juga ada faedah lain yang terlindung iaitu economic multiplier effect ataupun spillover effect. Misalnya penerima2 BRIM membeli barangan dari peniaga2. Peniaga2 mendapat keuntungan. Peniaga2 membeli hartanah ataupun membesarkan lagi kilang mereka. Pemaju dapat menjual hartanah mereka. Pemaju memerlukan jurukur tanah, arkitek, jurutera, kontraktor, sub-kontraktor, peguam, marketing agent dsbg. Jadi mereka ini dapat kerja. Mereka yang dapat kerja ini juga berbelanja, membayar cukai kepada Kerajaan dan juga membeli hartanah. Jadi di sini Kerajaan juga dapat meningkatkan permintaan dalam negeri. Ini cuma dari satu cabang ekonomi. Kalau nak cerita bagaimana duit itu bergerak rasa sampai esok pun tak habis.
Jangan kerana satu dua kes salah guna kuasa, BRIM dibatalkan. Kesianlah dekat pak cik dan mak cik kat kampung yang amat mengharapkan BRIM ini.
Apa platform yang terbaik utk melaporkan sikap penjawat awam yang kerap mentutuh najib dan rosmah dalam FB?
Member aku kata kerja di lapangan jmpa rakyat kdangkala dimaki hamun, tp dia tahan jgk demi negara tetapi smpi masa claim OT kena sekat. Org kt atas myamun duit, org kpercayaan naik pgkt, yg kerja mcm nk mti dgn income x seberapa dinafikan sgala hak dan faedah krana mreka vokal atau x pndai bodek. Korg fikir itu blh jd pyumbang mereka meluat dgn krajaan?
Post a Comment