Social Icons

Pages

BULETIN 247

Tuesday, October 6, 2015

SIAPA AHLI PARLIMEN BARISAN NASIONAL DARI JOHOR YANG DIPANGGIL SPRM BERHUBUNG KES SALAH GUNA KUASA?



Seorang Ahli Parlimen Barisan Nasional dari Johor tampil ke ibu pejabat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) bagi membantu siasatan dipercayai berkaitan salah guna kuasa.

Sumber SPRM memberitahu mStar Online, siasatan terhadap wakil rakyat bergelar Datuk itu dikatakan mempunyai kaitan dengan operasi syarikat berkaitan kerajaan (GLC).

"Ahli Parlimen itu tiba pagi ini ke SPRM untuk memberi keterangan, bukan ditahan," katanya ketika dihubungi di sini, Selasa.

Wakil rakyat yang juga ketua bahagian Umno itu turut diberi kepercayaan sebagai ahli lembaga pengarah GLC berkenaan.

Sehingga berita ini disiarkan, sumber berkenaan memaklumkan, ahli politik yang pernah menduduki kerusi pegawai seranta GLC berkenaan di bawah Jabatan Perdana Menteri masih berada di SPRM, Putrajaya. (SUMBER)


4 comments:

Anonymous said...

CERTA WAYANG MACAM NI AMAT MENAIKAN NAFSU.SPRM TANGKAP .NAJIB JADIKAN MENTERI SPRM JGNLAH BUAT LAWAK LAGI SURUH LAH KASIM SELAMAT BUTA KAN MATA NYE

Anonymous said...

Kali ni harap betul2 ada tindakan. Jangan macam selalu. Tiba2 je cerita jadi senyap. Kesian kat orang Felda yang bertungkus lumus nak membina Felda.

Anonymous said...

Rasa-2nya Muhyidin kot... sebabnya dlm skrip ni, dia akan kena siasat, dan menghadapi pelbagai tuduhan... sebab dia mempersoalkan integriti hero (pahlawan bugis)... tak kan hero nak lepaskan begitu saja?? lagipun si hero tulah pengarah dan producer... kah kah kah!!!

rina idzhar said...

Betoi

 
Blogger Templates