Rafizi Ramli dalam usaha untuk menghidupkan namanya buat saat-saat akhir sebelum dia 'berehat panjang' dan hilang dari politik Malaysia ekoran tindakan undang-undang melibatkan BAFIA dan beberapa kes fitnah lain, cuba menimbulkan keributan, sekaligus membuat tidak ramai yang akan bercakap tentang kegagalan kempennya menggulingkan Najib daripada jawatan Perdana Menteri menerusi usul tidak percaya dan tolak Bajet 2016.
Pengalihan juga perlu dibuat bagi mengelakkan Lim Guan Eng dan Timbalan Ketua Menteri II Pulau Pinang daripada malu besar setelah mahkamah memutuskan mereka melakukan fitnah dan perlu membayar ganti rugi kepada NST.
Yang menjadi kambing hitam adalah Akmal Nasir, seorang pemuja tegar Anwar Ibrahim yang secara tongong membuat fitnah melulu dan kemudiannya ketakutan apabila surat saman sampai kepadanya, sebelum membangkitkan isu lain pula yang difikirkan mampu diterima dan dihadam oleh para penyokongnya serta sebilangan dari kalangan orang UMNO sendiri.
Agak menarik malam ini ialah Dewan Rakyat telah meluluskan Bajet 2016 untuk bacaan kali kedua dengan 128 orang Ahli Parlimen menyokong manakala 74 pula Ahli Parlimen menentang. Kehadiran Ahli Parlimen BN adalah 121 orang, manakala pembangkang pula adalah 81.
Dengan kata lain, bercampur dengan Ahli-Ahli Parlimen BN, 7 orang Ahli Parlimen pembangkang menyokong Bajet 2016. Sekaligus menggagalkan usaha Rafizi Ramli, Lim Kit Siang dan Wan Azizah untuk menggulingkan Najib Abdul Razak daripada jawatan Perdana Menteri dengan menolak Bajet 2016.
Sementara itu, Akmal Nasir yang dalam laporan polisnya semalam menyatakan, dia mendapat maklumat daripada media sosial dan media massa berhubung 'penyelewengan' di dalam YAPEIM dan hanya bertanya 7 soalan untuk disiasat oleh pihak polis, walaupun pada awalnya, begitu garang kononnya mempunyai pelbagai bukti penyelewengan, hari ini cuba membangkitkan persepsi negatif ke atas program SANTUN YAPEIM di Paris melibatkan para pelajar Malaysia di bawah YAPEIM di Perancis.
Tanggapan yang dibuat ialah seolah-olah lawatan ke Paris adalah salah satu cara membazir wang YAPEIM yang sepatutnya digunakan untuk membantu anak-anak yatim dan orang miskin.
Yang pasti, fitnah-fitnah akan semakin diperhebatkan sepertimana yang berlaku dalam kes NFCorp.
Rafizi Ramli
akan menggunakan template yang sama. Bezanya kali ini, dia tidak tampil ke hadapan, sebaliknya menggunakan Akmal Nasir yang sedang bercita-cita untuk menjadi Ahli Parlimen Johor Bahru.
Tetapi apa nak diharapkan daripada seorang pemuja tegar Anwar Ibrahim yang buat laporan polis dalam bentuk pertanyaan!
Jangan ikut perangai Akmal Nasir sudahlah... cakap banyak, macam pandai, tetapi akhirnya buat laporan polis dalam bentuk pertanyaan!!!
Dan elok sangatlah sebab SURAT SAMAN pun dah dihantar oleh peguam Jamil Khir kepada Akmal Nasir petang tadi.... segala-gala yang disebutnya, akan dijadikan bukti, apatah lagi ini bukan sahaja saman sivil tetapi juga membabitkan jenayah!!!
5 comments:
Owww. Ini orglah yg ntr sekalong bunga besar kpd Aljuburi. Sayang abg Aljuburi.
kurang kena limat meracau merapu la...aljuburi mangkok taik pulak kt sg.buluh..
Tidak cukup kah daging lembu atau kambing yang kamu beli sendiri untuk dimakan ataupun daging korban yang mungkin kamu terima sewaktu Hari Raya Korban yang lalu En Akmal???
sehinggakan daging manusia ciptaan ALLAH pun kamu nak melahapnya juga???
Kamu rasa dengan fitnah yang kamu cipta kamu akan menyungkurkan sesiapa yang kamu mahu Akmal???
Kamu mungkin lupa Akmal akan Firman ALLAH " KUN FAYAKUN" jika ALLAH mahu ianya terjadi maka jadilah namun jika sejuta fitnah pun kamu taburkan dan ALLAH berFirman "TIDAK" maka dengan akal yang di kurniakan ALLAH padamu dan sebagai seorang yang beragama Islam rasanya kamu sendiri mampu menjawabnya EN AKMAL.
Laporan polis yg dibuat budak ini seolah-olah dia nsk tahu je buksnnya menuduh....... alah biasalah usik mengusik gurau senda
..... ha ha ha
Hantar bunga ok lah..jangan dia hantar juboq sekali dah lah
Post a Comment