Kata Lim Kit Siang, usul tersebut bercanggah dengan Peraturan Mesyuarat dan 'tidak cukup tempoh 14 hari', fosil jurasic tertua itu juga cuba menyamakan pertemuan, mesyuarat, makan malam dan perbincangan bersama antara Nurul Izzah dan Jacel Kiram dengan Najib bersalaman dengan Benjamin Netanyahu ketika mereka terserempak di pintu masuk bangunan PBB. (RUJUK SINI)
Bagaimanapun, Azalina mempunyai alasannya yang tersendiri dan Nurul Izzah sendiri perlu menerangkan tentang tindakannya itu walau atas alasan apa sekalipun, termasuklah alasan mencari maklumat.
Tindakan merujuk Nurul Izzah ke jawatankuasa berkenaan mengikut Peraturan Mesyuarat (27 (3) dan 80.
Menurut Azalina, walaupun ahli parlimen sudah meminta maaf namun sebagai ahli Dewan, kelakuan Nurul Izzah tidak boleh diterima kerana bertentangan dengan sumpahnya untuk melindungi negara dan menegakkan Perlembagaan yang memang diketahui adalah tanggungjawabnya.
Katanya, asal kepada usul tersebut adalah kerana Nurul Izzah gagal untuk menjawab soalan yang jelas mengenai pertemuannya dengan Jacel Kiram.“Tidak ada kompromi oleh mana-mana Ahli Parlimen yang melanggar sumpah mereka kepada Dewan yang mulia,” katanya dalam kenyataan, Rabu.
Usul tersebut dijangka akan dibahaskan pada 3 Disember 2015.
No comments:
Post a Comment