Malah Mac 2013 juga akan mengingatkan kita tentang betapa 'SERONOKNYA' Tian Chua dan PKR apabila menerima kematian 10 orang perwira negara yang dibunuh oleh lanun-lanun Sulu yang diketuai oleh keluarga Kiram.
Tian Chua dengan penuh bangga memberitahu, kematian perwira-perwira negara itu adalah salah Najib dan salah UMNO kerana telah mementaskan serangan tersebut, tetapi akhirnya gagal.
Tian Chua kemudiannya diseret ke mahkamah apabila dia enggan memohon maaf dan kononnya bersedia untuk berhadapan dengan natijah undang-undang. Namun akhirnya semasa perbicaraan, peguamnya dan Tian Chua sendiri berpatah balik, memohon maaf kerana terlanjur berkata-kata, mengakui kesalahan tutur katanya dan mohon dibebaskan selepas dia meminta maaf.
Anwar Ibrahim sebelum disumbat ke dalam penjara kerana jenayah meliwat, ketika berkempen di Sabah, seringkali mendendangkan kononnya Sabah akan 'hilang'. Terdapat beberapa peristiwa di mana beberapa orang pemimpin utama PKR ke Filipina tidak lama sebelum serangan darat oleh lanun-lanun Sulu dibuat di Lahad Datu.
Selain Tian Chua, adakah Nurul Izzah tahu apa-apa tentang serangan lanun-lanun Sulu pada Mac 2013?
No comments:
Post a Comment