Social Icons

Pages

BULETIN 247

Wednesday, November 18, 2015

DAP SELANGOR NAIK ANGIN BILA SETIAUSAHA PAS SELANGOR KATA LIM GUAN ENG TAK PUAS HATI, PAS NAIKKAN ELAUN GURU KAFA DAN AL QURAN!!!



DAP Selangor mendesak Setiausaha Pas Selangor itu, Mohd Khairuddin Othman menarik balik tuduhan yang dilemparkannya terhadap Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng.

Penolong Bendahari DAP Selangor, Lau Weng San mendakwa kenyataan dikeluarkan Khairuddin itu tidak berasas kononnya DAP tidak puas hati Pas Selangor menaikkan elaun guru Kelas al-Quran dan Fardu Ain (Kafa), memperkasakan institusi masjid dan memperjuangkan kewujudan Kolej Integrasi Tahfiz di Selangor.

"Saya menyeru agar beliau menarik balik fitnahnya terhadap Guan Eng dan memohon maaf atas tuduhannya yang tidak berasas itu.

"Ucapan Guan Eng dalam Kongres Kebangsaan Wanita DAP 2015 di Kuala Lumpur pada 15 November lalu hanya menyentuh bahawa DAP perlu terus kekal dalam kerajaan Selangor untuk memastikan Pas 'tidak buat jahat' dan 'tidak melaksanakan dasar yang tidak baik' kepada rakyat negeri itu," katanya dalam satu kenyataan akhbar.

Adun Bukit Tunku itu, menjelaskan kenyataan Ketua Menteri Pulau Pinang tersebut hanya memberi contoh situasi Pas di Kelantan yang terlibat dalam skandal penerokaan balak di kawasan hutan simpan kekal.

"Beliau (Guan Eng) memberi contoh di Kelantan iaitu Adun Pas Kawasan Salor, Datuk Husam Musa telah membongkarkan skandal pembalakan di kawasan hutan simpan kekal telah menyebabkan musibah banjir di negeri itu setahun yang lalu.

"Inilah perkara jahat yang disebut Guan Eng berlaku di negeri yang dikatakan sebagai kubu kuat Pas itu, sehingga parti pembangkang Umno pun tidak berdaya mendedahkan skandal yang serius ini," katanya.

Weng San memberi gambaran sekiranya DAP keluar dari Kerajaan Selangor, sudah pasti mekanisme pemantauan terhadap kerajaan negeri itu akan menjadi lemah, maka tiada sesiapa pun yang boleh menolak kemungkinan berlakunya musibah yang sama di Selangor nanti.

"Inilah apa yang dinyatakan Guan Eng. Dimanakah beliau ada menyentuh kenaikan elaun guru Kafa, pemerkasaan institusi masjid mahupun penubuhan Kolej Intergrasi Tahfiz Selangor?

"Malahan dasar-dasar ini juga dipersetujui oleh DAP dan PKR kerana ia merupakan sebahagian daripada dasar-dasar bersama dalam Manifesto Pakatan Rakyat Selangor dalam PRU13. Sebagai seorang ahli politik dan peguam bertauliah, Khairuddin pasti tahu bahawa kejujuran dalam berhujah dan perbicaraan yang berdasarkan fakta ialah kualiti yang wajib ada," katanya. (SUMBER)


1 comment:

Anonymous said...

HADAP LA KORANG......

 
Blogger Templates